Wednesday, 15 March 2023

CANTIKNYA MASJID SRI SENDAYAN


Cantiknya Masjid Sendayan,Negeri Sembilan...!

Menjadi tetamu masjid ni asalnya tanpa perancangan awal..
Hanya secara tiba-tiba rezekinya ke sini.
Kisah ni  bermula selepas sarpan @ Kedai Kopi Tepian Bangi.
Cella ajak jenjalan ke Sendayan.Katanya dia dah lama berhasrat nak ke Masjid Sendayan yang dikatakan cantik bak Taj Mahal.Katanya asal saya setuju sahaja,dia yang akan drive pergi dan balik..
Mmm..tawaran yang baik ni...hihihi
Tengok waze,jarak dari Tol Kajang ke sana dalam 50++ km.Anggaran masa 50 minit hingga 1 jam.
Pukul 9.00 pagi kami melepasi Tol Kajang menuju ke selatan ..Tapi tidaklah sampai ke Tanah Jauhar🤭
Kalau masa Adah kat UiTM Segamat dulu memang kami pi balik hari saja sama ada untuk hantar atau jemput Adah balik cuti sem.Bertolak pagi...lunch kat One Segamat & lepas asar bertolak balik KL.Malam la baru sampai..
Lagipun sekarang khabarnya Segamat antara yang terjejas teruk dek banjir.Semoga mereka semua tabah dan dimudahkan urusan.

Hi way PLUS KL-Seremban dah mula sesak menjelang pukul 9 pagi.
Agaknya yang nak balik kampung,nak ke kenduri,bercuti dan apa sahaja lah urusan yang kita tak tahu



Lebih kurang 55 minit dari Tol Kajang....
Dah nampak dah menaranya


Cuaca agak panas.


Lampu dah hijau...
Masya Allah..!
Cantiknya ..

Kami memasuki perkarangan masjid tepat pukul 10 pagi..

Putih bersih kubah dan seluruh bangunan masjid ini.
Masa ni agak ramai pengunjung termasuk  geng bikers pun ada.


Ada orang tu cakap dia nak solat dhuha kat sini.
Tapi sebaik sampai,bukan dewan solat dituju sebaliknya " bilik termenung" dicari..Berlari-lari dia mencari toilet kerana isi perut kopi susu bercampur telur setengah masak sedang bergelodak dalam perut...hihihi


Langit membiru..
Awan berarak pergi menjelang lewat pagi.

Bagaikan kembar tak seiras kepada Taj Mahal..
Masjid ini memang cantik.

Menaranya  dapat dilihat dari kejauhan.


Tenang dan mendamaikan..


Pagi tempat ni teduh kerana cahaya matahari dilindungi bayang.


Kami mengintai dari kejauahan..
Ramai berpakaian putih.
Katanya ada nikah beramai...
Wallahua'alam kerana kami tengok dari jauh.segan pulak nak pi sebab takut menggganggu mejlis mereka.

Rasa nak baring kat sini


Suasana sekitar


Hampir sejam di sini..kami beransur..


Nampak pokok bunga melur ni ..

Menghidu bau melur bagaikan tercium bauan kampung halaman dimasa silam.

Spesis bunga melur.Bunganya putih dan baunya sama bauan bunga melur.Cuma bentuk kelopak  bunga sedikit berbeza.Ada nama llain ka bunga ni?


**Bagitau awal-awal ..pic nampak   terang dan cantik tu semua by Cella🤭.Kalau saya yang snap..boleh tau kan...kelam kelabu asap berjerebu 🤣

Hanya pic kat hiway saja saya snap  sebab Cella drive...


Menuju ke Tol Sendayan.Cantik panorama bukit bukaunya.
Cella ajak teruskan perjalanan ke Melaka.Dia tengah semangat nak drive jauh..hihihi
Tapi saya membangkang kerana dah boleh agak masa balik nanti pastinya sesak.
Ketepi bagi memberi laluan kepada 2 buah ambulance.Entah apa kecemasan tu agaknya.

Perjalanan arah utara untuk balik KL...
Uiii yang arah selatan kemain jem.Kalau yang nak gi kenduri entah pukul berapa nak sampai tu.Masa ni dah  pukul 11.30 pagi. Nasib baik juga tak teruskan ke Melaka..Cukup la  dulu healing2 sampai Sendayan ja dulu.
Jom balik...Ahad nak daftar sem 2.Alhamdulillah,tak da la nak kena apply cuti untuk hantar daftar...Lain kali pula kita lajak ke Melaka @ terus ke Tanah Jauhar..
In shaa Allah

10 comments:

  1. Oh, ke Masjid Sendayan.. ingatkan ke Masjid Sultan Abu Bakar 😆

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah cantik masjid ni. Saya sesekali balik rumah NS pun masih tak pergi masjid ni.

    Kembar tak seiras Taj Mahal ya mamaCella 😄

    ReplyDelete
  3. Masjid ni dekat dengan rumah sis.. Memang cantik rekabentuk masjid ni seperti yang Cella tengok sendiri..

    ReplyDelete
  4. chuantek je masjid dgn langit membiru gituu., hehe

    ReplyDelete
  5. Cantik masjid ni... Patutlah ramai org kawin kat sini, view lawa 🤩

    ReplyDelete
  6. yes..memang cantiks.. MA pun x pernah sampai lagi, tapi adik MA kawin hari tu...gi sana wat outdoor photoshoot..memang cantik pics nya...

    ReplyDelete
  7. Masjid sendayan ni antara masjid yg menjadi sebutan jugak kan sekarang

    ReplyDelete
  8. Waktu Fuad konvo Disember 2022, kami menginap di homestay Sendayan. Ada disebut tentang masjid Sendayan yang boleh dikunjungi dalam maklumat kawasan berdekatan homestay. Ini agaknya masjid yang dimaksudkan.

    ReplyDelete