Saturday 30 October 2021

PULUT KUNING RENDANG DAGING

Sambung cerita pulut kuning semalam ..PULUT KUNING JUMAAT


Ni pulut kuning petang hari Jumaat...hihihi
Nasib baik pulutnya masih elok,rendangnya masih ok.Sampai rumah semalam terus sendukkan pulut dan rendang ni.Eh,teringat pula belum solat.Kerana nak makan dengan tenang,tahankan dulu nafsu nak makan.Lepas solat la baru lega nak makan.Eh,sebab dah tak kalut apa-apa,make up la sikit pulut sebelum makan.Kasi dia 🎼sekuntum mawar merah sebuah puisi🎵🎶...hihihi


Lepas masak pepagi buta tu tak sempat nak jamah pun sebab mengejar masa.Kena keluar awal sebab anak bujang nak tolong hantar & kemudian bawa kereta ke pusat service.
Alhamdulillah,sebelum pukul 7 pagi saya dah siao masak dan isikan dalam bekas.

Saya mulakan sejak malam untuk masak rendang dulu

Ni belum masuk santan
Nampak...bila kacau pun kuah tu nampak cair tak bersalut pada sudip.

Kemudian bila tambah santan,saya biar mendidih dalam 10 minit & padam api.Esok pagi sambung masak sebab nak tidur awal.Nanti awal pagi nak bangun masak pulut.Sambil kukus pulut boleh la panaskan rendang hingga kering

Ni pagi...Rendang dah kering berminyak dah.
Macam lipas kudung jugak la nak siapkan pepagi.Tapi saya lebih rela siapkan sengsorang daripada dibantu🤭sebab kalau dibantu saya rimas  Kalau sorang boleh buat ikut kepala saya .


Rendang Daging.Macam biasa kalau daging selalunya saya akan masak guna campuran Rempah Rendang Adabi.Saya suka aroma berempah Adabi dan warnanya akan sedikit gelap.Paduan gula nissey(Kelantan)atau nisang (Trengganu)atau Gula Kerek(Kedah) memang menerbitkan rasa yang sedap pada selera saya.
Saya gunakan 2 kg daging.Tapi resipinsaya c&p dari old post guna 1kg daging.

RENDANG DAGING ADABI

1 kg daging lembu -
1 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
1 sudu garam
1 keping kecil gula nisan /gula Melaka
½ cawan minyak

Bahan  Blend:
20 cili kering
3 batang serai
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Daging dipotong 4 dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.
2. Panaskan minyak & tumis bahan blend + rempah rendang hingga naik minyak
( perlu tumis kerana guna santan kotak.Jika guna santan segar ,tidak perlu tumis,hanya terus masukkan bahan blend bersama daging hiris dan masak hingga pekat kerana santan akan mengeluarkan minyak bila dimasak lama.
3. Bila naik minyak masukkan daging rebus hiris dan air rebusan daging.
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan santan kotak.
5. Masukkan kerisik dan masak dengan api kecil sambil dikacau sesekali supaya tidak berkerak
6. Masak api perlahan supaya naik minyak cantik dan sesuaikan rasanya..
7. Tabur daun kunyit



Sebelum tidur...Rendam la pulut kan...hihihi

PULUT KUNING
1 kg pulut
1 sudu makan serbuk kunyit
1 asam keping

*** Basuh dan rendam pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping.
Rendam semalaman @ sekurang2nya 4 jam

- Pastikan pulut tenggelam sekurang2nya  2 ruas jari kerana masa direndam pulut akan menyerap ait.
- Asam keping digunakan supaya mendapat warna kuning yang bersih.
Panaskan kukusan .
2. Toskan pulut dan kukus hingga pulut masak dan berkilat...anggaran 1/2 jam

Bahan Santan:
2 cawan santan pekat- guna santan fresh(kalau santan kotak saya pernah cuba -tak cantik,tak berkilat)
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula

** Campur semua bahan santan dan kacau hingga garam dan gula larut

2. Bila pulut sudah masak..tuangkan pulut dalam bekas yang besar.
3. Siramkan bancuhan santan tadi dan gaul rata..
- pulut akan nampak basah dan sedikit melekit.
- Setelah digaul sangan biarkan pulut rehat lebih   kurang 10 minit dan pulut akan hilang melekit dan jadi berkilat dan berminyak

** Untuk rasa yang lebih berlemak..boleh terus hidang..tetapi jika untuk tahan lebih lama..
pulut yg sudah digaul santan...dikukus lagi sekali hingga berwap lebih kurang 10 minit.
TETAPI pastikan tidak ditutup  supaya pulut kekal cantik.Jika ditutup semasa kukus kali kedua ni..pulut akan lembik dan benyek kerana wap yang terperangkap



Saya guna kukus old school ja..🤭
Takdak kukus elektrik...
Kukusan saya ni agak besar,boleh muat 3kg sekali kukus.Tapi dari pengalaman,baik kukus sekilo sekilo lagi cepat.Kalau terus masuk 2kg wap lambat naik & pulut lambat masak.Pernah sekali saya kukus sekali harung 2kg.Bahagian tengah tak masak.Terpaksa ulang kukus.Buang masa kan..pulut pun jadi patah-patah sebab asyik kacau nak kasi naik wap.Better kukus sekilo sekilo..in sha Allah elok


Pulut kuning yang baru dikukus.

Untuk agihan...saya bungkus rendangnya dalam plastik lauk.Biar sejuk dulu baru ikat.Kalau ikat panas-panas takut mudah basi.
Begitu juga dengan pulut.

Nak buat banyak memang tak daya.Untuk 2kg pulut &  2kg daging ni saya tak pasti kalau orang berniaga boleh dapat berapa pack.Saya hanya pack sebanyak satu dozen sahaja dengan portion yang agak banyak.Cukup untuk kongsi 2 orang (kalau tak kuat makan la🤭)


Saya guna tuppeware bulat tu untuk scoop pulut kuning dan 2 senduk rendang daging.
Asalnya nak letak daun salad dan buah tomato ceri.Tapi sebab mengejar  masa tak sempat nak basuh dan lap daun salad...
Maka isi saja pulut dan rendang togel...hihihi
Konon nak buat video pun tak terbuat.Huhuhu...






6 comments:

  1. Alhamdulillah tahap kerajinan tu tinggi jadi hasilnya terbaik.kalu akak kukus mengukus memang fail jadi ambik berkat tengok foto je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...sikit-sikit kerajinan dah mula kembali..sikit ja la ..hihihi
      Akak fail satu..kukus mengukus..Yang lain akak pandai.Kalau semua dapat kat akak,saya dapat apa pulak...kan..
      🤭🤭🤭

      Delete
  2. Samalah ammi pun pakai pengukus oldskul juga.arwah mama yg hadiahkan dulu.

    Tips baru ni utk kukusan 2nd round.. Ammi selalu tutup lepas masuk santan. Tq tips tu ye kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masak untuk makan sendiri sekeluarga,biasa lepas gaul santan(aron)biar 10 minit terus hidang lagi sedap lemaknya.Cuma kalau nak bagi orang kukus 2nd round sebab nak bg tahan lama...kukus buka penutup tu mak saya bagi tips bila saya kukus 2x jadi lembik...Alhamdulillah

      Delete
  3. Menawan bila dah makeup tu. Siap ada sekuntum bunga ros. Kreatif! Bila dah kelam kabut memang tak menyempat apa. Togel pun sedap kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....
      Tu la...togel pun togel la...Orang kata less is more ....kan...🤣

      Delete