Saturday, 11 March 2023

TERIMA KASIH AFZAN & CERITA PARCEL MISTERI

Sejak PKP Covid 19 menlanda,walau dianggap musibah namun banyak hikmah yang Allah turunkan bersamanya.Dalam ramai yang terkesan kehilangan kerja ,rupanya Allah dah rancangkan banyak perkara yang lebih baik.Antara yang mata kasar saya nampak ialah hubungan kekeluargaan semasa PKP menjadi sangat akrab termasuk hubungan kita dengan Allah..🤲

Asbab PKP juga rasanya menjadikan E dagang semakin berkembang pesat.(eh,acah pakar ekonomi 🤭)Kalau dulu saya tak tak tau Shopee dan Lazada tu apa.Syarikat penghantaran pun saya hanya tau pejabat pos dan pos laju saja la.Sekarang syarikat penghantaran macam cendawan tumbuh lepas hujan.Meriah betul.!

Eh,sebenarnya hanya nak cerita pasal misteri parcel..Tapi meleret melalut jauh naw..🙏

Masa hari Selasa tu Cella ikut saya ke tempat kerja.Balik dah dekat pukul 6..Ada parcel untuk dia..


Mulanya Cella tanya saya ada order apa-apa ke guna nama dia..
Ish...saya ni mana la reti nak order online ..


Dia siap whats App Achiknya tanya ada ke kirim parcel untuknya..Achiknya kata tak ada pun.
Dah whatsApp beberapa rakan yang berpotensi hantar ...pun semua menafikan .
Saya menebak..."ada sicret admire kot yang hantar?"
Ish...katanya tak ada..

MISTERI NI....!


Bila buka...ada dua helai tudung bawal jenama Kekaboo

Tiba-tiba...dua-dua beranak serentak berteriak

"Email  hari Sabtu..!!!"

Serentak pula kami dua beranak teringat hari Sabtu masa kat rumah Achik ada dapat emai dari sorang blogger


Hari Sabtu ada terima email daripada Afzan mengatakan dia ada post hàdiah .Katanya sempwna belated birthday Cella.

Kami memang berkongsi pasword email namakucella.So,dua-dua boleh buka dan boleh baca.Asalnya ni email Cella creat sendiri masa dia nak creat blog ni dulu.Masa tu dia kata dia tipu umur untuk membolehkan dia ada email sendiri...hihihi
Tapi masa sambung belajar kat UniSZA tu dia kata dia dah creat email personel baru,manakala email yang ni hanya khas untuk blogging saja ..Kami kongsi pasword.
Tu yang sesama baca email dari Afzan tu.


Rasanya memang ni kiriman Afzan ni..
Alamat pengirim memang alamat saler..
Tapi rasanya ini pemberian Afzan la ni..
Nasib baik ditulis nama penuh Cella.Kalau tidak,harus dah saya ingt hadiah tu untuk saya🤭🤣🥰.Tapi dah dlm email dah mantion hadiah tu untuk Cella....

Saya suruh Cella pula reply sendiri email Afzan..
Tapi saya boleh baca la sebab kongsi pasword🤭

Cantik ..

Yang motif flora ni pun cantik.


Terus mencuba...


Kemain semangat nak memulakan kuliah minggu depan dah ada tudung baru katanya..
In shaa Allah esok pendaftaran untuk sem 2..

Ni balik kampung minggu lepas,tudung saya yang ni dia dah buat "Hak Milik Kekal". Best katanya pakai tudung cotton senang nak bentuk.
Tudung ni pemberian SURIA AMANDA.

Ni dapat pulak tudung Kekaboo pemberian Afzan pula..
Suka  betul dia..
Katanya sekarang memang dah trend pakai tudung printed pulak.
Semangat nak mulakan kuliah minggu depan sebab ada baju baru Achik beli dan ada tudung baru dari Afzan.

Semoga Pia juga dimudahkan urusan melangkah ke sekolah menengah 20Mac ni dan dilancarkan rezeki dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang di dunia serta akhirat..🤲🤲🤲
Dikelilingi rakan maya yang baik dan selalu menyapa bertanya khabar dan berukhwah melalui komen juga merupakan rezeki yang hebat untuk saya!

Terima kasih Afzan atas perkongsian rezeki dan ukhwah maya yang terjalin.
Juga kepada Cikgu Amie yang dah beberapa kali mengirim bingkisan dari Sabah,SK dari Johor kirim duit belanja makan kat D'Baung masa konvo Cella tahun lepas..juga masa tangkap pageview duit tu Cella ngan Adah kongsi beli blouse sorang selai..Jaja yang mengirimkan Kek Bunga Rampai kebetulan masa birthday saya tahun lepas..
Juga kepada semua rakan sekeliling serta rakan maya yang sudi berukhwah dengan saya.Semoga Allah jagakan silaturrahim kita semua hingga ke Jannah.Saya bukan insan yang soleh..andai kalian tidak nampak saya disyurga kelak...carilah saya...tanya dan mohon lah kepada Allah...bawalah saya bersama ke syurga..!🤲🤲

7 comments:

  1. Alhamdulillah. Rezeki Allah, saling bekongsi gembira. Semoga ukhuwah terus berpanjangan walaupun hanya di medan maya. Mama Cella... nanti di akhirat carilah saya andai tak nampak di pintu syurga. Mudah-mudahan sama-sama mendapat syafaat Rasulullah SAW. Amin.

    ReplyDelete
  2. cantiknya tudung dia. tahniah sis :)

    ReplyDelete
  3. bestnyer dpt hadiah tudung dari rakan bloggers kannn., hehe

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..cantiks tudung nya

    ReplyDelete
  5. haha parcel misteri ye kak...suprised...
    alhamdulillah harap cella suka hadiah yg tak seberapa ni..boleh la buat basahan gilir2 ke kelas..
    makngahhhhhh...Pia baru darjah 6 belum masuk menengah lagi hehehe

    ReplyDelete
  6. Suka plak tengok tudung kekaboo ni...

    ReplyDelete