Roti Jala Kuah Durian
Mak aku masak pagi Ahad
Sebab hari Sabtu kan beli Durian Untuk Kakak
Malam tu mak aku buat Kuah Durian untuk abang...
Tapi abang balik dah penat..
Abang x makan pun..
Abang balik terus mandi terus tidur..
Kakak makan sikit Kuah Durian tu campur pulut
Kuah Durian masih penuh periuk.
Mak aku cakap sebab tu lah buat Roti Jala
Tapi pagi Ahad tu abang cakap kena masum kerja awal...x sempat nak makan Roti Jala ni
Abang minta tapaw..
Mak aku cakap kalau nak tapaw kena la bawa lebih sebab Kuah Durian bau dia kuat..
Nanti orang lain pun bau juga..
xkan abang nak makan sorang..
So..mak aku just tapawkan abang 1 tupprware Roti Jala & 1 bungkus kecik kuah durian.
Untuk kawan2 abang mak aku bungkuskan 1 plastik penuh Kuah Durian tu.
Pastu mak aku pesan pada abang soh beli sebungkus Roti Gardenia bagi kawan2 cicah ngan Kuah Durian tu..
Seperti kata perpatah "Hati Gajah Sama Dilapah,Hati Nyamuk Sama Dicicah"...
Haaaa tapi yang ni mak cakap Kuah Durian sama dicicah roti
Abang cakap boss abang yang belikan roti dan makan ramai2...
Alhamdulillah...
Kata mak aku walaupun durian ni hanya 2 biji..
Tapi ramai yang pakat boleh rasa soranv sikit..
Moga Allah berkati rezekibyang sedikit inj..
Moga Allah berkati dan limpahkan lagi rezeki pokok durian berbuah lebat supaya kita dapat beli dengan harga yang lebih murah..
Hehehe...
Dulu kalau musim durian memang mak aku akan buat juga
ROTI JALA
2 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
2 sudu minyak
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau (jika suka)
** minyak untuk sapu kuali
1. Blendkan tepung,air,telur,garam dan 2 sudu minyak hingga berkrim
2. Masukkan adunan dalam botol muncung.
3. Panaskan kuali dan sapu dengan minyak menggunakan tissu atau daun pandan
4. Picitkan adunan tepung membentuk bulatan dan berselirat
5. Bila permukaan kuih telah mengering
6. Lipat atau gulungkan roti jala
Kalau mak aku masak Roti Jala warna Hijau memang dah tahu mesti kuahnya manis
Sebab kalau Roti Jala Kari Ayam..
Maka ku akan buatkan Roti jala Kuning
Abang la paling suka Roti Jala...
Ni versi guna Acuan Roti Jala style lama..
Mak aku cakap doluw hanya ada acuan macam cawan bocor ni jer
Ada yang dibuat daripada plasti...ada juga yang dibuat daripada aluminium dan tembaga
Versi guna acuan cawan ni mak aku cakap kena pandai nak agak sukatan airnya sebab kalau pekat sangat adunan tu xnak turun ikut lubang2 tu
Kalau cair memang adunan senang nak turun tapi x cantik la urat-urat dia
Ni mak aku cakap versi guna acuan cawan tu
Hahaha...banyak yang jala dia besar-besar..
mak aku cakap kalau urat jala tu lebar tu sebab kuali x cukup panas.
Bila menjala jer tepung tu akan meleleh dan lambat nak kering sebab kuali x cukup panas
Dah masak..angkat dan gulung kemas-kemas
Haaa..kalau guna botol ni mak aku cakap lagi mudah
Tak kotor dapur sebab adunan dia dalam botol
Tak macam guna acuan cawan tu....macam cawan bocor kan..
Akan ada la yang meleleh
Botol ni mak aku cakap selain digunakan buat roti jala
Juga digunakan untuk isi mayonis dan susu pekat atau sos coklat untuk senang nak picit mayonis dan susu pekat atau sos coklat nak siram atas maknan
Ni versi buat guna botol corong tu
Urat lebih halus dan kemas
Mak aku cakap kalau guna botol tu adunan boleh buat pekat pun dia x banyak songeh sebab kalau adunan tu pekat lambat nak keluar ikut monconng ....boleh picit botol tu ...haaa...kuar lah adunannya
yang penting mak aku cakap kuali kena panas..tapi jangan la sampai berasap
Roti Jala dah siap untuk dimakan bersama kuah
Ni mak aku buat versi macam tikar
Rasa dia sama jer
Cuma corak jer lain
Makn ngan Kuah Durian
Versi aku..
Bubuh kuah banyak2 dalam mangkuk
Selamkan roti jala macam nak jala ikan
Aummmmm....!!!
KUAH DURIAN
10 ulas isi durian
2 kotak santan + 8 cawan air
( kalau santan fresh guna 10 cawan)
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula putih
1 sudu teh garam
2 daun pandan
1. Campurkan isi durian bersama santan air dan daun pandan
2. Masak hingga mendidih.
3. Tambah gula pasir,gula melaka dan garam
4. Masak hingga mendidih sekali lagi
5. Matikan api
*** Kuah Durian akan lebih pekat apabila dibiarkan sejuk
Sebelum ni mak aku dah selalu juga masak Roti Jala Kuah Durian..
Dah pernah post ROTI JALA KUAH DURIAN kat sini...
Tapi tu sebelum 2017 la..
Rasanya post tu 2016..
Tahun 2017 mana ada post pasal durian kecuali pasal SEBIJI DURIAN & LUAHAN PERASAAN kat sini....
Itupun dah hujung tahun dah...
Yer la kan....kan ramai orang yang suka durian pun terpaksa memendam perasaa rindu yang membara pada durian pada tahun 2017..
2017 adalah Sejarah kenangan pahit untuk hantu durian..
Hahahaha....
UPDATE:
Sebab tengok ramai pageview about entry ni..
Aku link kan juga ROTI JALA PINKISH kat sini....
Kot ada mak- mak nak wat birthday gegirl tema pink ker...
Sekarang (Julai 2018) durian tengah murah ni..
Heee...ok...bye
sedap nye...akak panggil serawa durian..
ReplyDeleteHaaaa....nenek kitef pun panggil serawa jugak...abang jet cakap kuah durian..heee
Deletesedap. dan santan durian sedap too tempoyak sedap tu..
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteCucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
ReplyDeletePuan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................
▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.
.................................................................
▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.
..................................................................
▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.
...............................................................
Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐
Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570