Wednesday, 10 January 2018

MENGGALI UBI & PETUA TANAM UBI KAYU

Pokok Ubi Kayu

Sambungan Cerita Pokok Ubi kayu...
Tapi kali ni pasal menggali Ubi Kayu dan Petua Tanam Ubi Kayu
Kisahnya sebelum balik KL nenek menggali Ubi Kayu untuk bawa balik KL



Pokok Pertama....
Pokoknya besar..
Batangnya besar dan gemuks...
Terguh berdiri
Bila digoyang pokoknya sangat kuat melekat dalam tanah
Nenek hanya guna parang untuk menggali ubi
Beberapa minit menggali masih x jumpa isinya




Sebatang Cangkul
Ada orang guna cangkul untuk menggali ubu
Tapi nenek cakap kalau guna cangkul risikonya nanti ubi akan luka kena mata cangkul
Kalau guna parang boleh hati-hati dan gali sedikit demi sikit



Semakin dlam nenek menggali...
Nenek kata dah hampir 1 kaki dalam tanah
1 Kaki tu sukatan lama...
Kalu sukatan metriks mak aku kata dalam 30 cm la
Masih x jumpa ubinya
Tak kan lah pokok Ubi ni jantan plak


Haaaa....dah puas menggali
Baru nampak sikit ubinya



Dah la tumbuh ubinya jauhhhh ke dalam


Pendek jer ubinya..
Nenek pun x tahu kenapa ubinnya terlalu jauh ke dalam..
Dah tu ubinya hanya pendek
Sepokok ubi tu hanya da beberapa ketul sahaja...
Penat menggali ....
Batang pokoknya besar tapi ubinya sikit


Pokok ke-2
Pokoknya kurus sahaja..
Kata nenek asalnya pokok ubi yang ini nenek hanya guna ranting pokok ubi dan hanya cucuk beberapa inci sahaja dalam tanah .
Kata nenek sebab asalnya hanya diguna untuk menanda pokok cili sahaja..



Walupun pokoknya kecik kurus
TEtapi baru dikais tanahnya sedikit sahaja
Ubinya sudah kelihatan
Bukan 1..tapi 2
Bukan kecik,... tapi besar


Lihat batang pokoknya hanya sebatang kurus..
Nak banding pokok pertama tadi memang macam langit dengan buni jauh bezanya


3 ketul ubi kayu dari 2 pokok berbeza...
Yang kiri sekali tu pokok pertama
Yang tengah dan kanan tu pokok ke-2

3 ketul Ubi Kayu
Yang kulit dalam dia warna pink tu mak nenek kata Ubi Kayu Putih
Yang kulit dia warna pink tu nenek kata Ubi Kayu Kuning...

Nenek cakap secara tidak sengaja mendapat petua menanam ubi kayu
Kata nenek..
Lain kali kalau nak tanam batang ubi kayu...JANGAN tanam dalam2..
Cukup hanya cucuk dlaam tanah anggara beberapa inci sahaja ( beberapa cm)
Cucuk batang ubi tu menyerong
Barulah banyak ubi macam pokok ke-2 tadi
Barulah ubinya besar dan berada hampir permukaan tanah
Kalu tanam DALAM sangat macam pokok 1 lah jadinya
Pokok hebat subur dan teguh
Tapi Ubinya berada JAUH dalam tanah & x banyak isi..
Kata nenek...patutlah  arwah bapa nenek...moyang aku la
Pernah berpesan supaya JANGN tanam pokok ubi terlalu dalam nanti ubi x banyak
Tapi kata nenek selama ni nenek pun x amik pot sangat..
Main tanammmm jer
Tapi bila dah nampak bukti dan hasilnya...
Maka jelas lah petua yang diajar oleh moyang itu ada betulnya
Kata nenek selepas ini nenek akan tebang pokok-pokok ubi tu dan akan tanam semula mengikut petua iaitu hanya tanam beberpa inci dalam tanah


Ubi Putih


Ubi Kuning


Sepanjang masa nenek Menggali Ubi mak aku ada nyanyikan satu lagi yang macam kelakar jer aku dengar
Tapi nenek kata apa yang mak aku nyanyi tu memang wujud ceritanya dalam kehidupan masyarakat
Lagu apa yang mak aku nyanyi tu..??
Haaaaa...aku dah cari kat Youtube....dah jumpa
Mula aku x faham maksud tersirat dalam lagu tu
Tapi bila mak aku citer...
Mmmmmmm....nyampah plak pada orang lelaki yang berperangai macam "pak" tu...
Nyampahhhh......
Benci.....
Tak suka.....
Kasihan kepada orang perempuan yang dapat lelaki macam tu
Kasihan anak yang bapaknya macam tu...
Huhuhuhu...
Semoga "pak" dalam lagu ni....
Segera insap..huhuhu

Nama lagu tu..... Pak Balik Pak

 LAGU PAK BALIK PAK kat sini...


PAK BALIK PAK
Sehari dua mak asyik pening kepala
Memikirkan ayah ku tak ada kerja
Dulu kerjanya ambil upah gali telaga
Kini sudah tak larat katanya dia


* Tiap pagi ayah ke kedai kopi
Jumpa rakan-rakan sejati
Lagaknya bagaikan ahli menteri
Cerita tentang masa kini


** Mak kebingungan apa harus dilakukan
Dia bimbang takut adik kelaparan
Mak masak bubur nasi dicampurnya pisang
Bubur satu pinggan makan lima orang


*** Mak menyuruh ku panggil ayah pulang
Mak takut ayah kelaparan
Nanti tak sempat makan mukanya masam
Macam harimau kelaparan


**** Pak balik pak
Bubur pisang dah masak
Balik cepat pak cepat
Jangan terlambat
Pak balik pak
Kita menggali ubi
Nanti malam perut kita tak berisi


Sehari dua mak asyik pening kepala
Memikirkan ayah ku tak ada kerja
Dulu kerjanya ambil upah gali telaga
Kini sudah tak larat katanya pula


Ulang * hingga ****

Ke sana ke sini puas aku mencari
Rupa-rupanya ayah di kedai kopi
Ku lihat di kedai kopi riuh sekali
Masing-masing dengan gaya tersendiri


Lupa segala anak isteri
Makan minum isteri yang cari
Minum kopi duit isteri yang bagi
Tak bagi duit isteri dicaci

Ulang ****
Lagu: Kapt. Othman
Lirik: Rosli Ali

3 comments:

  1. tq dik petua nie..akak dgn suami skrg tgh ada mood bekebun..ada jugak pacak kan btg ubi..alhamdulillah dah bertunas pon..hahaha ada makna terisrat dlm tu lagu tu..tapi memang wujud pon org2 mcm nie dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh...nanti kita kongsi ubi yee..heeee
      pucuk dia pun best masak lemak cili api..tapi kitet suka ubi rebus cicah kelapa dan gula...mmmm..sedap

      Delete
  2. salam,

    ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis... dan ikan masin...


    daun celur dan potong potong tumbuk cili, bawang dan ikan bilis... tumis dan goreng.. sedap..

    ReplyDelete