Sunday 17 October 2021

MIAMI BEACH @SEBERANG TAKIR

 Lepas sarapan Nasi Dagang Atas Tol,Adah kata kita akan ke Miami Beach.Bukan Miami Beach,Florida tu...



Tapi Miami Beach @ Seberang Takir..🤭


Kata Adah biarlah pi waktu pagi ,tak la panas lit-lit macam hari Jumaat tu..Better datang sebelum pukul 10 & selepas pukul 5 petang la kalau tak mau terbakar...hihihi



Ralit dia merakam keindahan pantai dan manikmati deruan ombak



Adah la rajin merakam gambar.Kalau selalu Cella tukang rakam.
Kami dah banyak kali singgah sini tapi Adah nak bawa abangnya la yang belum pernah ke sini.Kali terakhir dia datang Trengganu ..nun zaman sekolah dulu lagi.


Abangnya pula snap pic Adah..

update:
Ops...nun jauh kat belakang Adah tu nampak macam hutan pokok rhu sikit tu ...situ pun menarik..
Menjadi tempat perkelahan kerana kawasannya teduh..

Inilah kawasan hutan pokok rhu aka cemara tu..
Boleh drive dicelahan pokok sebab luas..tak adalah nak kena menapak.Ramai orang bentang tikar berkelah kat situ.Kami tak masuk pun situ,tapi nampak ada juga aktiviti ATV kat situ.
Sepanjang  bahu jalan tu pula meriah dengan jualan buah-buahan terutama buah anggur(Trengganu ada ladang anggur ker?)
Di hujung hutan rhu tu ada deretan kedai makan Kami bercadang nak makan celup tepung situ tapi masa tu belum buka.Rasanya petang baru buka.

(Jika ada info yang silap sila maklumkan)

Adah ni ada mood.Kalau dia suka,memang semua orang dia suruh snap pic dia.Tapi kalau dia tak mau,memang taknak la ceritanya...hihihi

Adah geram nak main ombak,tapi saya memang melarang macam larang budak kecik.Sebabnya pantai kat sini bukan macam Selat Melaka kat belah Pantai Barat  ni yang landai.Pantai kat Trengganu ni curam dan ombak besar dari Laut China Selatan.Nampak macam landai tapi tiba-tiba curam,kita bukan nampak dalam air.
Dia celup juga la kaki kat gigi pantai ni.Jangan tidak kan...

Adah dok paksa untuk bergambar.Layan juga la..hihihi..
Sejak dah remaja purba (pinjam ayat SK) + saiz pun berganda ni segan dah nak bergambar.Padahal zaman remaja memang suka bergambar.

Adah suruh berdiri kat tunggul kayu ni..Layankan ja la...hihihi.

Ni dia kata gaya macam orang tahun 60-an bergambar (60-an,mak dia pun belum lahir laaa)
Kata Adah selalu tengok gambar tahun 60-an dalam Google mereka mesti gayakan macam ni & pakai speck hitam.Gambar hitam putih pulak..Hihihihi....



Singgah pula kat dataran Jambatan Angkat tu.Anak bujang tu nak tengok Bas Mini yang dijadikan Surau Bergerak ni sebab hari tu nampakndalam Majalah 3.



Adah jadi supir,Bawa pula melintas Jambatan Angkat aka "London Bridge" ni.Mula plan nak singgah naik atas menara jambatan tu..Tapi Adah kata ikut itinerary...ke Pasar Payang aka Kedai Payang.

Balik hotel,mandi tukar baju & kemas untuk check out.


Betul-betul pukul 12 baru Adah uruskan check-out.
Asalnya Adah nak stay Hotel  Arena Butik ni juga malam kedua pun.Suka betul dia dengan Arena ni.Tapi saya nak tukar hotel lain.Tu yang hari tu dia booking Arena  2D1N...Lagi 2D1N booking hotel lain pula...
Lepas ni kita cerita hotel ke dua tu....






11 comments:

  1. Dah macam trip ke obesi, check in 2 - 3 bijik hotel, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....saja nak jugabtry yang lain...
      Tapi banyak hotel belum beroperasi...Ada juga yang dah gulung tikar kwsan Covid 19..huhuhu

      Delete
  2. Best juga trip yg ank2 organise.. diorg lebih advance dr kita.. dulu2 mn kita g diorg ikut.. skrg ni turn kita plk ikutkan diorg.. have fun mak cella n family.. 💃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selim melim mak cella.. nti kak lin g sana nk cari tunggul tu.. nk posing mcm mak cella.. 😉

      Delete
    2. Tu la...sebelum ni pakai kepala saya main redah ja...banyak buang masa..hihihi
      Selim tu dalam gambar tu kak Lin....🤣🤣🤣

      Delete
  3. Sayangnya pantai kat tengganu tak sesuai buat mandi laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...
      Wak takmo balik Ganunke dah boleh rentas negeri ni🤭

      Delete
  4. Menarik lah trip Kali ni...amboii Adah posing....hahahah..Adah balek Kedah lah Mandi laut pandai merdeka

    Nn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya bab macamni kena ikut orang muda punya planing..hihihi

      In sha Allah nak balik Shima...Kalau ada rezeki Deepavali ni nak tumpang berebut balik kampung🤭

      Delete
  5. Cantiknya pantai seberang takir ni. Belum sampai sini lagi. Teringin juga nak sampai jambatan angkat tu. Macam macam gaya posing. Orang dulu dulu memang posing gitu ye rupanya. Elok lah ditegah sebelum apa apa kejadian yang tak diingini berlaku. celup celup basahkan kaki pun jadilah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantainya memang cantik tapi macam bahaya tersembunyi.
      Sebelum ni rasanya ada papan amaran tidak dibenarkan mandi..tapi ni dah tak nampak.
      Lupa nak snap bahagian atas sikit penuh hutan pokok cemara.Ramai orang berkelah kat situ sebab teduh dan luas.

      Orang2 dulu posing macam tu kira A la .🤣

      Delete