Friday, 19 June 2026

HANTAR PAKAIAN TERPAKAI KE PUSAT KITAR SEMULA PUTRAJAYA & TERUS KE ALAMANDA

 

Weekend baru ni ke Puast Kitar Semula Prensint 9 Putrajaya untuk hantar dua beg pakaian terpakai.Nak buang begitu sahaja terasa sayang kerana dua beg ni adalah pakaian terpakai yang masih elok tiada cacat celanya pun.Cuma ada yang dah lama tak pakai dan ada sepasang dua yang memang belum pernah pakai pun..tapi sebab salah saiz.

Sebelum cuti Raya Haji kengkonon  buat 5S (Sisih,Sapu,Susun,Seragam & Sentiasa) Amalkan ta Amalkan) tapi rasanya saya hanya buat 3S iaitu Sisih,Sapu &Susun sahaja...

2 lagi S iaitu Seragam & Sentiasa Amalkan tu...payah la sikit kan...🤭...

Dah buat 3S pastilah ada pakaian terpakai.Sebelum ni dok hantar ke charity box kat Masjid UPM tu...tapi sekarang charity box tu dah takda..

Nampak juga PH share tentang pengumpulan pakaian terpakai di Masjid Sri Gombak( kalau tak salah) tapi dok cari posting tu tak jumpa dah.Lagipun  ke sana lagi jauh dan jem berbanding ke Putrajaya...Makanya,pilih la PUSAT KITAR SEMULA PRESEN 9 PUTRAJAYA...Dah beberapa kali ke sana untuk hantar barangan terpakai.




Selesai letak je kat situ...dah ada yang menanti nak pilih....Dua beg  merah tu yang kami punya...Longgok jer kat luar tu...Tak pasti sama ada dua wanita tu pekerja sukarela atau sebaliknya.Terus tinggalkan kepada meraka dan kami terus gerak.


                                                     pic google

Kami menuju ke Alamanda.....

Dulu ....masa anak anak masih sekolah....Alamanda antara tempat healing kami anak beranak bila hujung minggu..Berlama -lama di MPH mentelaah buku percuma.....

Walaupun MPH tu kedai buku tapi kami dah buat macam library sendiri..Baca buku dulu sebuah dua...belinya buku lain...hihihi...Situ juga kami  bukan sekadar mencari stationary...tetapi juga saya jadikan tempat melepaskan mereka 3 beradik di dalam MPH tu rasa terlepas bebenan penat menjadi  pelarian sepanjang minggu.Entah kenapa Alamanda serasa selamat untuk kami.Rasa tidak diekori dan rasa seperti selamat berada di situ..Saya juga banyak membeli buku buku resipi,majalah dan juga buku buku motivasi di MPH..

Sekitar 10 tahun dulu juga kerap ke Alamanda ni setiap kali ada urusan di  LPP masa tengah uruskan pinjaman dan pembelian rumah kat Kedah tu..Kalau mak datang KL ni,Alamanda antara tempat yang mak suka kalau bawa ke sini.Mak suka  makan kat foodcourt tu ..


Cuma sejak foodcourt Rasa tu dah pindah tingkat atas,rasanya baru beberapa kali sahaja ka saya ke sini...
Dulu Rasa ni kat lavel P3 kan....sekarang dah kat P4 




Adah nak makan waffle..Katanya rindu nak makan waffle ais krim  kat sini macam dulu-dulu.. ....


Saya pilih Mee Tarik Idris



Saya pilih mee tarik  bersama sup hirisan daging lembu.


Nampak bodo ja tapi sedap sungguh pada tekak saya...Mee dia kenyal dan opkos takda rasa kapur macam mee kuning tu..
Sup jernih tu ringan dan sedap menghirup panas-panas .

Kongsi makan mee tarik sup ni bersama Sarah...
Suka betul dia dapat hirup sup panas tu dan makan mee segar..

Tapi sampai rumah....masuk jer pintu ...terus dia sebut nak nasi....Hahaha...perut Melayu betul la.....dah ½ mangkuk mee tarik pun....dia tetap ingat pada nasi....





Thursday, 18 June 2026

SELAMAT BERSARA TIGA SAHABAT

 Memasuki usia yang  dah banyak ni...dapat melihat dan meraikan orang demi sorang rakan sekerja dah memasuki fasa bersara...

Bulan April hari tu Kak Muzd bersara...Dapat bersama meraikan bila ada surat jemputan dari tempat kerja lama.Nasib baik majlisnya hari Jumaat .Walau agak lambat saya sampai tapi Alhamdulillah dapat juga berjumpa ramai kawan-,kawan bukan sahaja yang masih bekerja di sana tetapi juga rakan rakan yang dah bertukar tempat kerja,berlainan jawatan dan ada juga yang sudah bersara...


Bulan Jun...En Hedzir....Macam 40-an kan...Orangnya masih sihat bersemangat..tak nampak 60 kan....
semoga Allah mudahkan urusan beliau untuk menghabiskan sisa sisa hayatnya  bersama keluarga di Perak ...



Kak Zam....pun bulan Jun...Sama minggu depa dua orang tu...Kak Zam Selasa..En Hedzir Jumaat....
Sama sama cergas sihat di usia 60...

alhamdulillah...

Depa diraikan bersama atas satu pentas pada hari yang sama..Kak Zam pun katanya sehari selepas majlis dah fly balik tanah tumpah darahnya ...Pulau Langkawi Pulau Lagenda Mahsuri



Tersama tema warna dengan Kak Zam..pink...hihihi
Alhamdulillah,dapat excuse untuk menghadiri majlis persaraan depa berdua.Mujur juga majlisnya serentak...

Majlisnya hari Selasa...
Isnin tu baru naik kerja cuti Raya  Haji...
Dapat surat jemputan pun by email....
Tak sempat nak beli hadiah special..
mmm



Beli coklat sahaja sebagai cenderahati untuk depa....
Untuk En.Hedzir...
Sebenarnya dapat jemputan Majlia Kak Zam sahaja...Tapi bila baca tentatif majlis nampak nama En Hedzir juga ada....Kebetulan ada papaer bag kat meja kerja saya....
Dekat tempat kerja ni juga ada pasaraya...Sebelum ke sana singgah pasaraya beli coklat ni lagi sebekas dan masukkan ja dalam paper bag....


Untuk Kak Zam pun sama...
Coklat yang sama juga...cuma beli sehari awal kirim kat Cella dia pi IOI Mall ...kat orang pompuan kita boh la dalam beg ni..




Coklat penyelamat...Walaupun patutnya orang bersara bagilah cendera hati yang special sikit kan....Sebelum tu terfikir nak ke kedai bunga tempah jambangan ros merah...tapi tapi t

kelam kabut apa entah ..tak sempat... dapat jemputan pun sehari sebelum ..Hanya ini sahaja penyelamat...Tak apa la kan.....asalkan tidak pergi dengan tangan kosong kan....


Melihat rakan-rakan sorang demi sorang bersara....perasaan bercampur baur.Nampak depa semua sihat ceria dhari persaraan ...semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik,jiwa yang tenang dan dapat sampai ke garisan   akhir perkhidmatan  dalam kemenangan  dan kebahagian meniti usia persaraan nanti..Juga sepanjang perkhidmatan yang masih berbaki ...banyak tahun lagi ni...🤭



Wednesday, 17 June 2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448 : HUJAN-HUJAN PERUT LAPAR

 

Salam Maal Hijrah 1448...memasuki tahun baharu Hijrah juga beerti usia kita bertambah lebih banyak berbanding pengiraan tahun masihi..Ini kerana setiap bulan Hijrah mengandungi 29 dan 30 hari sahaja kerana bulan hijrah mengikut putaran bulan.Sebaliknya  berbanding  bulan masihi pengiraan hari dalam sebulan ialah  30 dan  31 hari kecuali bulan Februari hanya 28 hari dan 4 tahun sekali berubah menjadi 29 hari dikenali tahun lompat.Setiap 365 hari tahun masihi  bersamaan 1 tahun + 10 hari tahun hijrah.Haaaaa siapa yang dalam ic  umur  dah umur 35 tahun tu kalau kira tahun hijrah umurnya dah 36 yer!....Apa lagi yang umur dah lebih banyak..termasuk saya ...sendiri la mau kira...hihihi


Cuma sedihnga sekarang ini,sambutan Maal Hijrah tidak lagi semeriah dulu..Ke...saya je yang rasa macam tu?

Zaman kanak-kanak,tiap kali Maal Hijrah,pasti ada sambutan di surau yang kami panggil "balaisah"(bahasa betulnya madrasah) tapi orwng kampung kami sebit "balaisah" iaitu surau untuk solat jemaah merangkap tempat belajar  Al-Qur'an dan fardhu ain.Kalau yang dah biasa baca catatan saya dalam blog ni pasti tahu cerita kampung saya walau kampung kecil tapi ada dua surau.Walau kampung kecil jauh dipedalaman tapi sambutan Maal Hijrah tak pernah dilupakan...

Memasuki zaman sekolah rendah,sambutan Maal Hijrah disambit dengan  mengafakan ceramah berkaitan Maal Hijrah dan altiviti berkaitan Maal Hijrah.Masuk sekokah menengah pun sama,tetapi lebih meriah bagi kami yang tinggal di asarama.Selain bacaan doa dan bacaan Surah Yassin beramai di surau asrama,Maal Hijrah yang juga cuti umum bermaksud cuti "prep" juga..Hari cuti umum boleh berguling atas katil puas-puas,lepas sarapan boleh tidur,bangun lunch bila dengar loceng makan,boleh menonton TV kat Bilik Tayangan  dan boleh baca novel cinta sampai terbawa cerita novel ke dalam mimpi...Kalau untung nasib,sekolah terpilih menyertai perarakan Maal Hijrah di Pekan Pendang.Kalau tak pun,ada orang kenamaan sponser bas untuk asrama & terpilih pi tengok perarakan kat Alor Setar..Tapi saya tak pernah terpilih...hihihu

Zaman belajar kolej pula...Maal Hijrah,adalah hari untuk keluar ke KL awal pagi bagi melihat perarakan Maal Hijrah di Dataran Merdeka.Tahun pertama di kolej akan kekal dalam ingatan bilamana saya antara yang terpilih menyertai  persembahan pentomin Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Stadium Negara dan dapat masuk TV.Rasa bangga tak terkata walaupun babak yang nampak saya tu hanya beberapa saat dan orang tak kenal pun.!!🤭🤣🤣 

Memasuki zaman kerja,Maal Hijrah sangat dinanti...sebab CUTI UMUM..Kalau boleh pilih ...nak jer setiap tahun biar cuti Maal Hijrah jatuh ya pada hari Jumaat atau Ahad atau Isnin....boleh la  long weekend...🤭


Tahun ni Maal Hijrah 1448 jatuhnya pada pertengahan minggu...Hari Rabu.Plannya pagi pagi tadi nak pi sarapan kat luar.


Tapi KL disirami  hujan dari pagi tadi...Hujan sekejap sekejap dan sesekali lebat membuatkan persekitaran redup dan dingin.Matahari langsung tidak menampakkan diri.Kalau tak kerana perut berkeroncong,tak terasa pun masa berlalu.Terasa seakan masih awal pagi...padahal jam dah menunjukkan pukul 8 pagi dan sepatutnya matahari sudah meninggi.Cuaca hujan dan perut menyanyi meminta diisi.Nak masak sarapan macam dah alang-alang...Terus sahajalah tanak nasi..
Aroma wap didihan beras wangi membuatkan perut semakin rancak bernyanyi..Sementara menanti nasi tanak...kita sediakan lauknya ..




SAMBAL BILIS PETAI TEMPOYAK..

1cawan bilis- belah dan gorwng garing
1 cawan isi petai- hiris
1 cawan tempoyak baru
1 daun kunyit
Minyak,perasa

Bahan Blend Kasar:
1 cawan cili padi merah vietnam 
1 bawang besar
5 bawang putih
1 kunyit hidup

1. Panaskan minyak dan goreng bilis hingga garing.Ketepikan
2. Tumis bahan kisar hingga mendudih & tambah tempoyak.
3. Tambah air dan masak hingga kembali naik minyak.
4. Masukkan bilis,petai dan perisakan...
5. Sesuaikan rasa dan siap...



Ulam timun Jepun buat cicah samval tpoyaknya...Kalau ada ulam jering muda atau ulam daun kemangi lagi sedap nih..!



Goreng Ikan Pekasam...pemberian mak masa balik Raya Haji baru ni...
Pekasam Ikan Lampam hasil memancing mak dan air tangan mak..Sejak  hpir  dua dekad  mak dah "pencen" motong getah dan pencen buat bendang...masa mak lebih banyak memenuhi hobinya memancing di sungai dan tali air.Sejak tu ikan pekasam tak pernah putus.Selain untuk makan sendiri,ia juga menjadi pendapatan sampingan mak buat isi minyak motor,beli dedak umpan dan juga kira sebagai duit jajan mak la..🤭.
duit "gaji" mak Achik yang akan hulur setiap  25hb sama tarikh orang gomen dapat gaji juga..hihihi
Setiap kali makan nasi kat runah,biar ada lauk rusa maupun pelanduk atau kijang sekalipun,,,,ikan pekasam wajib digoreng juga..!🤣🤣🤣
Kecualilah kalau makan kat luar,takda la mak bawa pekasam tu..
Ditekak kami anak cucu mak,tiada pekasam lain ya g dapat menandingi kesedapan pekasam mak...Tu tekak kami la...tekak orang lain kami tak tau..


Juga saya masak Sup Daging Qurban + Sayuran.
Ada stok daging qurban frozen bawa balik dari kampung.Masak Sup + carrot,kentang,tomato dan sawi putih...


Bubuh sorang semangkuk supaya boleh hirup ...
Tapi saya bukan peminat sup kalau dimakan bersama nasi.Kalau sup saya lebih suka hirup berasingan tanpa nasi.



Secawan Kopi O Cap Gantang....
Sebab tak sarapan tadi....maka kena juga ada kopi  O ni peneman nasi...

Pukul 10 pagi perut ni dah berisi nasi berlaukkan  sambal bilis tempoyak petai,ikan pekasam dan ulam timun Jepun.Juga hirupan kopi O panas..
Tak tau la nak sebut sarapan atau lunch....hihihi



Di luar gerimis masih belum berhenti....
Matahari tak tahu di mana...
Tapi bila perut dah kenyang...
Mata pula meminta bantal...
🤭🤭🤭🤭🤭🤭🤭🤭🤭🤭

Salam Maal Hijrah 1448