Semalam nyer kuih mak aku..
Haaa...kuih mak aku jer..
Sebab aku x minat kuih ni...
Aku makan Cucur Jagung Goreng
Abang pun sama...
Abang makan Cucur Jagung..
Bekal pun Cucur Jagung..
Lepat Jagung hanya mak aku yang suka
So..kiranya semalam tema jagung ...
Lepat Jagung ni speciallnya sebab dibungkus dengan kulit jagung juga
Bukan dalam daun pisang macam lepat2 lain...
Masa mak aku kukus kuih ni bau macam sedang rebus jagung
Isi Lepat Jagung..
Aku rasa juga sepotong..
Rasa dia lemak manis dan ada rasa jagung la
Tapi aku lagi suka Cucur Jagung Goreng..
Kuih ni lembut2 skit
Aku suka Cucur Jagung Goreng sebab garing dan rangup..
Panas2 plak...
Ada 3 tongkol jagung.
Mak aku nak masak Lepat Jagung la ni..
Tapi sebab aku xnak Lepat Jagung
Mak aku cakap krna tukar plan..
Hanya 1 jagung mak aku buat lepat
Lagi 2 jagung mak aku buat Cucur Jagung Goreng untuk aku ngan abang
Jagung yang inteframe depan ni la jadi Lepat JagungJagung yang 2 dibelakang tu dah tertulis takdirnya menjadi Cucur Jagung
LEPAT JAGUNG( 10 biji)
1 tongkol jagung saiz besar
2 sudu tepung beras
2 sudu pati santan
1 sudu gula
secubit garam
Kulit jagung dari 3 tongkol jagung
1. Parut jagung..guna pemarut kasar
2 Campur jagung parut bersama tepung beras,santan,gula dan garam.Kacau rata
3.Bentangkan kulitvjagung yang lebar dan isikan 1 sudu penuh adunan jagung
4. Bungkus dengan hati2
5. Kukus 10 minit
6. Biar sejuk sedukit sebelum dihidangkan
*** Tips:
Ambil hnya kulitvjagung bahagian dalam
kerana kulit dalam lebih lembut dan mudah
untuk melipat semasa membungkus
Kulit bahagian dalam juga lebih selamat
kerana terlindung dari semburan racun
Buat kelar atau potongan keliling pangkal
supaya senang untuk tanggalkan kulit jagung
tanpa koyak
Setongkol jagung mungkin memerlukan kulit
lebih dari setongkol jagung..jadi kena simpan
kulit jagung yang lain juga
Potong secara kelar dikeliling atas sedikit dari tangkai jagung supaya kulit jagung mudh ditanggalkan kelopak demi kelopak tanpa mencarik/ merosakkan kulit jagung
Parut jagung guna pemarut kasar
Jangan perah airnya kerana dalam airnya ada pati jagung yang akan membantu melekatkan jagung2 itu nanti
Tepung beras. Boleh ganti tepung jagung atau tepung gandum.. Jika tepung gandum kurangkan separuh sukarannya kerana tepung gandum yang banyak akan menjadikan kuih agak liat
Guna santan kotak lebih pekat..Tetapi santan segar lebih harum dan lemak
Adunan siap dicampur semua bahan
Proses membungkus Lepat Jagung
** bahagian pangkal kulit jagung agak keras.Potong sedikit pangkalnya .Saiz kulit jagung juga lebat dipangkal dan lebih kecil dibahgaian atasnya..Guntingkan supaya sama bentuk.Kulit yang beraaiz kecil atau koyak..boleh dikembarkan..bungkus dengan hati2.kerana bungkus menggunakan kulit jagung lebih mencabar berbanding daun pisang..
Susun dalam pengukus ..
Saiz Kuih lebih kurang berukuran 2 jari orang dewasa ..mengikut saiz kulit jagung
Lepat Jagung siap untuk sihidangkan bersama minuman panas. .
Sesuai untuk minum petang.
Bungkus dalam kulit jagung macam style Mexican..
ReplyDeleteHa aah kan...orang Maxico kan suka jagung kan...nacos jagung pun sedap kan ngan salsa..mmmm
ReplyDelete