Thursday, 2 March 2017

BEKAL MEE KERING GORENG

Bekal Mee Kering Goreng..
Pun tahun ni dah 2x dah bawa bekal mee ni..
Hari tu pun dah bawa bekal 
Mee Kering Goreng kat sini...
Bezanya hari ni nyer ada tambah Telur Mata...


Aku standard la kena boh lam plastik dulu..
Takut berminyak..
Kitchen towel wajai ar kalau bekal berminyak ni..


Resipipun C&P jer dari entri sebelum ni..
MEE KERING GORENG kat sini...
Cuma yang hari ni nyer nampak cerah sikit kot...
Rasa dia pun yang hari ni nyer cam lagi sedap jer..
Kata resipinyer sama...
Mmmmm camaner tu..


Ni la mee kering tu...
Yang ni beli kat Speed Mart...
Hari tu beli kata H..... 5 henggit...
Huh....x sampai 3 henggit pung..
Bapoak ah...beza harga....

MEE KERING GORENG
10 keping mee kering
10 batang sosej ayam - rebus dan hiris
4 sudu minyak masak
4 sudu kicap manis
4 bawang putih - cincang
1 kiub ayam
Daun sup dan daun bawang
Limau/lemon hiris

Bahan Blend:
10 cili kering- gunting & rendam air panas
1 bawang besar

1. Rendam mee kering dalam air panas lebih kurang 5 minit sahaja..Tapis
2. Panas minyak dan tumis bawang putih hingga harum
3. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
4. Masukkan daging rebus yang dihiris nipis.Masukkan juga air rebusan daging.
5. Tambah sikit garam dan kiub ayam.
6. Masukkan pula mee yang sudah direndam dan ditapis
7. Gaul sebati sambil direnjiskan kicap manis.
8. Sesuaikan rasa dan tutup api..
9. Masukkan daun sup daun bawang..
10. Perah limau sebelum makan..


Mee Kering sedang direbus..
Tapi mak aku cakap ni dipanggil celur..
Mak aku cakap kalau rebus tu masak dalam air sejuk sampai mendidih lama
Kalau celur tu ,masak air dulu sampai mendidih dan masukkan mee tu kejap jerk..
Ooooo...cam tu ker....
So..conclusionnya..gunalah perkataan celur..
Hari tu masak mee ni mak aku cakap rendam air panas jer..Tapi guna cara hari ni mak aku cakap hasilnya lagi canti dan sedap..


Ni step nombor 3 dan 4 ni...

Step nombor 5...
Patut lah hari ni lagi sedap...
Mak aku cakap sebab ada tambah kiub ayam..
Hari tu nyer guna daging ayam 

Step nombor 6...
Nombor 7....
Step nombor 8 ..
Nombor 9 dan 10 xde...sebab daun sup daun bawang xde stok..
Gantikan step nombor 9 tu dengan Gorengkan Telur Mata..
Hahahahaha...

TEMPE GORENG KICAP

Tempe Goreng Kicap..
Lauk mak aku ngan kakak hari Selasa..
Sebab hanya mak aku ngan kakak jer yang makan..
Aku just ratah Tempe Goreng..
Yang masak kicap ni aku x makan pun..
Abang lak masa balik malam tu abang dah siap-siap beli burger..
Tempe bukan taste abang..
Taste abang hanya A.Y.A.M.
Hehehehe...



Tempe ni favourite kakak..
Diakan pernah jadi Johorian 3 tahun..
Hihihii..
Kakak cakap sepanjang 3 tahun kat Johor kakak asyik makan lauk Asam Pedas,Tempe dan Sambal Hijau Ikan Keli danSambal Ayam jer kat cafe..

TEMPE GORENG KICAP
2 bungkus besar tempe
10 cili padi
1 grnggam ikan bilis
1 bawang besar
5 cili kering
1/4 cawan kicap manis
garam dan minyak

1. Tempe dipotong jejari


2. Goreng tempe dalam minyak yang banyak hingga garing..
   
Bersihkan Ikan Bilis dan goreng garing
Hiris bawang
Potong cili padi dan cili kering


Panaskan 2 sudu minyak dan  tumis cili padi.
Masukkan,bawang besar dan cili kering serta ikan bilis,
Gaul rata.



Tambah tempe goreng

*** Kalau masak camni aku suka ar..


Kemudian tambah kicap manis dan sesuaikan rasanya..


Siap..

*** Mak aku cakap lain kali kena masukkan bawang besar dan cili padi akhir sekali sebelum angkat
       Barulah bawang dan cili padi rangup dan lebih cantik untuk presentation..!!
       Yang ni dah termasuk bawang & cili awal-awal...habis semua dah jadi warna gelap jer,,
       Mmmmmm...

Wednesday, 1 March 2017

BEKAL SPAGHETTI CUCUK SOSEJ LAGIIII


Bekal Spaghetti Cucuk Sosej lagiiiiii...
Naper lagiii?
Hehehe...sebab baru beberapa hari lepas pun bekal spaghetti cucuk sosej juga...
Heee...
Yang bekas turqoist tinggi tu abang nyer..
Pink opkos aku nyer..dalam plastik & mesti kena ada chicken towel...
Bekas putih tu mak aku..
Cuma yang hari tu goreng dobo..
Hari ni nyer versi bolognese...
Mak aku cakap sebab dah xde idea nak masak bekal aku ngan abang ..
Tapi aku ok jer selalu bawa bekal spaghetti pun..
Aku kan spesis Italian..!!!
Kih..kih...kih..
Tapi betullah kata mak aku..
Spaghetti Cucuk Sosej ni lebih feel makan ngan sos..bolognese or carbonara..
Sebab yang bekal hari ni walaupun sos bolognese sempoi jer..
Tapi aku rasa sedapppppp sangatttt...

SPAGHETTI CUCUK SOSEJ & SOS BOLOGNESE
1paket spaghetti
10 batang  sosej ayam salai
sikit minyak

Sos Bolognese:
1botol sos bolognese
1 bawang besar
2 bawang putih
2 sudu minyak
1 sudu gula
1 sudu oregano kering


1. Sosej ayam dipotong 8 dan dicucuk 5 batang spaghetti mentah.Buat hingga habis
(aku dah cakap ngan mak aku jangan cucuk spaghetti banyak sangat..susah nak makan..sosej pun just 1 ketul jer..sebab hari tu nyer sosej 3 ketul ...pun susah nak makan..hiiiii)


2. Masak air hingga mendidih dan rebus spaghetti cucuk sosej tadi selama 10 minit


3. Tapis spaghetti yang direbus dan gaulkan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.


Aik..mana pic sos bolognese ni..?
Mmmm...dah terdelete la...
Xper...Sebab mak aku cakap guna sos segera jer pun..
Tapi...sos segera pun bukannya aku reti nak masak...
Mak aku juga yang masak...hahaha
Jap nak tanya big boss...camaner nak wat sos segera tu..

1. Panaskan 2sudu minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar cincang..
2. Masukkan sos bolognese segera dan tambah 1 cawan air.
3.Masak hingga mendidih dan tambah 1 sudu gula dan oregano kering..
4. Sesuaikan rasa & siap.



Aik...naper semua pic dah terdelete ni..
Mmmm..ni bekal mak aku..
Bekal aku mana..?
Hahaha...bekal aku kat pic atas sekali la...