Wednesday, 16 November 2022

PRU 15 : SAYA DAH MENGUNDI.....POS!

 

Saya dah mengundi..Tapi jari saya tiada berdakwat...kerana saya mengundi pos..Dah selamat pos dah pun.Semoga satu undi daripada saya mampu membantu memberi kemenangan kepada calon yang saya undi dan calon berkenaan pula mampu menggalas tanggungjawab dan amanah terhadap agama,bangsa dan negara tercinta....🤲🤲🤲.

Ini pengalaman pertama saya mengundi pos kerana kali ini saya sengaja memilih untuk bertugas pada hari pilihanraya 19 November nanti..In shaa Allah.


Sebetulnya masa PRU (tak ingat PRU berapa) tahun 2008, saya sepatutnya bertugas...tapi saya terpaksa cari pengganti kerana kebetulan tiket dan pekej mendaki Gunung Kinabalu sudah saya tempah lebih awal.Hari mengundi tu saya sedang mendaki Gunung Kinabalu...hihihi

Saya pun tak tau kenapa saya memilih untuk bertugas..hihihi.

Mungkin masa saya membaca "iklan"  pencarian petugas pada 17 September tu mood saya sedang bersemangat maka saya terus mohon untuk jadi petugas...hihihi.

Asalnya saya nak tanya dan ajak seorang dua rakan-rakan setugas.Tapi saya batalkan niat tu kerana  saya berpendapat tak akan ada yang berminat.Lagi satu saya tak mau nanti ada pendapat dan pandangan mereka yang tidak mahu itu akan  mempengaruhi @ mengubah niat saya nak bertugas pada PRU kali ini....Saya ni mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain...Nanti ada yang cakap penatlah...susahlah..

janganlah...saya ni mudah terpengaruh..hihihi...

Lagipun,saya nak melalui dan merasai  sendiri pengalaman menjadi petugas PRU...atleast sekali..


Saya langsung tak bgtau rakan,-rakan lain kecuali hanya  big bos yang tahu sebab pada 26 Oktober  nak excuse kerana dipanggil taklimat....hihihi


Dulu zaman muda tak ada peluang kerana ada anak kecil perlu dijaga..PRU 15 kali ni semua anak-anak sudah layak mengundi.Pengalaman ke-2 untuk anak bujang dan pengalaman pertama bagi Adah dan Cella... Mereka akan keluar mengundi..in syaa Allah..

Semalam katanya hari untuk yang mengundi awal.Yang ni saya belum pernah ada pengalaman.

Pastinya ada rakan-rakan maya yang ada pengalaman undi pos...undi awal dan sebagainya..

Jangan undi ROSAK sudah la..hihihi...


Jom,beramai-ramai jalankan tanggungjawab dengan keluar mengundi 19 November 2022 ni.....👍

25 comments:

  1. Kalau ada peluang, nak juga saya jadi petugas. Menambah pengalaman hidup.

    Selamat menjalankan tugas pada 19 November nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah Uji...ada peluangnya nanti.Saya pun dah tua baru mengambil peluang nak tambah pengalaman..hihihi

      Delete
  2. Kita ada pengalaman undi pos, eh, bukan kita.. tapi Iman. Tahun ni dia tolak jadi petugas, penat katanya.

    Selamat bertugas nanti ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa...kenapa Iman kena undi pos?
      Lain alamat ka macamana?

      Delete
  3. ada juga kawan-kawan yang offer jadi petugas tapi sebab saya pun mudah terpengaruh dgn kata2 kawan bgitau penat nak tinggal solat pun terkejar2 sy pun tak jadi ada pula yang dtg bgtau rugi la bayaran begini begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat bertugas akak...moga dipermudahkan semua urusan kerjanya

      Delete
    2. Saya pun belum ada pengalaman..
      Nanti kita tengok macamana...hihihi

      Delete
  4. Tahniah
    Semoga buat pilihan yang tepat

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..... best best .. MA pernah sekali dulu..masa muda2..ikut ayah. tapi now elaun nya lagi masyuk..rezeki jugak tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru nak try....hihihi
      Tapi bila tengok kakmim pun dah berkali-kali jadi petugas..in shaa Allah...
      Semoga Allah mudahkan urusan kita semua

      Delete
  6. Wahhhh.. ada geng la kita petugas PRU kali ni... hehehe.. jgn lupa jumaat ni lawatan tapak ye kak... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jadi lebih bersemangat bila baca kakmim dah banyak kali jd petugas & berbeza posisi...hihihi
      Dah melawat tapak dah..in shaa Allah semoga Allah mudahkan urusan kita

      Delete
  7. Tahniah kak. Dah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Apepun keputusannya, moga itu yang terbaik untuk kita semua.
    Selamat bertugas makngah 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah...semoha Allah lindungi dan pelihara agama dan negara kita

      Delete
  8. Itu laas.. Rugi tak daftar sebagai petugas... InsyaAllah akan datang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah lepas ni..ambil peluang...Saya pun baru nak try cari pengalaman ni..hihihi

      Delete
  9. Saya agak teruja nak tahu keputusan PRU15 ni!

    ReplyDelete
  10. Best ni undi awal. Jari pun tak ada kesan dakwat. Selamat bertugas nanti mama cella :) Tak sabar nak tahu keputusannya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi bila jari takda dakwat..malu la juga..nanti orang ingat kita tak keluar mengundi.Ka nak kena tulis tang jari "saya undi pos"🤣

      Delete
  11. Tahniah!
    Esok kami yang tak bertugas ni pulak pi mengundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🎼Mari lah mari...
      pergi mengundi..🎶

      Delete
  12. Kalau ada peluang pun SA nak bertugas sekali...dapat rasa perasaan bertugas semasa PRU pun ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la lagi 5 tahun insyaa Allah PRU16 pula..
      Seronok dapat pengalaman dan rakan baru

      Delete