Saturday, 6 January 2018

MARTABAK MEE MAGGI

Maratabak Mee Maggi
MARTANAK ke MURTABAK..?
Haaaa....cikgu baru jer bincang ejaan yang betul..
MARTABAK yang betul..
Hahahaha...berzaman dok sebut MURTABAK
Rupanya MARTABAK...
Jangan tak tahu juga ejaan SERONDENG
Bukan SERUNDING..
Kalau SERONDENG ...sambal kering daging atau ayam atau ikan yang selau kita makan ngan lemang
Kalau SERUNDING tak boley makan..!
Naper x boleh makan
Sebab SERUDING  maknanya SATU RUDINGAN atau perbincangan..
Kiranya kecek Klate la...SE tu maksudnya SATU
Ok...cukup pelajaran BM untuk hari ni...
Hahahaha....just kongsi apa yang cikgu ajar
Supaya lebih ingat
Banyak lagi ejaan barau yang betul aku x ingat...
Kadang sangat...sangat...sangat mengelirukan..
Huhuhuhuhu...


Martabak Maggi ni sedapppp...
Lemak masin..pedas sikit..
Aku minta maknaku buat nipis sebab aku suka yang nipis garing..
Kalau tebal sangat rasa mee dia lembab  x krup2..
Mee dia kat tepi2 tu lagi rangup..krup3..


Kalau makan Martabak Maggi ni aku mesti ingat kat sorang kawan abang..
Nama dia Fizi...
Dulu masa abang masih sekolah...
Masa tu aku baru darjah satu...
Fizi selalu datang umah...
Aku pun panggil Fizi juga walaupun dia sebaya abang sebab masa tu kan kanak2 ribena lagi..
Rasa malu nak panggil abang pada kawan2 abang.
Semua kawan abang aku panggil nama sahaja macam abang panggil dorang..
Masa tu kalau Fizi datang time kitorang sedang makan nasi...mesti dia joint sekali..
Walauoun sekadar makan nasi lauk telur dan sardin jer..
Pernah beberapa kali mak aku masakkan Martabak Maggi ni sorang 1 termasuk Fizi..
Selalunya kalau beli maggi kari kan ada 5 pack..
Memang ngam2 sorang sebungkus..
Mak aku...abang...kakak...aku dan Fizi..
Fizi suka sangat Martabak Maggi yang mak aku masak..
Kadang2 kalau dah lama x datang..
Bila dia datang dia bisik2 ngan abang...
Nanti abang akan bagutau mak aku...
Fizi cakap dia teringin nak makan Martabak Maggi mak aku masak..
Dia cakap dia dah try buat tapi x sedap...
Hahahaha...x tau la betul ker atau tu hanya helah dia nak soh mak aku masak Martabak Maggi tu..
Tapi mak aku mesti masak nyer..
Bukan saja untuk Fizi tapi untuk aku juga..
Hehehe...
Pernah juga masa mak aku masak tu mak aku panggil Fizi suruh tengok...
Tapi sekarang Fizi dah lama x datang ..
Kali terakhir Fizi datang 5 tahun lepas..
Abang cakap Fizi dah kerja ...
Tak tahu lah sekarang dia masih ingat lagi x Martabak Maggi favourite dia ni..
Atau mungkin Fizi dah pandai masak Martabak Maggi ni ker..
Hahaaha....
Tapi bukam Fizi jer yang suka Martabak Maggi masakan mak aku..
Aku pun sukaaaaa...
Kalau aku buat mesti kurengggg...
Nak mak aku juga buat....walaupun aku tengok mak aku buat samaaaaa jer macam aku buat...

MARTABAK MEE MAGGI- untuk seorang
1paket mee maggi perisa kari
1 biji telur
1 sudu minyak
1 tangkai daun bawang ( optional)
Sos kegemaran


1. Rendam mee maggi kosong dalam air panas agak dalam 2-3 minit sahaja...
Jangan lama...kalau kembang sangat nanti bila makan cepat muak & kurang sedap


2. Rendam sekadar untuk leraikan sahaja dan tapis


3. Masukkan daun bawang ..kalau x suka boleh masak plain jer..


4. Tambah perencah mee maggi tu hanya 1/4 - 1/2 paket sahaja.Jangan habiskan sebab mee ni xde kuah..nanti terlebih masin


5. Pecahkan sebiji telur ..


6. Gaul sebati semua bahan tersebut


7. Panaskan 1 sudu minyak



8. Tuangkan bancuhan mee maggi dan ratakan supaya nipis


9.Bila bahagian bawahnya nampak garing terbalikkan...Tambah lagi sesudu minyak dikeliling martabak supaya garing ranguo..
Jika x tambah minyak...nanti hanya sebelah yang mula saahaja garing ..selepas terbalikkan dah tak garing rangup sebab dah xde minyak..

*** Kena masak dengan api sederhana dan selalu balik- balikkan hingga nampak garing dan rangup


10. Hias dengan mayonis dan sos cili..
       Nak bagi cantik..masukkan mayonis dalam plastik dan gunting kecil sahaja hujungnya dan lorekkan atas martabak yang dah siap..
Ulang dengan sos cili pula dan tabur sedikit daun sup supaya nampak vogue...

Syyyyy....minggu depan nak bawa bekal Martabak Mee Maggi ni lah..
Minggu ni nyer 2 hari bawa bekal nugget jer.....1 hari bawa Muffin dan 1 hari bawa Mee Kering Goreng jer. Bekal biasa2 jer..
Aku minta mak aku buatkan Scone..
Dah lama mak aku x buat Scone..
Mak aku cakap nanti mak aku buat...
Windunyerrr...bau Scone sedang dibakar..
Bila bangun pagi dapat hidu bau Scone..
Huh....heaven...!!!!

No comments:

Post a Comment