Thursday 3 June 2021

CUCUR JAGUNG MANIS RANGUP

 Semalam tak masak lauk.Lunch nasi goreng petai.Dah lewat petang baru masuk dapur semula


Masak Cucur Jagung Manis Rangup.Menghabiskan baki dua tongkol jagung.


Plan asal nak buat pegedil jagung.Tapi jadi Cucur Jagung Manis pulak...


CUCUR JAGUNG MANIS RANGUP
2 tongkol jagung- hiris ambil isi sahaja
1 cawan tepung jagung
½ cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu gula
½ sudu kecil garam
minyak

1.Isi jagung digaul teoung gandum & tepung jagung.
2. Tambah gula & garam
3. Pecahkan telur & gaul rata.
4. Panaskan minyak & sudukan adunan menipis dari tebing kuali macam buat rempeyek.
5. Balik-balikkan hingga garing rangup

Anak bujang beli jejari ikan ni.Saya tengok macam keropok lekor sahaja.Cuma dihiris memanjang.
Idea yang bagus,lain dari orang lain.Tapi tu la susah nak goreng,panjang sangat.Hihihi


Jenuh nak control supaya tak merengkot keropok tu.Panjang sangat la..


Ni la puncanya jadi Cucur Jagung Manis.Sebab keropok tu dah masin.Cicah sos pedas.Pelbagaikan rasa,buatlah cucur jagung versi manis pulak.Sedap la...


10 comments:

  1. Time PKP ni asyik keluar masuk dapur aje kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..Macam nak k na tutup sempadan dapur jer ni...hihihi

      Delete
  2. Replies
    1. Heeeee...orang lain jaga badan takut gemuks..Mak jaga perut takut lapar..Hihihihi

      Delete
  3. tak penah lh mkn @ buat cucur
    jagung he hee manerik nampaknya ni mesti sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang selera suka manis memang ngam la sebab manis & rangup.Buat versi pegedil pun sedap.Tukar2 selera kan...

      Delete
  4. Memang sedap kudap-kudapan jagung. Mama Cella tak rasa enguh lutu ke makan jagung hihihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan cepumas 🤣🤣🤣
      Dah hujung 4 siries ni, tak makan jagung pun kadang lenguh lutut macam berkawad 1 padang.Jadi,baik makan ja...Hihihi
      Syyyyyyy🤣

      Delete