Bukan hari ni
Bukan semalam
Tapi bulan lepas
Menyemak jer dalam draff
Menunggu Que..
Hihihi...
Roti Jala Kari Ayam ni untuk sambut orang balim umrah bulan Disember hari tu lagi...
Tapi juga untuk makan sendiri la
Aku ngan abang suka toti jala
Kakak pun
Tapi masa masak ninkakak xde
Abang ngan aku jer makan
Mak aku memang x minat Roti Jala
Selalunya mak aku buat jer tapi x makan
Rugi3...
Aku suka letak kuah banyak2
Abang la suka ayam banyak2
Hahahaha
ROTI JALA4cawan tepung gandum
4cawan air suam
3sudu minyak2biji telur
1/2 sudu teh garam
pewarna kuning
** minyak untuk sapu kuali
1. Blendkan tepung,air,telur,garam,pewarna dan 2 sudu minyak hingga berkrim
2. Masukkan adunan dalam botol muncung.
3. Panaskan kuali dan sapu dengan minyak menggunakan tissu atau daun pandan
4. Picitkan adunan tepung membentuk bulatan dan berselirat
5. Bila permukaan kuih telah mengering
6. Lipat atau gulungkan roti jala
Step by step dan petua boleh rujuk KAT SINI...
Ni untuk bawa sambut balik umrah
Mak aku cakap dahnkiter belum ada rezeki gi umrah
Sambut la orang balik umrah
Esok2 ada rezeki...
Kita juga akan jadi tetamu Allah
In sha Allah
Kalau dah Roti Jala Kari Ayam
Standard la warna kuning
Kalau kuah manis macsm ROTI JALA KUAH DURIAN macam kat sini....selalunya mak aku akan biay kalet ijau...
Ada orang suka kuah kari
Ada yang suka kuah furian
Tapi aku sjka dua2
KARI AYAM KUAH ROTI JALA..
1 ekor ayam- potong kecil
5biji kentang- potong kasar
1 batang carrot- potong kasar
2kotak kecil santan + 4 cawan air
1/2 cawan minyak
3 paket kecil rempah kari daging
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
4 bawang merah
3 bawang putih
4 hiris halia
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 buah pelaga
2 pelepah daun kari
(yang penting bawang dan halia
bahan lain x guna pun ok)
1. Panaskan minyak dan tumis semua BAHAN TUMIS hingga harum dan bawang garing.
2. Bancuh rempah kari dengan 1 1/2 cawan air dan masukkan dalam tumisan..
3. Masak rempah kari hingga naik minyak.
4. Masukkan ayam yang dipotong kecil.Lagi sedap jika guna bahagian tulang kerana
kuah akan lebih manis dan sedap
5. Masak ayam dalam rempah hingga naik minyak semula dan ayam separuh masak.
6. Kari Ayam untuk kuah Roti jala sesuai ditambah carrot..supaya terasa sedikit manis dan warna cantik..
7. Masukkan kentang dan carrot serta santan.
8. Biar menggelegak hingga ayam masak dan kentang empuk...Sesuaikan rasanya..
9. Seperti biasa...tips supaya kuah kari cantik..
Sebelum diangkat,perlahankan api paling
paling kecik dan biarkan beberapa minit
sebelum dimatikan apinya.
Step by step bergambar KARI AYAM UNTUK ROTI JALA kat sini...
No comments:
Post a Comment