Wednesday, 1 March 2017

BEKAL SPAGHETTI CUCUK SOSEJ LAGIIII


Bekal Spaghetti Cucuk Sosej lagiiiiii...
Naper lagiii?
Hehehe...sebab baru beberapa hari lepas pun bekal spaghetti cucuk sosej juga...
Heee...
Yang bekas turqoist tinggi tu abang nyer..
Pink opkos aku nyer..dalam plastik & mesti kena ada chicken towel...
Bekas putih tu mak aku..
Cuma yang hari tu goreng dobo..
Hari ni nyer versi bolognese...
Mak aku cakap sebab dah xde idea nak masak bekal aku ngan abang ..
Tapi aku ok jer selalu bawa bekal spaghetti pun..
Aku kan spesis Italian..!!!
Kih..kih...kih..
Tapi betullah kata mak aku..
Spaghetti Cucuk Sosej ni lebih feel makan ngan sos..bolognese or carbonara..
Sebab yang bekal hari ni walaupun sos bolognese sempoi jer..
Tapi aku rasa sedapppppp sangatttt...

SPAGHETTI CUCUK SOSEJ & SOS BOLOGNESE
1paket spaghetti
10 batang  sosej ayam salai
sikit minyak

Sos Bolognese:
1botol sos bolognese
1 bawang besar
2 bawang putih
2 sudu minyak
1 sudu gula
1 sudu oregano kering


1. Sosej ayam dipotong 8 dan dicucuk 5 batang spaghetti mentah.Buat hingga habis
(aku dah cakap ngan mak aku jangan cucuk spaghetti banyak sangat..susah nak makan..sosej pun just 1 ketul jer..sebab hari tu nyer sosej 3 ketul ...pun susah nak makan..hiiiii)


2. Masak air hingga mendidih dan rebus spaghetti cucuk sosej tadi selama 10 minit


3. Tapis spaghetti yang direbus dan gaulkan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.


Aik..mana pic sos bolognese ni..?
Mmmm...dah terdelete la...
Xper...Sebab mak aku cakap guna sos segera jer pun..
Tapi...sos segera pun bukannya aku reti nak masak...
Mak aku juga yang masak...hahaha
Jap nak tanya big boss...camaner nak wat sos segera tu..

1. Panaskan 2sudu minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar cincang..
2. Masukkan sos bolognese segera dan tambah 1 cawan air.
3.Masak hingga mendidih dan tambah 1 sudu gula dan oregano kering..
4. Sesuaikan rasa & siap.



Aik...naper semua pic dah terdelete ni..
Mmmm..ni bekal mak aku..
Bekal aku mana..?
Hahaha...bekal aku kat pic atas sekali la...

Tuesday, 28 February 2017

PUCUK BETIK MASAK LEMAK PEDAS

Pucuk Betik masak Lemak Pedas..
Lauk mak aku ...
Naper lauk mak aku..??
Sebab mak aku jer yang makan..
Orang lain x makan ke..?
Hihihihi...
Ada ceritanya...


Pucuk Betik Masak Lemak Pedas..
Lepas masak,mak aku ajak makan...
Tapi aku xnak..
Ala..mana boleh makan nasi lagi..belum sport day
So,mak aku makan sengsorang..
Mak aku cakap sedap..
Tapi aku x tergoda pun sebab tengah bz chat pasal latihan sukan.
Kakak pun xde..
Kakak kata nak kuar gi Saaka Nilai
Nak beli barang-barang asrama dia la tu..



Tengok mak aku makan Nasi
Ngan Pucuk Betik Masak Lemak Pedas..
Pastu ada Ikan Lengat Goreng..
Dah dua hari mak aku asyik masak Ikan Lengat Goreng..
Mak aku cakap sebab hari tu buat ikan lengat memang simpan untuk goreng lagi hari ni nyer
Aku suka Ikan Lengat Goreng tu..
Hari tu mak aku goreng pun ahbis kitorang makan..
Ni mak aku goreng lagi.
Sama juga macam hari tu..letak cili dan bawang macam..
IKAN LENGAT GORENG kat sini..

PUCUK BETIK MASAK LEMAK PEDAS
4 pelepah pucuk betik
1 kotak santan( kalau kelapa fresh jadikan 1 cawan santan pekat dan 1 cawan santan cair)
2 asam keping
garam & secubit gula

Bahan Tumbuk:
1 bawang besar
5 cili padi
1 genggam ikan bilis
1 ketul krcik kunyit.

Pucuk betik..
Mak aku cakap,kalau kat kampung mungkin boleh dapat pucuk yang betul-betul pucuk..
Ni mak aku beli kat pasar hari Ahad.
Kata mak aku kalau nak sayur-sayur dan ulam  yang exotic kena gi pasar hari Ahad jer..
Kalau hari lain sayur dan ulam biasa jer yang ada..
Sayur exotic tu camaner..??
Mmmm...sayuir oxotic tu kiranya sayur yang rare la..
Susuah nak dapat..
Contoh..??
Contohnya Pucuk Betik,Cendawan liar,Pucuk Labu,Pucuk Kerdas,Kangkung Puteri,Ubi Kemili dan Jeruk Maman..
Haaaaaaa.....hambik kau...
Kenal ke semua tu..?
Hihihihihi...ada yang aku kenal..
Banyak lagi yang aku x kenal..
Lain la mak aku..
Memang banyak yang mak aku tahu..



1. Basuh dan bersihkan pucuk betik..Kemudian hiris kasar..


2. Masak setengah periuk air dan campur 1 sudu besar garam..Mak aku cakap kalau dapat garam yang ketul-ketul kasar tu lagi bagus..
Ada ke garam ketul kasar..?
Mmmm...mak aku kata ada..
Kemudian,bila air bergaram tu mendidih,masukkan pucuk betik dan rebus hingga lembut anggaran 15 minit


3. Tapis daun betik yang sudah direbus. Buang airnya kerana airnya sangat pahit.


4. Sedikan bahan tumbuk...Cili,bawang,kunyit dan ikan bilis ditumbuk


5. Masukkan pucuk betik yang sudah direbus dan bahan tumbuk dalam periuk..



6. Tambah separuh santan kotan dan tambah 1 cawan air..Masak hingga mendidih.
    Jika guna santan fresh,masukkan  1 cawan santan cair  sahaja dahulu..santan pekat masukkan kemudian
    nanti.



7. Masukkan juga 2 asam keping .Masak hingga kuah hampir kering baru dimasukkan santan pekat.
    Sesuaikan rasanya dan angkat.



Rasanya memang pahit...
Tapi dah mak aku cakap pahit yang sedap..
So,akupun cedoklah sikit sayur ni masukkan dalam piring bersama seketul ikan lengat goreng..
Nasi aku x amik tau..hahahaha..
Tapi baru sesuap aku rasa sayur Pucuk Betik ..
Arghhh...pahit do..!!!
Akhirnya aku cuma makan ikan jer..huhuhu
Masa kakak dah balik dari Saaka Nilai,
Aku tengok kakak excited cedok sayur Pucuk Betik tu ngan nasi & ikan goreng tu..
Aku biarkan jer..
Mana boleh aku sowang jer terkena..hahahah(gelak jahat)
Bila kakak suap jer....
Hihihihi...terus kakak lari gi sinki..
Tentu kakak ingat tu Sayur Pucuk Ubi favourite dia..!!!!
Kih..kih..kih...
Baru la fair...
Biar sama-sama rasa ....
Hmmmm..tapi yang pelik tu..camaner la mak aku boleh cakap Sayur Pucuk Betik ni S.E.D.A.P...
Huh...x faham ngan lidah mak aku...!!!
Mmmm..biarkan jelah mak-mak suka yang pahit-pahit kan..
Tapi mak aku cakap kalau anak-anak atau mak-amak pun kalau x suka Sayur Pucuk Betik yang Pahit ni..
BOLEH tukar masak
Masaklah
SAYUR BETIK LEMAK PEDAS kat sini....

Monday, 27 February 2017

RESIPI KUIH LAPIS TEPUNG UBI YANG SANGAT SEDAP

Kuih Lapis Tepung Ubi ...
Yang  Sangat Sedap...
Nyum3...

Ramai orang pernah makan Kuih Lapis Tepung Beras KUIH LAPIS TEPUNG BERAS macam kat sini...

KUIH LAPIS TEPUNG GANDUM macam katvsini..pun ramai yang selalu makan..
TAPI Kuih Lapis Tepung Ubi ni...
Macam teka- teki dalam citer Nujum Pak Belalang..
Jarangggggggg...jaranggg
Kadanggggggg...kadanggg
Sedikittttttttttt...sedikittttttt
Itu kahwinnn...!!!!
Hihihihi...
Tapi Kuih Lapis Tepung Ubi ni pun sama juga...
JARANG- JARANG dibuat orang...
KADANG- KADANG dijual orang..
SEDIKIT- SEDIKIT  dikenali orang..
Tapi sangattttt sedapppp..
Lemak...
Manis....
Kenyal....
Cantik....


Kuih Lapis Tepung Ubi ni...
Mak aku cakap terkenal di Thailand dan Indonesia..
Tapi warna kuih yang mak aku buat ni mak aku cakap versi Indon...sebab ada putih hijau dan merah..
Kalau versi Thailand,mak aku cakap just warna hijau dan putih serta ada bau pandam dan daun limau purut..
Mak aku cakap Kuih Lapis Tepung Ubi ni dah lama mak aku x buat..
Mmmm..yer la kot..sebab aku pun rasa cam xde pun dalam entri sebelum ni..
Entri ni pun resipi, penerangannya mak aku yang siap2 taip dan susun...
Aku mana faham nak citer detail...
Nak citer pasal makan aku boleh tulis tanpa bantuan mak aku la..hahahah




Kuih Lapis Tepung Ubi ni feel nak makan sebab sangat KENYAL..
Kenyal tu mak aku cakap cam liat tapi tergoyang- goyang...tergedik- gediks ..
Kalau orang Kelantan cakap GLENYAR ar..
Hahahahaha...
Sebab Kuih Lapis Tepung Ubi ni jarang orang jual...
So..mak aku cakap ..kalau nak makan kena la buat sendiri..
Mak aku cakap x susah sangat pun buat kuih ni..
Cuma kena sabar..sebab kata maka aku kuih ni banyak lapis..dan setiap lapis dia kena nipis2..baru cantik...
Macam yang mak aku buat ni ada 15 lapis yang nipis- nipis..
5 lapisan putih..
8 lapisan hijau...
2 lapisan merah..

KUIH LAPIS TEPUNG UBI( loyang 6")
1½ cawan tepung ubi
½ cawan tepung gandum
3 cawan santan
¾ cawan gula
½ sudu teh garam
½ sudu teh pewarna hijau
½ sudu teh pewarna merah ros

1 Campur tepung ubi,tepung gandum,gula,garam dan santan.Kacau dan tapis.
Sukat dengan cawan atau senduk semua adunan supaya boleh agak berapa lapisan
( x sukat pun x apa kerana kita xlapiskan selang seli...)

2. Bahagikan 3 bahagian..
Warna hijau dan putih boleh sama bnyak atau nak lebihkan hijau pun boleh.
TAPI warna merah anggaran untuk 2 lapis sahaja.

3. Panaskan kukusan dan kukus loyang kosong 5 minit supaya loyang panas..

- Kemudian tuangkan anggaran 1 senduk adunan putih supaya dapat lapisan yang nipis sahaja..

- Kukus anggaran 2 minit..

- Tuang lagi 1 senduk lapisan putih dengan sukatan 1 senduk yang sama supaya lapisan sama tebal..

- Buat hingga adunan putih habis.



4. Bila adunan putih habis,ulang dengan lapisan hijau pula sesenduk demi sesenduk hingga adunan hijau habis...



5. Akhiri dengan 2 lapisan merah..
Untuk lapisan merah terakhir ,tambah masa mengukus menjadib10 minitvsupaya semua lapisan masak sempurna..


6. Angkat dan biar pada suhu bilik.
    Semua gambar blur sebab berasap...


** Jika mahukan cepat dimakan,rendam dalam air sejuk supaya cepat hilang panasnya..
Kuih Lapis Tepung Ubi ini,ketika suam- suam kuku sudah boleh dipotong dengan cantik..


7. Longgarkan tepi2 loyang dan dengan hati2 keluarkan dari loyang supaya mudah naknpotong dengan cantik..



8. Gunakan pisau plastik supaya potongan kuih tidak melekat dan dan menjadi kemas..

9. Kuih Lapis yang menjadi,akan dapat di tarik selapis selapis..

** Jika tiada pisau plastik..sapu pisau dengan minyak untuk membelah kuih lapis ini..
Kemudian gunakan BENANG untuk potong menjadi kepingan nipis..