Thursday, 16 March 2023

KUE TEOW BODO vs JERUK CILI KICAP

Lately ni memang tak sempat nak membalas komen rakan-rakan..Rasa bersalah tak membalas,rasa macam sombong pulak...huhu..maafkan saya ye.

Tapi saya cuba curi masa untuk post entri menandakan saya masih ada dan alhamdulillah sihat..

 Memcari dan mencuri masa berblogwalking..singgah sana sat sini sat agar dapat ikuti perkembangan rakan-rakan maya yang saya sayangi.Saya hargai keramahan rakan-rakan semua ..

Mungkin Ramadhan nanti ada lebih masa sebab tak perlu makan siang hari.Boleh la sembang pasal juadah iftar dan raya walaupun tahun ni saya berazam nak masak menu SSS kot-kot raya boleh pakai kebarung🤣 Nak berangan kebaya kot tinggal tinggi sangat..hihihi

Syyy...nanti bulan puasa saya nak share menu berbuka dari sisipan majalah lama yang masih saya simpan..

Resipi dan gambar dari majalah tahun 80-an!

Ada yang sukatannya masih guna tahil tau!

Nak takk??🤭

kalau saya lupa,bulan posa nanti ingatkan kat komen..😁

Maghrib tadi dinner kue teow goreng bodo bersama jeruk cili kicap.


Masak kue teow ni untuk iftar Adah.Dia puasa hari ni.Semalam habis kerja  dia pi iftar kat luar.
Hari ni pun rupanya dia posa lagi 
Saya  masak dalam pukul 7 malam tadi sebab nak masak kue teow ja kan..


Kat tempat kerja makan nasi kerabu..As order . Tengahari makan roti saja dengan kopi 0.



Yang berketul-ketul sebenarnya udang tapi dah bersalut telur jadinya.Sebabnya,lepas tumis bawang putih,pi masukkan udang yang dah kopek kulit.Pastu pi tuang pula telur kocok..memang semua udang dibalut telur jadinya..hihihi.

Saya goreng bodo-bodo saja.Guna 2 paket kecik kuew teow

- Tumis bawang putih ketuk dan 5 biji cili padi pun ketuk

- Masuk  udang yang dah buang kulit.

- Kacau 2 biji telur,curahkan dalam kuali bersama udang tu.

- Basuh kue teow dan terus masukkan dalam tumisan.Kacau gaul sambil renjis kicap pedas.Tambah garam secukupnya..

- Tabur kucai..gaul sikit dah siap.Elok ja tak melekat kuali.Kadang taktau pasal apa jadi melekat berkerak dan hancur kue teownya boleh buat murung tau..hihihi


JERUK CILI KICAP
5 biji cili merah...kalau cili yang kecut lagi bagus
1/2 cawan kicap manis
1 sudu makan cuka

1. Hiris cili nipis2...kalau yang kecut senang ...gunting kan sahaja...x perlu buang bijinya.
2. Tuangkan kicap manis & cuka..
3. Biarkan seketika supaya rasanya mesra..lagi baik disediakan sehari sebelumnya...simpan dalam bekas bertutup...sedap dimakan bersama kuay teow..mee & nasi goreng..

Jeruk Cili Kicap tu boleh tengok SINI..



6 comments:

  1. dapnya...buka puasa nanti..antara menu ni...sbb MA suka makan goreng2 ni utk buka..nasi skt je. kadang2 x pun..sbb dha kenyang makan goreng2 mcm ni...

    ReplyDelete
  2. sama la kak tak sempat sungguh nak balas komen minggu ni pun penuh dengan outstation sblm puasa...akak lupa nanti kita tolong jeritkan haha boleh la kongsi idea masak untuk berbuka nanti kak

    ReplyDelete
  3. kuetiaw ni simple je kan kak pakai bawang putih je tapi sedap sungguh, wow tahun bila la tu kalau pakai timbang tahil lagi

    ReplyDelete
  4. Sedap tu.. saya ni lg la kak x sempat nk bw... br sikit² bw byk lg x jenguk ni

    ReplyDelete
  5. Saya pun BW mana yang sempat jew. Tak apa Mama Cella, tak perlu rasa bersalah. Saya berblogging pun hanya untuk seronok-seronok sahaja.
    Sedap tu kuetiaw makan dengan jeruk cili kicap.

    ReplyDelete