Thursday 17 November 2022

REZEKI JUADAH (PILIHAN)RAYA


Pagi ni Ruby ada bawa  ketupat palas & rendang ayam...
Hari tu kemain terliur nampak MENU HARI RAYA KAT RUMAH AFZAN

Teringat-ingat ketupat rendang payau dia..Dalam hati dok teringat kat ketupat mak.
Menjadi tradisi mak saya iaitu sehari sebelum pilihanraya ni biasanya mak saya akan buat ketupat..Sebenarnya kata mak,dulu-dulu nak pergi pusat mengundi tu jauh..Nak kena beratur panjang & kena tunggu lama.Biasanya ramai akan bawa bekal ketupat palas kerana ianya tahan lama serta antara makanan istimewa.
Ramai juga tak tidur malam membakar lemang.Memang meriah bagai nak raya. Tradisi tu mak tetap teruskan setiap kali pilihanraya.
Tapi PRU 15 tak dapat balik ni..
Ingatkan tak dapat la makan ketupat..

Eh,sekali bila dok sebut-sebut  dah Allah makbulkan...
Ada rezekinya...Allah tahulah macamana nak sampaikan...
Alhamduah

Sebenarnya...
Masa balik kampung Deepavali nak bawa mak balik KL untuk pi Trengganu,mak ada ambil daun palas bawa mai KL...
Saya dah lupa dah pasal daun palas tu..
Hinggalah nak ambil kasut dalam bonet kereta...Laaaa,baru perasan daun palas tu yang dah ½ bulan dalam bonet...
Eh,sekali tengok masih elok.Hanya 2 pelepah yang kering.Lagi 10 pelepah elok lagi.Bagi la kat Ruby kot dia nak buat ketupat..
Alhamdulillah...dia bawa mai dapat la makan..
Siap dengan rendang ayam..Sedapnsungguh..

Tengah makan..terbaca dalam group..depa di bawah tengah berparti..
Parti hari jadi dan parti pilihanraya la...

Ada 2 biji kek PRU..
Yang kelakar tu baca tulisan atas kek tu..
Hihihi


Ni memang betul-betul Kek PRU ni....hihihi


Tak lama lepas tu Yati datang hulur sepinggan pulut kuning rendang ayam dan 2 slices Kek PRU tu.... hihihi

Ops.....18 & 19 Nov cuti kan...
Tapi saya cuti 18hb saja la...19 saya bertugas untuk PRU....
Harap2 Isnin DAPAT CUTI lagiiiii.....🤭🤣🤲🤲🤲

22 comments:

  1. Mesti tambah bersemangat lepas makan kek PRU tu. Hahahaa

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ketupat palas dan rendang. Betul betul raya ni. Semangat mengundi kek mengikut tema pilihan raya.

    ReplyDelete
  3. Oh, ada ya tradisi buat ketupat sblm PRU? Bukan apa, ketupat @ pulut mmg juadah istimewa belah2 kitakan MC...
    Teringin nak rasa kek PRU tu hihi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya PH kebanyakan yang masih meneruskan tradisi ni orang-orang lama la..
      Tapi harapannya dengan melihat tradisi itu ,ia akan diteruskan generasi sekarang kerana ianya meriah dan mengeratkan silaturahim .

      Delete
  4. Wow... Sedap nyer... Macam hari raya nie👍👍

    ReplyDelete
  5. risau kek tu duk bergaduh dalam perut tapi dah tulis set kito jangan pecoh tu ok kot haha
    ketupat kak ruby nampak lagi berlemak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤣Yang saya makan tu tak tau la potongan bahagian parti mana..🤭
      Ketupat tu memang cukup lemaknya

      Delete
  6. Pehhhh.. begitu bersemangat. Ni bukan sebarang raya ni 🤣

    ReplyDelete
  7. Amboi.. siap ada kek PRU lg dgn logo parti.. hahaha.. selamat bertugas kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...
      Depa geng muda bersemangat dengan cara mereka .Kita yang tua menumpang meriah

      Delete
  8. wah..dah raya dulu dah ni... comei je kek tu..niceee

    ReplyDelete
  9. Allahu... kek PRU itu memang rare!
    Jumpa ketupat dan rendang selain pada hari raya memang rasanya lain macam betulkan. Sedap berganda-ganda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...sapa la punya idea kek ni..rasanya macam Syahir

      Delete
  10. Seronok tengok...macam dah hari raya je...

    ReplyDelete
  11. ha ha nice nyer kek PRU tu.
    menjadi kenangan selamanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRU 15 memang bikin banyak kenangan selamanya kan..🤭🤭

      Delete