Tuesday 8 November 2022

JEMPUTAN KAHWIN @ DEWAN SAPURA ,MINES

 

                  pic google

Selalu dok lalu ja depan bangunan yang macam kubah masjid warna biru ni bila lalu hiway BESRAYA  ...Memang tau itu adalah  Menara Sapura..Tapi tak pernah la masuk.  


Sekali dapat jemputan kahwin @ Menara Sapura ni hari Sabtu 5 November 2022 bersamaan hari penamaan calon PRU 15..hihihi


Saya dan Adah tiba agak awal...Majlis bermula 11.30 dan kami sampai sebelum pukul 12.00 tgh.Dapat la parking depan dewan..Sambil menikmati pemandangan hiway BESRAYA yang tak pernah tak sibuk tu.


Melangkah masuk ke Sapura Hall...terus terasa aura kenduri..
Tak sempat masuk pintu hall..Adah ajak keluar semula...

Puncanya dia pakai heels 👠 Cella...Punya la tinggi dan asyik tertanggal kerana kaki Cella lebih panjang dari dari kaki Adah..Pi kat kereta tukar semula pakai flat shoes..hihihi


Cantik dan luas Sapura Hall ni...
Selepas bersalam dengan mak pengantin...kami dijemput menjamu selera.Melangkah masuk nampak masih lengang kerana baru pukul 11.50 macam tu rasanya..


Mulai dengan hidangan nasi.Elok lalu tepi satu meja ni..ada seeorang yang saya kenali melambai ajak duduk semeja dengannya..Serba salah nak tolak...pi la juga duduk semeja dengannya..

Rupanya meja tu penuh dengan rakan-rakan tempat kerja lamanya...
Depa dok sembang ala reunion sesama depa...tak tau nak sauk apa...sebab topik tempat kerja lama depa...
Pastu depa pakat dok bergambar di meja tu...
Jenuh pulak kami berdua nak mengelak dan ketepi bila mereka bergambar
Terasa pula kami ni mengganggu privacy mereka..

Adah pandang saya..saya pandang Adah...pakat menyuap dengan senyap
Aduhh....kami sudah tersalah caturan...Kenapalah kami terima pelawaan untuk duduk semeja dengan depa🤭
Padahal melambak lagi meja kosong kan🤣


Adah cakap makan cecepat...Cari alasan & kalau nak makan lagi  kita "blah" dari meja tu...hihihi
Memang kami makan lelaju la...hihihi

Dengan sopan kami minta diri dengan alasan nak ke loby luar tu untuk lihat view tasik yang cantik tu..
Hihihi....
Sekali..rupanya tak boleh keluar ikut situ..Pintu kunci dan hanya boleh view dari dalam cermin sahaja...hihihi
Bila terlindung dari depa..terus angkat kaki ke meja lain.Adah suruh pilih meja yang jauh dan membelakangkan mereka agar pakat-pakat tak nampak...hihihi

Muka tergelak tak habis lagi sebaik berjaya melarikan diri...
Dah duduk kat meja lain,pakat gelak tak sudah..
Macam melarikan diri daripada ex...🤣🤣🤣


Baru la feel nak makan...Ambil dessert dan teh tarik & makan dengan aman...hihihi

Dua kali Adah refil mini cream puff ni..


Sedap betul filling dia.Cukup lemak dan kurang manis.



Tepat 12.30...
Pengumuman ketibaan pengantin..

Ini majlisnya sebelah lelaki..
Sudah lebih 25 tahun saya mengenali emak pengantin lelaki kerana saya pernah bekerja dibawah seliaan Pn Rokiah ketika di Taman Segar dulu.Masa tu saya baru ada anak seorang dan sebaya dengan anak bongsu Pn Rokiah ni.Kemudian sekali lagi berada di bawah seliaan Pn Rokiah pada tahun 2016 sehinggalah beliau bersara wajib pada September 2019.
Inilah anak bongsunya yang sebaya dengan anak sulong saya..Anak kecil yang saya pernah jumpa lebih 25 tahun dulu sudah bertemu jodoh.
Semoga dikurniakan Sakinah..Mawaddah..wa Rahmah hingga ke Jannah..🤲🤲🤲

Berseri raja sehari  berjalan masuk menuju singgahsana yang tersergam indah.


Bila pengantin menjejak pelaminan..Kami beransur meninggalkan majlis.Kalau berlama nanti susah nak salam dengan mak pengantin sebab nanti pastinya diorang nak merenjis dan bergambar  bagai kan...

Lepas salam kaut...kita bergambar kejap dengan mak penganti yang berbaju biru tu..
Tak perasan pula ada lagi dua orang rakan mak pengantin belah kanan tu kerana ingatkan gambar berdua saja..🤣


Elok keluar dewan...bertembung pula dengan Shifa..Rini dan Mah...Depa baru sampai..kami dah nak balik..Bergambar la dulu


Dari parkir depan...jalan sehala membawa kami mengelilingi Menara Sapura ni pada bahhagian belakang.Terbentang luas mines...
Kalau baca SEJARAH MINUS
Katanya ini antara bekas lombong yang terbesar dan terdalam di dunia...Wallahu'alam

Yang pasti hati jadi geram kepada penjajah yang mengaut segala hasil perut bumi Tanah Melayu.. 
Juga rasa sebal dengan sejarah yang tersembunyi...


Turun rakam video sat..
Tapi ngeri pula nak berdiri kat luar tu lelama bila teringat macam-macam cerita misteri tentang mines ni
Kalau nak dengar macam-macam cerita pasal mines ni boleh jenguk
KAT SINI..


Ini gudis yang kami dapat.

Snap dari atas dashboard untuk nampak view luar sana yang cantik

Isinya berupa kek coklat,naskhah doa-doa harian dan juga telur rebus .


Dah lama gi kenduri  tak dapat telur rebus..
Tambah lagi sekarang ni kemain susah nak dapat telur di pasaran..

18 comments:

  1. Ah, mesti rasa canggung sampai lari meja lain tu. Best datang awal time tak dak orang, tak rasa bersalah nak lepak lama2 sambil makan macam2 jamuan, kan. Kita ada jemputan kenduri bulan 11 ni, tapi semua luar Johor la pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa..bab datang awal tu memang...kita kan pemakan orangnya🤭
      Wow jauh-jauhnya jemputan..
      Saya suka makan kenduri🤭

      Delete
  2. saya pun tersenyum lega dapat lari pindah meja..memang rasa awkward

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..
      pengajaran...
      Jangan dok terima pelawaan orang tanpa usul periksa..
      🤭🤣

      Delete
  3. Kalau SA pun memang x selesa la kalau macam tu...sure akan melarikan diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn...
      Hadoi...camana la kami boleh terima pelawaan tu padahal dah plan awal nak duduk meja dekat dessert🤣

      Delete
  4. PH selalu pilih meja kosong. Biaq kita duduk.dulu, pastu org lain nak mai duduk sama takpa hehe...
    Buah tangan kenduri paling sy suka of course telur rebusnya. Rasa sedap lain macam haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu saya pun macam tu PH..
      Tapi hari tu nak jadi cerita...hihihi
      Pengajaran dah lepas ni...🤭🤣

      Delete
  5. Cantik ummi dan Adah berbaju sedondon. Sweet anak beranak 😊.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tu baju pakai konvo Cella...🤭
      Baru sekali pakai kanmm.🤭

      Delete
  6. Selalu nampak dari kejauhan je Menara Sapura ni. Lalu je lah mampu. Tak pernah menyyinggah sebab tak ada urusan juga. Baru tahu ada dewan majlis rupanya.

    Tak sanggup dah pakai heels, flat shoes atau sandal je boleh ngam lebih selesa. Kalau saya pun kekok duduk dalam circle tu. Baik berangkat dulu dari dibiarkan kekok tak selesa.

    Masih ada kenduri kahwin bagi telur rebus walaupun bukan berbentuk bunga telur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...
      Kalau sesaja nak nyinggah takda sebab kan..Ni kira sebab la nak masuk dewan tu..🤣
      Tu la ..
      Siap telur Omega tu sebab bila buka ..egg yolk dia warna orange...
      Pn Rokiah ni jenis yang mak-mak yang sangat menghargai tradisi lama...Kalau saya bersembang ngan dia pasal perkara lama boleh lupa makan minum..hihihi

      Delete
    2. Ohh patutlah pun. Bagus kekalkan tradisi lama yang semakin pupus. Telur pun bukan biasa biasa tu :)

      Delete
  7. betoi sgguh mmg rasa tak selesa bila tersalah percaturan duduk meja dgn geng org lain hehehe.. wahhhh ada tulur rebussss hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..
      Bak kata SK..
      Dapat telur macam dapat emas🤣🤣🤣

      Delete
  8. Begitulah kisahnya di majlis kahwin. Nak menjamu selera pun kurang selesa kalau tersalah duduk...sama jugalah di tempat lain. Saya pun ambil iktibar jugalah dari cerita Mama Cella supaya tak kekok apabila makan, dan rasa santai saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cikgu .
      Jadi pengajaran betul..🤭🤭🤭

      Delete