Sunday, 7 August 2016

SAMPRET WARNA -WARNI...



Sampret Warna-warni...
Ada 4 warna..
Plain..
Green..
Blue...
Pink...
Mak aku buat minggu ke-3 Syawal..
Aku x ingat bila tapi ingat hari Sabtu  ke-3 Syawal..
Sebab mak aku bangun pagi-pagi lagi terus buat biskut ni..
Kata mak aku ....mak Syasha yang order..
Nak buat open house..
& memang mak dia request nak 3 balang Sampret Dahlia yang colourfull..
Aku tengok dah macam colour Baju Melayu orang gi beraya la..
Hahahaha..


 Ada lagiiiiiii.....



Palain Colour..


 Green Colour


Blue Colour



Pink Colour






Colourfull


SAMPRET SUSU COLOURFULL 
3 ketul butter
1 tin besar susu pekat
1.5 kg tepung jagung ( ikut lembut keras adunan)
3 sudu esen vanila
20 biji ceri- potong
coklat chip (ikut cukup)
Pewarna star brand

1. Butter biar suhu bilik.

2. Kacau butter & susu pekat hingga putih. Masukkan esn vanila.


3. Masukkan tepung jagung sikit-sikit & agak2 boleh boleh disampret.

4. Bahagikan beberapa bahagian & warnakan ikut yang disukai..


5. Sampretkan & hias dengan ceri @ coklat chip ikut kesesuaan warna.

6. Masukkan dalam oven suhu 180 agak-agak 20 minit..
Jika nak warna yang terang bakar 15 minit sahaja.

*** Tips:
       1. Jangan guna telur langsung
       2. Masuk tepung jagung sikit-sikit..kalau dh cukup lembut xyah habiskan tepung
       3. Kalau lembik tambah tepung jagung
       4. Kalau terkeras..tambah butter @ minyak jagung
       5. Adunan mudah keras...kena sentiasa tutup ngan towel lembab supaya x masuk  angin.
       6. Basuh & lap tray pembakar &corong sampret sebelum tukar warna lain supaya warna x bercampur
       7. Kalau nak bunga cantik..lepas disampret biar 10 minit sebelum bakar supaya bunga keras.
     
   












3 comments: