Sunday 27 November 2022

PERGI PASAR CARI PISANG

 Semalam balik dari makan roti canai @ Teras Jernang tu...teringat nak pergi cari pisang kat Pasar Tani Permaisuri..Tapi macam dah lambat takut Pasar Tani dah nak tutup..so melencong ke Steel River Market🤭...


Memang nak cari pisang untuk goreng.Tak puas makan dah beberapa kali beli pisang goreng tepi jalan belum jumpa yang sesedap pisang goreng kipas depan kuaters dulu..Dah la harga boleh tahan..Beli  pisang goreng RM10 memang cukup untuk 2 orang je makan.Nak beli rm20 macam tak berbaloi sekadar pisang goreng sahaja..dah macam beli 2 pcs regular size pizza..hihihi.Tu yang tekat nak pi cari pisang kat pasar tani...tapi akhirnya melencong ke Steel River Market..🤣

Cella kata dia nak ikut juga masuk dalam pasar..Kata dia dah lama tak mengekor mak gi pasar macam dulu-dulu zaman sekolah..hihihi


Dah pukul 10.30....tak ramai orang..
Cella jer dok sibuk rakam video...

Dalam pasar pun nak rakam video...hihihi


Banyak lagi rakaman tempat ikan..daging dan daging kambing juga..
Tapi panjang sangat saya tak reti nak cut...hihihi

Pisang kepok

Nampak berkarat..tapi pisang ni sedap digoreng..


Petang semalam berpisang goreng la sebagai minum petang


Sebekas tu  habis makan dengan Cella..
Adah pergi kenduri @ Sentul..Anak bujang tu membuta sampai terlepaa nak gi kenduri kawannya kat Sungai Long...
Katanya kawan sekerja dia jemput kenduri kahwin...
Sangka saya kawan yang senior la jemput perkahwinan anaknya..
Rupanya kata anak bujang tu kawannya tu sebaya...
Dia jemput  kawinkah bapanya....!
Laaaa...ingat bapa jemput ke majlis perkahwinan anaknya .
Rupanya si anak jemput ke majlis perkahwinan bapanya !!!
🤭🤭🤭🤭

Dapat makan pisang goreng puas-puas...cicah sambal kicap.
Sambal kicap ni sejak PKP lagi  stoknya...Saya buat sebotol simpan dalam peti ais..

SAMBAL KICAP CILI BANGLADESH
1mangkuk  cili padi Bangladesh
( cili padi merah)
5 ulas bawang putih
1 botol Kicap Lemak Manis Jalen
1/4 cawan cuka makan
1 sudu teh penuh garam halus
3 sudu besar gula
2 sudu minyak

1. Buang tangkai cili dan basuh bersih..lap
2. Panaskan minyak dan goreng cili padi dan bawang putih ( tutup kuali kerana cili yang x dibelah akan meletup2 kecil)
3. Masukkan cili dan bawang putih goreng kedalam blender.
4. Masukkan juga kicap,cuka,garam dan gula & blend hingga halus
5. Simpan dalam botol bertutup

*** Sambal Kicap  ini akan bertambah sedap setelah beberapa hari  disimpan kerana rasanya sudah sebati


16 comments:

  1. Pishang kephok goreng pluss sambel ketchup memang terbaek

    ReplyDelete
  2. Pisang kepok antara pisang popular untuk digoreng. Saya belum cuba makan pisang goreng dengan sambal kicap. Nanti nak cuba resipi Mam Cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu-dulu mak ajar makan pisang goreng gitu kosong je..Sejak dok KL baru reti makan ngan sambal kicap..hihihi

      Delete
  3. Wah.. xde mengopi ke? 😬

    ReplyDelete
  4. johorean style ni pisang goreng sambal kicap..saya pun suka mkn mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. saya pun 1st time makan pisang goreng ngan sambal kicap kat Johor.Sekarang kat KL almost penjual pisang goreng sediakan sambal kicap

      Delete
  5. Selera kita sama la kak, suka pisang goreng kepok (kalau tempat saya kat Srwk sana kami mmg panggil pisang ni pisang kepok).Njoy kak..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pisang ni sedap kan..
      Tapi kat sini payah juga nak dapat...ni rezeki dapat..banyaknya jual pisang nangka ,& pisang raja

      Delete
  6. puas makan kan, bila goreng sendiri..kena plak ngan cili kicap tu..memang best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..
      Tapi masalahnya termakan banyak la pulakkk🤣

      Delete
  7. Makan dgn sambal tumis ikan bilis pun sedap.di tempat saya pisang awak di belah tiga dan setiap satu belahan tu di jual rm 0.50, bermakna sebiji rm 1.50.beli pisang sesisir goreng sendiri dan makan puas2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudiaaaa ..lagi kayangan harga...Nanti nak try jugak la dengan sambal bilis.mac sedap tu

      Delete
  8. SA semalam pun beli pisang goreng gak..sygnya sikit sanagt RM10, nak beli pisang la lepas ni goreng sendiri dan nak belajar gak buat kuah kicap tu...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya SA...rm10 macam kita beli rm2 10 tahun dulu...Kadang rasa sayangnya duit...🤭

      Delete