Tuesday 5 April 2022

BUTTER CHICKEN & SAYUR BROCCOLI -JUADAH IFTAR 2 RAMADHAN

Juadah 2 Ramadhan semalam...


Masak Butter Chicken.Saya suka guna super ring cheese powder sebab sedap berlemak.Patutnya warna oren lauk ni.Tapi saya masih fail  snap pic..hihihi.Resipi saya c&p ja


BUTTER CHICKEN + SUPER RING CHEESE

Bahan ayam:
2 keping dada ayam( dada dari seekor ayam)
4 sudu tepung ubi + sikit garam * serbuk kunyit
(boleh gantikan dengan tepung pedas jer) 
1 cawan minyak untuk goreng

Bahan Sos:
1/4 blok butter
1  tin susu cair
2 sudu  serbuk cheese super ring
10  cili padi
1kiub ayam

Bahan Tumis:
1 bawang besar
3 bawang putih
3 pelepah daun kari
10 cili padi cincang

Bersihkan dada ayam dan potong jalur anggaran selebar 1 cm

2. Gaul semua isi ayam bersama secukupnya tepung ubi+ sikit garam + sikit serbuk kunyit

3. Panaskan minyak dan goreng isi ayam bertepung tadi hingga garing.toskan

4. Buang semua minyak goreng dan masukkan butter dalam kuali

5. Terus masukkan bahan tumis.Kena cepat tumis kerana buttermudah hangus

6. Bila bahan tumis layu,masukkan susu cair( sebab nak kuah lebih,tambah 1/2 cawan air panas )

7. Masukkan pula ayam goreng garing tadi dan gaul rata

8. Tambah kuib ayam dan cheese super ring untuk dapatkan warna yang cantik dan lebih lemak

9. Sesuaikan rasa dan terus matikan api


Masak juga sayur broccoli bawang putih ni.Sayur yang paling anak-anak suka.

SAYUR BROCCOLI TUMIS BAWANG PUTIH
1biji broccoli ( saiz kecil)
1 sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh tepung jagung + 1/4 cawan air

Bawang Putih Crispy:
1 labu bawang putih
3 sudu minyak
1.Broccoli diceraikan ikut kelopaknya. Basuh bersih
2Jerang air dalam periuk + 1 sudu teh garam & celur broccoli anggaran 2 minit & tapiskan  & rendam dalam air sejuk
3. Bawang putih didadu halus @ cincang
4. Panaskan minyak agak-agak sederhana panas & goreng bawang putih cincang & sentiasa kacau supaya warna sekata
Bila nampak garing cepat-cepat kaut bersama minyaknya kedalam mangkuk. (jangan biar terlalu garing kerana nanti nak angkat bersama minyaknya. Minyak yang masih panas tu akan terus menggaringkan bawang putih walaupun sudah diangkat.
5.Tinggalkan sikit minyak bawang putih tu dalam kuali dan terus masukkan broccoli d carrot yang sudah di celur.
6. Kacau rata & masukkan sos tiram tiram
7. Masak sekejap sahaja & terus tambah bancuhan tepung jagung & kacau cepat-cepat supaya kuah pekat
8. Tuangkan kedalam bekas hidang dan taburkan bawang putih crispy bersama minyaknya sekali.. Siap

Beli 2 set tepung  pelita katanya...sebab kat gerai tu tulis tepung pelita.1 set ada 5 biji.Sebab tamak beli 2 set.Bila berbuka makan...Mmm ni bukan tepung pelita.
Tepung pelita dikukus dengan daun pisang tu.Ni tatau kuih apa..Hanya tepung dimasak cair dan dituang dalam acuan daun pisang tanpa kukus dah.Daun pisang selapis nipis tu memang hijau tak dilukus.Bau mentah kuih ni.Nak kata tako pun jauh sekali.Sudahnya membazir..Bebudak dua orang tu pun tak usik langsung.Asalnya nak beli Tepung Pelita Adik Abang..Tapi masa lalu situ depa belum susun dalam tray.Baru sampai agaknya.Lain kali beli ja Tepung Pelita Adik Abang tu...


Tengah goreng sayur broccoli dalam ½ jam lagi nak berbuka...Jiran sebelah rumah ni ketuk pintu.Diberinya 2 bungkus popia frozen.Agaknay sebab semalam tu bagi depa lemang sebatang.Lemang yang anak bujang tu buat ngan kawan-kawan dia tu.Jiran kami ni lelaki bujang 2 orang.Fizi & Azrul.Dah bebelas tahun berjiran dengan Fizi.Azrul baru dalam 3 tahun kot.Ni rasanya Azrul yang buat popia ni.

Dia rajin masak.Raya tahun lepas dia masak rendang kerang sedap sungguh.


8 comments:

  1. Pentipu la yg jual tepung pelita tu. Anw, sy terliur tengok kuah super ring cheese tu.

    ReplyDelete
  2. Nanti beli brokoli nak masak style MC ni, nampak sedap.
    Bestnya berjiran dengan orang pandai memasak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom PH..
      cuma kalau boleh elakkan masakan banyak bawang putih ni waktu sahur sebab akan menyebabkan mudah haus..Kalau waktu iftar ok kot..hihihi

      Delete
  3. mungkin tepung pelita kat kampung si penjual tu gaya gitu kot..

    super ring ni jajan tu kan? tetiba blur pulak mende superring ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la Ammi...hihihi
      Super ring cheese tu serbuk cheese warna oren.Bau dan rasa dia macam jajan gegelang warna oren tu la..super ring la nama dia kan..🤭

      Delete
  4. Kalau masak butter chicken tambah cili potong banyak sikit baru tak muak makan. Sedihnya lah bila peniaga tak jujur ni. Tahu fikir untung je kan. Next time nak beli kena beli sikit dulu. Kalau sedap baru repeat.

    Alhamdulillah..rezeki orang memberi kita merasa.

    ReplyDelete
  5. Sedap- sedap menunya...rezeki kan..orang memberi kita merasa...

    ReplyDelete