Sosej Bertelur...
Masa aku tanya mak aku pasal bekal ni hari Isnin hari tu...mak aku kata ni Sosej Bertelur...
Hahahaha...ingatkan Sosej tu Sosej Betina...sebab belajar Sains...binatang yang betina akan bertelur untuk membiak...
Ingat sosej tu sosej betina juga la...heeee
Kakak nyer bekas...warna kuning......Kakak ni selalu sesuka hati dia je nak bawa bekas mana...Aku dah cakap yang merah tu aku nyer....tapi kakak selamber je...mana yang dia suka ,dia akan amik..
Ni yang dalam bekas merah ni aku nyer......Sosej Bertelur dengan Roti Wholemeal....
Mak aku kata dia bubuh sama banyak je..tapi nampak macam aku nyer lagi banyak....
Mak aku kata x susah pun nak buat....
Mak aku cakap dia bangun tidur,terus kuarkan sosej dari peti ais..
Pastu gi mandi...
Sudah mandi terus rebus sosej...
Sambil rebus sosej,kejut kakak ngan aku ..
Sambil siap gosok baju sosej dah siap rebus..terus masakkan sosej..
Sementara aku mandi,kakak siap & mak aku pun dah siap solat & pakai baju...
Pukul 6.15 pagi semua dh ready nak kuar rumah dah....
10 batang sosej ayam Ramly
2 biji telur
1sudu lada hitam
2 sudu minyak olive
sikit daun sup cincang
1 bawang putih cicncang
sikit garam
Roti putih @ Roti wholemeal
1. Rebus sosej sampai timbul & masak.
2. Potong serong semua sosej.
3. Panas minyak olive & tumis bawang putih.
4. Masukkan sosej yang dah potong serong .
5. Pecahkan telur & gaul rata hingga telur masak.
6. Tabur lada hitam & sikit garam..
7. Tutup api & tabur daun sup..
Siap & boleh makan ngan roti @ untuk bawa bekal...heeeeee
No comments:
Post a Comment