Wednesday, 17 January 2018

MACARONI TUNA

Makaroni Tuna
Tuna Macaroni
Whatever lah...
Just nak citer belak semalam jer
Hari Isnin ..Selasa...Rabu memang kelas habis lambat
So kena bekal yang berat skit lah...
Kalau dah upper form...
xde hari yang awal pun kecuali Jumaat jer..
hahaha....



Bekal aku ngan mak aku
Yang hijau mak aku nyer
Yang oren bekal aku..
Abang off...xde lah bawa bekal
Tapi abang ngan kakak sarapan Tuna Macaroni ni juga



Walaupun nampak pale jer
Tapi Don't Judge Book By The Cover
Haaa....sebab kawan-kawan aku semua cakap sedap
Dapat makan sorang 2 suap jer
Agaknya sebab tu sedap..
Hihihihi...
Tapi memang sedap pun walupun mak aku cakap pucat macam orang demam..
Hahaha...



Tuna Macaroni pun selalu juga mak aku masak
Kadang mak aku masak MACARONI SARDIN...macam kat sini..
Ada juga masak MACARONI PEDAS macam kat sini..
Yang  jarang-jarang mak aku masak  MACARONI BAKAR macam kat sini..
Tapi paling sedap.MACARONI DAGING kat sini..
 Hari ni versi Tuna plak..

TUNA MACARONI
1 pack macaroni ( macaroni jenis  kecil)
1 tin tuna in water @ Tuna in oil ( flake @ chunk)
1 bawang besar
5 bawang putih
1 pokok daun sup
1 sudu teh garam
2 sudu minyak


1. Rebus macaroni hingga lembut ( baca arahan pada pack)
2. Cincang bawang putih dan bawang besar
3. Panaskan minyak  dan tumis bawang besar dan bawang putih
4. Masukkan tuna dan garam
5. Tambah macaroni rebus dan gaul rata
6. Sesuaikan rasa  dan taburkan daun sup cincang


Macaroni..
Tuna flakes...


Bawang besar cincang...
Bawang putih cincang...


Macaroni sedang direbus..
Masak air hingga mnendidih..
Masukkan macaroni dan kacau supaya lerai..
Jika untuk makan dengan sos masukkan 2 sudu minyak..
Jika untuk goreng x perlu tambah minyak


Panas minyak dan tumis bawang2..
Sebaiknya pakai minyak zaitun...olive oil
Dah minyak zaitun mahal...pakai jer minyak sawit..walaupun sekarang minyak sawit pun x murah...
Mak aku cakap 5 tahun dulu sebotol beaar minyak sawit tu baru Rm13...sekarang dah lebih 20 henggit...
Mmmmm......aku pun x ingat yang dulu minyak sawit murah...



Bila bawang dah nampak jernih..masukkan tuna bersama minyaknya..


Kacau rata & tambah garam.
Kalau tuna chunk ..pecah2kan dengan sudip



Masukkan macaroni rebus..
Tak perlu toskan..
Cedok terus masuk dalam kuali..
Kalau nampak macam berkuah...
Tidak mengapa...terus kacau jer..macaroni akan menyerap kuah hingga kering


Gaul rata dan sesuaikan rasa..
Jika ingin sedikit pedas..tambah serbuk lada hitam..


Daun sup..


Cincang daun sup


Matikan api dan tabur daun sup..
Daun sup kena tabur setelah api tutup..
Supaya baunya kekal fresh dan warnanya juga fresh...
Selain daripada digoreng...aku juga suka MACARONI SUP macam kat sini..

2 comments:

  1. flat leaf parsley.
    yang batang gemuk adalah celery.

    ReplyDelete
  2. Italian kat rumah masak pasta jadikan daun sup/ flat leaf parsley sebagai sayur dua cekak adult sebungkus pasta.
    potong kecik kecik tumis bawang putih dan udang atau apa sahja atau bawang putih dan merah sahaja, masuk pasta
    letak kan daun sup dan kacau salt black pepper to taste. sedap

    ReplyDelete