Monday 18 April 2022

SPAGHETTI SOS CENDAWAN & NASI GORENG IKAN MASIN- IFTAR RAMADHAN 15

Salam Ramdhan ke 16..Yang mana. anak-anak sekolah semua sudah kembali semula ke sekolah hari ni kan.Tiada lagi penggiliran.Kembali ke asal.Yang bekerja,menanti hari wsok untuk cuti Nuzul Al-Qur'an.Tapi ada negri yang tak bercuti kan ..kerana mereka memilih untuk bercuti pada awal Ramadhan.


Iftar hari Ahad 15 Ramdhan hanya masak simple sahaja.Banyak masa dihabiskan dengan mengukis.
Untuk anak-anak saya hanya masak speghetti bologblnese cendawan.

Tak sempat nak snap pic hidangan...Hanya pic sos bolognese yang sedang mendidih...hihihi
Kelam kabut kerana hampir azan baru siap masak sos ni .Terus angkat spaghetti dengan penapisnya dan angkat juga sos ni dengan periuknya🤭 
Jangan ditiru perangai tak senonoh ni...hihihi


Saya masak Nasi Goreng Ikan Masin Sayur Kailan untuk diri sendiri.

Saya tak menggemari Spaghetti bolognese.Kalau pasta lain atau spghetti dimasak olio atau carbonara,saya suka saja 
Maka untuk diri sendiri saya buat Nasi Goreng Ikan Masin Kailan ni.Goreng juga keropok keping dan telur mata.Timun mini tu sengaja tak hiris.Terpengaruh dengan cara makan timun rakan-rakan dari seberang.Mereka makan nasi berulam timun tanpa hiris,sebaliknya dihidang sebiji-sebiji.Selepas suap nasi mereka gigit timun.Nikmatnya tengok depa makan macam tu.Saya pun meniru..
Ya betul...sedap timun makan macam tu

1 comment:

  1. ammi selalu je buat perangai tak senonoh tu..
    buat untuk kesenangan diri sendiri...tapi bila fikir itulah yg anak dara kita tgk dan itulah juga cara dia akan bawa ke rumah mertua nanti ammi jadi macammmmmm..alahaiiii.

    ReplyDelete