Saturday, 4 March 2017

BEKAL ROTI TELUR GORENG

Roti Telur Goreng
Bekal hari Khamis..
Untuk aku ngan abang..


Bekal aku cam biasa ar..dalam bekas ni..


Bekal abang..
Sama jer ngan aku..
Cuma cara susun jer mak aku cakap lain..
Ikut kesesuaian bekas..
Hahahaha..
Mak aku dah bising jerk..
Sebab tupperware dah banyak hilang dari radar..
Hihihihi..
Tapi aku nampak mak aku ada beli stok tupperware baru semalam ..
Mak aku cakap untuk bekas bekal..
Haaaa....


13 keping Roti Telur Goreng..
Dah siap nak masuk bekal..& untuk b/fast..
Dah pernah tulis entri
ROTI TELUR GORENG kat sini...
Cuma yang entri tu Roti Telur Goreng tu lagi menarik sebab ada daun sup & Lada hitam..
Pastu mak aku cakap yang tu goreng dengan tenang..
Yang ni nyer goreng dengan rushing..
Hahaha...camtu nyer alasan pun ada juga..
 


ROTI TELUR GORENG
12 keping  roti slice
5 biji telur
1 sudu serbuk lada sulah
1/4 sudu teh garam
1/2 biji bawang besar-cincang halus
1/4 cawan susu segar/susu cair
Butter/Margerine


1. Pukul telur,susu,garam,lada sulah dan abwang cincang
    (dalam pic ni ada 4 jer telur...tapi sebab x cukup nak cover 12 slice roti + lagi sebiji)


2. Susun roti dan hiris nipis untuk buang keraknya supaya lebih kemas.


Panaskan 1 sudu teh butter/margerine


Celup sekeping roti dan letak dalam kuali yang dah dicairkan butter tadi

Letak juga sikit butter bahagian atas roti supaya bila diterbalikkan nanti  butter bahagian atas ini akan cair


Bila agak bahagian bawah roti sudah agak garing,terbalikkan sbelah lagi permukaannya supaya sama garing



Thursday, 2 March 2017

BEKAL MEE KERING GORENG

Bekal Mee Kering Goreng..
Pun tahun ni dah 2x dah bawa bekal mee ni..
Hari tu pun dah bawa bekal 
Mee Kering Goreng kat sini...
Bezanya hari ni nyer ada tambah Telur Mata...


Aku standard la kena boh lam plastik dulu..
Takut berminyak..
Kitchen towel wajai ar kalau bekal berminyak ni..


Resipipun C&P jer dari entri sebelum ni..
MEE KERING GORENG kat sini...
Cuma yang hari ni nyer nampak cerah sikit kot...
Rasa dia pun yang hari ni nyer cam lagi sedap jer..
Kata resipinyer sama...
Mmmmm camaner tu..


Ni la mee kering tu...
Yang ni beli kat Speed Mart...
Hari tu beli kata H..... 5 henggit...
Huh....x sampai 3 henggit pung..
Bapoak ah...beza harga....

MEE KERING GORENG
10 keping mee kering
10 batang sosej ayam - rebus dan hiris
4 sudu minyak masak
4 sudu kicap manis
4 bawang putih - cincang
1 kiub ayam
Daun sup dan daun bawang
Limau/lemon hiris

Bahan Blend:
10 cili kering- gunting & rendam air panas
1 bawang besar

1. Rendam mee kering dalam air panas lebih kurang 5 minit sahaja..Tapis
2. Panas minyak dan tumis bawang putih hingga harum
3. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
4. Masukkan daging rebus yang dihiris nipis.Masukkan juga air rebusan daging.
5. Tambah sikit garam dan kiub ayam.
6. Masukkan pula mee yang sudah direndam dan ditapis
7. Gaul sebati sambil direnjiskan kicap manis.
8. Sesuaikan rasa dan tutup api..
9. Masukkan daun sup daun bawang..
10. Perah limau sebelum makan..


Mee Kering sedang direbus..
Tapi mak aku cakap ni dipanggil celur..
Mak aku cakap kalau rebus tu masak dalam air sejuk sampai mendidih lama
Kalau celur tu ,masak air dulu sampai mendidih dan masukkan mee tu kejap jerk..
Ooooo...cam tu ker....
So..conclusionnya..gunalah perkataan celur..
Hari tu masak mee ni mak aku cakap rendam air panas jer..Tapi guna cara hari ni mak aku cakap hasilnya lagi canti dan sedap..


Ni step nombor 3 dan 4 ni...

Step nombor 5...
Patut lah hari ni lagi sedap...
Mak aku cakap sebab ada tambah kiub ayam..
Hari tu nyer guna daging ayam 

Step nombor 6...
Nombor 7....
Step nombor 8 ..
Nombor 9 dan 10 xde...sebab daun sup daun bawang xde stok..
Gantikan step nombor 9 tu dengan Gorengkan Telur Mata..
Hahahahaha...

TEMPE GORENG KICAP

Tempe Goreng Kicap..
Lauk mak aku ngan kakak hari Selasa..
Sebab hanya mak aku ngan kakak jer yang makan..
Aku just ratah Tempe Goreng..
Yang masak kicap ni aku x makan pun..
Abang lak masa balik malam tu abang dah siap-siap beli burger..
Tempe bukan taste abang..
Taste abang hanya A.Y.A.M.
Hehehehe...



Tempe ni favourite kakak..
Diakan pernah jadi Johorian 3 tahun..
Hihihii..
Kakak cakap sepanjang 3 tahun kat Johor kakak asyik makan lauk Asam Pedas,Tempe dan Sambal Hijau Ikan Keli danSambal Ayam jer kat cafe..

TEMPE GORENG KICAP
2 bungkus besar tempe
10 cili padi
1 grnggam ikan bilis
1 bawang besar
5 cili kering
1/4 cawan kicap manis
garam dan minyak

1. Tempe dipotong jejari


2. Goreng tempe dalam minyak yang banyak hingga garing..
   
Bersihkan Ikan Bilis dan goreng garing
Hiris bawang
Potong cili padi dan cili kering


Panaskan 2 sudu minyak dan  tumis cili padi.
Masukkan,bawang besar dan cili kering serta ikan bilis,
Gaul rata.



Tambah tempe goreng

*** Kalau masak camni aku suka ar..


Kemudian tambah kicap manis dan sesuaikan rasanya..


Siap..

*** Mak aku cakap lain kali kena masukkan bawang besar dan cili padi akhir sekali sebelum angkat
       Barulah bawang dan cili padi rangup dan lebih cantik untuk presentation..!!
       Yang ni dah termasuk bawang & cili awal-awal...habis semua dah jadi warna gelap jer,,
       Mmmmmm...