Tuesday 12 April 2022

JUADAH BAZAR LAGI- IFTAR RAMADHAN KE-9

 Salam Ramadhan Kareem.Dah 10 hari Ramadhan bertamu.


Semalam 9 Ramadhan,kami dua beranak berkunjung lagi ke Bazar Ramadhan besebelahan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.


Awal kami sampai..🤭
Singgah solat kat Petronas,pastu terus ke bazar.Tak ramai sangat orang.

Bukan bazar ramadhan la kalau tak jual air aneka warna dan rasa ni kan...


Langit dah mendung.Semua pun macam tak semangat ja nak membeli.Banyak saja pilihan makanan tapi macam tak semeriah dulu.

Peniaga pun ramah-ramah ja..

Masa saha halakan camera  handphone..peniaga ni siap sebut "senyummm"..hihihi tau ja dia saya nak snap pic.hihihi
Ramah dan sporting macam ni kan bagus..!


Kopi ais..?


Kesian Pak Ngah dah jafi sup..hihihi

Kenapa la tak namakan Roti Ali ka..Ahmad ka..hihihi...


Jauh naw ayam panggang tu...tak tanya pula harga.Katanya ayam panggang pun mahal sekarang..Ya la...ayam mentah pun mahal kan...


Ni kalau bukan bula puasa pun depa niaga food truck  kat sini.Tapi waktu malam & nama tempat ni "Tapak".


Dulu zaman rajin gi pasar malam saya selalu beli roti goreng ni.


Masih wujud la nasi lemak singgit..

Gerai ni rare..Dia berfikir di luar kotak...

Dia jual aneka ulam dan jeruk pembuka selera.Bukan jeruk buah tapi jeruk untuk makan dengan nasi.Jeruk maman,jeruk petai,tempoyak, cencalok bagai...Bagus la idea dia ..

Dulu zaman rajin churros pun saya buat sendiri..Sekarang..membeli ja...hihihi



Saya nampak ramai jual makanan sama.

Dim sum..

Sebelum ni anal bujang saya pernah belikan siput sedut,daging salai dan itik  salai kat sini.Saya suka sebab sedap.

Lebih kurang setengaj jam tawaf dalam tu...jom,balik..Tu lampu limpah Stadium Bola Sepak KL.Depannya HUKM..

Jom tengok apa kami beli..

Adah nak laksa..Sedap laksa dia..

Beli sagu ni...
Manis tapi tak lemak..Kalau  depa + secubit garam & susu cair tu depa tak +air  tentu lagi sedap..ya la depa pun berniaga kan..

Dim sum...

Nasi lemak singgit tadi...
Beli 3

Kecik ja..tapi padan la sebab singgit.Ada telur ¼,ikan bilis sekor dan kacang tanah 2 biji.Kalau buat sarapan sedap ni..


Saya beli  itik salai 


Adah beli takoyaki..
Takoyaki ni Adah kata sedap sebab real octopus & real prawn..Buka tipu-tipu


Murtabak ayam 2
Murtabak daging 2
Habuan buat sahur depa 2 beradik tu..
Saya hanya beli itik salai masak lemak cili api & sagu tu saja..Yang lain tu Adah la..semua dia nak beli.Time nak bayar pandai ngelat.Purse tak bawa la,duit belum cucuk la....Ingat kita nak percaya ke alasan dia🤭🤭.
Kat anak dara bongsu pun dah topup duit belanja sikit suruh dia beli la makanan lain pula selain nasi kerabu .Kesian kat dia asyik makan nasi kerabu sepanjang puasa sebab itulah makanan lengkap yang bawah rm10.
Ok..esok tak mau pi bazar dah...
Percaya ke tak?
🤭
Weekend ni macam nak meronda jalan TAR waktu malam la...

6 comments:

  1. Dah 10 hari sy belum ke bazar lagi. Sebabnya malas nak nyinggah balik kerja. Mungkin Jumaat ke.. khamis ke.. nak jenguk ke bazar, kalau ada rasa rajin, hihi.

    ReplyDelete
  2. Teringat peristiwa petang tadi, hujan ribut petir di Lahad Datu. Para peniaga bazar Ramadan cuba menyelamatkan jualan masing-masing. Khemah terbang, hujan mencurah-curah membasahi meja dan makanan. Pokok tumbang. Ya Allah! Saya insaf, betapa mereka ini berjuang untuk mencari rezeki.

    ReplyDelete
  3. meriah nmpk bazaar tu..mcm2 menu..bila ke bazaar ramadhan mcm2 nk bli

    ReplyDelete
  4. meriah kat situ..area rumah SA x meriah langsung...xde yang meniaga even tapak bazar ada...khemah disediakan tapi xde sambutan..2-3 khemah je macam hidup segan mati x mahu...

    ReplyDelete
  5. Kalau pegi bazar ni meriah makanan2 yg dijual . Kalau tak kawal nafsu makan habis semua nk dibeli

    ReplyDelete
  6. Macam macam gerai ada. Paling menggoda gerai air beraneka warna dan jenis tu. Telan air liur kalau lalu. hihi...Kalau letak roti ali kang pelik pulak orang. dah sinonim roti dengan john. Nasi lemak singgit kalau berbaloi beli okay jugak kan. masih wujud lagi tu. Berniaga ni kena ramah baru pelanggan suka singgah. Kalau muka masam mencuka macamana nak menjemput rezeki.

    ReplyDelete