Wednesday 3 March 2021

JAMBU BATU KAMPUNG ISI MERAH vs BUAH SAMAK

Jambu Batu Kampung Isi Merah.. 
Kira Vilage Pink Guava la...
Wild Pink Guava kot.. Hihihi


Minggu lepas ikut cleaner ronda nak cari ulam. Tapi tertarik tengok pokok jambu kampung sedang berbuah


🎼🎼Buah jambu tiga serangkai
Hanyut sebiji ke tanah Jawa
Apa ilmu cik adik pakai
Makin dipandang makin ketawa.. 🎶🎶


Banyak buah tapi saiz kecik sebab ni spesis jambu batu kampung. Tapi versi isi merah @ merah jambu @ pink


Banyak juga yang masih berputik. Semuanya mengingatkan zaman kanak-kanak. Berebut panjat pokok jambu, mengait buah jambu & menyicah buah jambu. Kat runah dikampung lama memang banyak pokok jambu. Ada isi putih & ada isi pink. Paling best makan atas pokok sambil duduh celah dahan sambil ayun kaki. Tapi saya hanya panjat rendah sahaja sebab gayat. Pernah salah sorang sepupu perempuan jatuh pokok jambu hingga patah tangannya. Ngeri..! 
Lepas pindah rumah baru arwah ayah ada tanam sekebun jambu batu klon pemberian Lembaga Pertubuhan Peladang.Hampir semua penduduk kampung dapat sorang berpuluh pokok. Memang lebat & besar-besar buahnya. Sayang sekali bil berbuah tiada pasaran. Semua rumah, buah jambu menjadi baja tanah & makanan lembu. Akhirnya semua membiarkan pokok-pokok jambu tu mati atau memang ditebang

Ni jambu batu kampung  yang sudah hampir matanya 
 
Bila digigit, pink isinya. Tapi selkadar pink muda kerana belum betul-betul matang. Mengigit buah jambu  ni terasa segar kembali kenangan lalu


Sambil kunyah jambu batu, visi mencari ulam diteruskan. Niat asal nak petik pucuk samak dipokok ni la. Pokok samak ni) ada yang panggil serai kayu. Ada yang panggil daun salam. Sayangnya pucuk ssmua sudah tua kerana pokok samak ini sedang berbuah lebag. Saya petik buah-buahnya yang masak merah jambu. Rasa & rupa buahnya seperti buah keriang.anis-manis kelat. Banyak sekali burung singgah menapatkan rezekinya di ataa pokok samak@serai kayu ni






4 comments:

  1. Alah, rindunya nak gigit buah jambu isi pink

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Sk.. Generasi zaman kita banyak nostalgia dengan jambu kampung ni

      Delete
  2. Tiba-tiba nak gelakkan diri sendiri bila Mama Cella buat entri jambu batu. Teringat zaman remaja dulu, cuti semester balik kampung. Panjat pokok jambu, dan nasib malang yang tak berbau, kita terjatuh kepala dulu hempap tanah. Allahu Akbar, rasa nak mati! Kelam kabut dibawa ke hospital Tanjung Karang. 4 kali xray takut ada yang patah. Doktor tanya, sempat makan jambu tak? Saya kata sempat. Makan di mana? Tanyanya lagi. Atas pokok, saya jawab. Doktor tu senyum-senyum saja!
    Aduhai malunya....malu sungguh bila terdengar petugas di hospital sebut-sebut: Anak dara jatuh pokok jambu...huwaaaaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu...
      Tapi maafka saya cikgu. Dah baca habis, saya pun senyum sorang-sorang. Terbayang macanana lucunya anak dara jatuh pokok jambu. Pahit untuk dilalui, tapi manis untuk dikenang.. Hihihi

      Delete