Monday 14 November 2022

LEMPENG PISANG KELAPA MUDA


Masak Lempeng Pisang Kelapa Muda lewat petang semalam punya semalam.
Cicah Sambal Bilis Petai.
Hirup Kopi O panas.
Terasa nikmat kerana bersesuaian hawa dibluar yang  sejuk dek kerana hujan musim tengkujuh.



Pisang ni sebenarnya saya beli jauh nun di Pasar Kedai Payang Kuala Trengganu awal bulan hari tu.
Masa hari terakhir tu,meronda pasar basah kat luar Kedai Payang tu geram tengok sayur dan hasil kampung yang segar.Saya beli sesikat besar  pisang awak yang baru mula menguning tapi masih banyak hijau daripada kuning.Mak saya la suka kalau pisang yang baru menguning dan masih keras serta tidak terlalu manis tu digoreng.Kalau gorwng pisang masak kuning penuh tu mak tak akan buat pisang goreng dah.Katanya manis sangat dan menyerap minyak.


Tapi kesudahannya jafi lempeng semalam hampir 2 minggu kemudian...hihihi
Pisang tu dah masak ranum masa mak ada kat sini lagi.Dah beli tepung beras nak buat cekodok.Tapi dek kemalasan saya..tak menjadi.Suruh mak buat cekodok pun,mak kata nanti mak buat tak sedap macam dulu dah,kang takda orang nak makan.


Minggu lepas saya beli kelapa muda nak minum airnya.Ambil air buat minum.Isinya saya keruk campur dengan pisang ni nak buat lempeng.
Lepas dah lenyek semua.Tinggal nak tambah tepung saja..tetiba pulak malas.Sudahnya saya masukkan dalam bekas dan frozenkan..
Ya Allahlah..ya Rasulullah..
Bantulah saya agar terhindar rasa malas ini..🤲

LEMPENG PISANG KELAPA MUDA GUNA TEPUNG BERAS

2 cawan pisang lenyek
2½ cawan tepung beras
1 cawan kelapa kelapa muda
garam dan minyak

1. Lenyek pisang hingga lumat.

2. Tambah kelapa dan secubit garam.

3. Gaul pula bersama tepung beras hingga sebati.Adunan memang pekat lebih kurang adunan jejemout bilis tu kerana saya mahukan lempeng yang garing rangup tepi-tepinya.

4. Panaskan sesudu minyak dalam kuali atau pan.Masukkan sesenduk adunan dan ratakan dengam belakang senduk atau belakang sudu supaya leper nipis.

5. Masak kedua-dua belah hingga garing.Jika perlu renjiskan sesudu lagi minyak supaya garing.

6. Sedap dimakan begitu sahaja bertemankan kopi O panas..


Petang hari Sabtu tu baru datang rasa rajin sikit.Keluarkan dan reheatkan pisang lenyek bercampur kelapa muda tu dan tambah sikit garam & tepung beras.Rajin tu sebab ada leftover sambal bilis petai..hihihi
Actually yang atas tu simpan untuk anak bujang tu balik kerja.



Ni saya & Adah pulun sorang 2 keping...hihihi
Alhamdulillah...sedap sangat 


23 comments:

  1. Terliur tengok, dengan cuaca sejuk pagi ni...kalau dapat makan depan mata pun sedap 😋

    Lempeng pisang versi mewah ni sebab guna isi kelapa muda. Biasa cuma guna kelapa parut je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...mewah la juga sebab jarang dapat kelapa muda untuk campur dalam lempeng..hihihi

      Delete
  2. Mesti sedap... sy x pernah rasa lempeng pisang... selalu lempeng biasa je.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhdulillah...sedap bagi yang suka pisang..ada rasa lemak manisnya kakmim

      Delete
  3. kalau saya malas tak ada mood nak masak bila tak cukup ahli dlm rumah nak kena tggu anak bongsu balik kot kak baru semangat nak masak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...kadang kita nak ada semua ahli baru seronok makan..

      Delete
  4. lama dana tak buat lempeng kak, apatah lagi lempeng kelapa... terliur pulak nengoknya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom la melempeng..
      Takda kelapa...lempeng kosong pun sedap

      Delete
  5. Ank kak lin bw blk pisang batu.. xsdp plk kalau buat lempeng.. ada batu2 nya.. umi cella ada idea nk buat apa dgn pisang batu tu? 🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama ni pisang batu tu saya ingatkan pisang sematu(pisang kepok/nipah)
      Baca komen k.Lin ni saya google rupanya pisang batu tu banyak biji ke k.Lin?
      Kalau banyak biji memang no idea🤭
      Sebab biji tu boleh buat hilang feel..🤣
      Cuma pernah baca pasal "Pisang Galo/Gala" yang banyak biji tu orang Pantai Timur selalu buat acar pisang gala.Tapi buah ya g masih muda la..bijinya masih lembut.

      Delete
    2. Xdpt la kak lin melempeng pisang mcm umi cella ni nmpknya.. sedih!! 😪

      Delete
  6. Dulu² masa kecik, mak saya selalu buat lempeng pisang. Lagi kalau musim hujan. Memang sedap betul. Lempeng pisang beralaskan daun pisang. Sedapnya kak !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu lempeng pisang alas daun pisang..wangi..
      Saya pernah buat sebelum ni

      Delete
  7. Sedapnya lempeng pisang. Entah bila dapur saya hendak berasap semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      Memasing sekarang dah pakat takda kerajinan nak masak kan cikgu..
      apakah faktor anak2 @ umur kita?

      Delete
    2. Hahaaaa...layan jew dulu, nak rehat kejap kot. Nanti kita panggil mambang SK tolong kita bersilat di dapur.

      Delete
  8. Boleh pulak tiba-tiba virus M tu datang ye hikhik... syukurlah akhirnya jadi jugak lempengnya. Ganding dgn kopi O memang tak hengat donia la ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal...
      Call mak saya cerita pasal tu..Mak pun berdecit...ish..ish..ish..
      Sebab sepanjang
      hidup tak pernah saya semalas itu..
      huhuhu

      Delete
  9. Sedapnya lempeng pisang kelapa muda. Biasa kelapa parut. Letak kelapa muda jadi lagi sedap gitu kan. Makan dengan sambal petai tu bertambah tambah sodap ea.

    ReplyDelete