Saturday, 26 November 2022

SARAPAN ROTI CANAI KAMBING @ D'ASRIA GARDEN CAFE TERAS JERNANG

Sejak minggu lepas craving roti canai kambing...

Alhamdulillah...pagi tadi dah tertunai keinginan anak tekak ni..
Kebetulan semua ada.Adah & abangnya cuti.Cella pun dah seminggu midterm bermula hari PRU 15 tu.Tapi dia berulang juga ke library dan fakulti siapkan assignment.Hari-hari berdoa agar jangan hujan supaya abangnya gi kerja naik motor dan dia dapat guna kereta abangnya....Alhamdulillah rezeki...dapat dekat..15 minit saja boleh sampai.

Puncanya minggu lepas dok godak-godak cari roti canai kambing yang sedap.Tapi saya taknak roti canai mamak.
Selalunya saya akan pilih roti canai kambing Pak Omar kat Seri Perindu tu.Banyak saja roti canai melayu kat area rumah ni tapi semua takda kari kambing.Hanya ada kuah dal dan kuah kari kosong saja.
Saya nak kari kambing tapi nak la try yang lain pula selain kat Seri Perindu yang dah pernah makan tu.Nampak la kat area Bangi sana nun...
Tengok kat google tulis buka 7.00 pagi.
Ajak anak-anak gerak awal...dah cakap kat depa 6.30 kita gerak...pukul 7 sampai...elok-elok kedai buka...
Tapi biasa la depa...kita dah siap pakai tudung semua..depa baru mencari pintu bilik air..Belum lagi yang bertapa dalam bilik termenung....
Akhirnya pukul 7.30 baru depa 3 beradik tu siap...
Tengok waze..
dalam 25 minit dari rumah...
Ikut waze di bawanya lalu ikut UNITEN....Sg Merab...Kg Abu Bakar Baginda & baru masuk Teras Jernang

Memang ½ jam jugak la baru sampai..Tengok kiri kanan jalan dah penuh kereta..

Memang dok tengok dalam Google katanya  kedai ni sebelah Ikan Bakar Portugis...Memang betul-betul tepi jalan kat Teras Jernang tu.
Dah sampai baru perasan macam kalau ikut PLUS hiway KL-Seremban tu lagi dekat..
Ini waze bawaacam jauh ja..mungkin sebab setting tanpa tol..hihihi



Mula kami masuk menuju ke Roti Canai Malaya tu belakang rak makanan tu.Rupanya boleh saja nak duduk kat  mana-mana tempat D'Asia Cafe yang agak luas tu.Menarik juga menu kat D'ASRIA CAFE..terutama nasi lemak dia..Katanya menu lunch pun menarik.

Tapi sebab dah niat nak makan Roti Canai Kambing..maka,lain kali in shaa Allah nak datang lagi..nak try nasi lemak D'Asria Cafe ni pulak.


Sementara tunggu pesanan tiba...Cella ngan abang dia kuk kik kuk kik dok gelak..Rupanya depa dok main game..

Tak lama lepas tu minuman sampai...

Roti canai kambing pun sampai...

Anak bujang tu pesan roti kosong double + kari kambing.
Milo ais & wajib la ais kosong..hihihi

Saya juga roti kosong double+ kari kambing...Kopi O panas

Cella telur + kari kambing..Teh tarik.
Kari kambing tu pesan kemudian sebab mulanya dia taknak..dah nampak kari kambing kami..dia nak pula

Adah roti telur + kuah dal..Milo panas.

Senarai harga 


Anak bujang tu punya nampak kari dia penuh mangkuk...
Saya ajak tukar..saya nak yang banyak五


Ni saya punya...nampak kambing macam sikit...bagi kat anak bujang tu.Sekali....benarlah..
"orang tamak selalu rugi"
Rupanya yang penuh tu sebab banyak tulang.Yang nampak sikit tu penuh isi...
Hihihi...tu yang Cella order lagi satu sebab dia tak dapat paw kambing saya yang banyak tulang.

Tengah kami bertiga makan kambing,baru teringat nak tanya Adah...nak kambing ke?
Haaaaaa...lupa dia dah mula makan kambing lately ni.Dulu dia tak makan kambing...merajuk dia saya tak offer kambing kat dia..suruh order kari kambing lagi semangkuk dia dah taknak...hihihi
Sebenarnya nanti dia nak pi kenduri kawan dia..
Kami pakai ala kadar saja.
Dia dah siap-siap pakai baju kenduri dengan heel dan handbag bagai....ikut kami mai pekena roti canai dulu.

Ni la D'Asria Garden Cafe tu...nanti 
Bila keluar dari sini baru nampak..banyaknya port makan kat sini..Semua meriah ramai pelanggan 
Nampak dekat tempat anak bujang tu parking kereta ada Restoran This Is Nasi Kerabu..
Pun nampak sedap dan penuh pelanggan .
Rasa macam esok nak datang sarapan nasi kerabu kat sini la....五


Masa balik saya ajak anak-anak ikut "waze" dalam kepala saya..pakai daya ingatan saja...hihihi..


Lain kali kalau nak gi sini lagi memang kena ikut hiway KL-Seremban la..lagi senang.Kalau dari KL ke dari selatan ke...
Exit Tol Bangi...
Lepas tol ada bulatan tu ambil pukul 2..arah belakang Gateway tu.
Street...sampai jumpa Masjid Teras Jernang tu..
Masjid kuning ni la yang kita nampak kat hiway tu..hihihi
Masjid ni betul-betul depan simpang tiga "T"
Tern left ...& go street..


Dalam beberapa minit ja nampak la landmark yang ada dalam kepala saya ni...Bangunan hijau ni"Rashfa homestay"

Tapi homestay ni belah kanan la sebab kita dari Tol Bangi.

Ni saya pinjam pic google...

Lepas bangunan hijau ni memang berderet tempat sarapan dan tempat makan..Lepas ni saya  nak pi Restoran This Is Nasi Kerabu ...kena ikut jalan ni...

Saya kena simpan dan buat penerangan macam ni sebab saya oldscool... tak pandai guna waze...hanya pandai guna signboard dan daya ingatan saja五不不

10 comments:

  1. Sy pun prefer roti canai Melayu.
    Nampak garing elok rotinya tu MC. Kari kambing tu pun nampak sedap naaa ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap PH...
      rotinya lembut dan garing..cuma agak nipis五

      Delete
  2. Cantik roti canainya. Warnanya sekata, tentu rangup rasanya.
    Hahahaa... penuh sebab banyak tulang pulak ye.
    Saya hanya mampu mengembek dari kejauhan...mmbbeeekkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti balik Malaya untuk konvo Fuad...boleh try ni..hihihi

      Delete
  3. Mesti melayang2 nipis masa dia tebar roti tu. Tu laaa.. lain kali jangan serkap jarang kambing penuh tu banyak isi, hihihi. Menarik nampak tempat tu, tapi sy dah sampai Melaka pulak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa..mata SK tajam..mata food reviewer不...
      Rotinya memang agak nipis..memang tak cukup 2 keping tu..五
      Saya ingatkan SK & PI tunggu final Piala Malaysia kat Bukit Jalil.Sejak petang riuh helikopter berlegar pantau stadiu

      Delete
  4. Sedap tu canai kari kambing.. mmg x semua org mkn kambing kn? Tp kt umh ni semua pengambing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya kat rumah ni Adah tak makan kambing..
      Now..know know dia dah makan kambing五

      Delete
  5. sedapp roti canai malaya tu kan makcikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya nak...
      rotinya lembut..
      kambingnya lunak.Wak pun mesti dah selalu makan sini time potong rumput @ Putrajaya kan五

      Delete