Wednesday, 29 March 2023

MENU IFTAR KE-6: AYAM BERLADA,SAYUR BROCCOLI & IKAN GORENG CICAH SAMBAL KICAP

 Salam Ramdhan ke-7

Jom tengok menu iftar kat rumah saya pada  Ramadhan ke-6  semalam.


Saya masak Ayam Berlado.
Resipi saya c&p dari old post..

AYAM BERLADO 

10 ketul ayam(gaul garam kunyit dan goreng)
Minyak,garam & gula.
Daun limau purut(jika suka)

Bahan Blend:
2 genggam cili padi merah Bangladesh( boleh ganti cili jenis lain)
1 bawang besar.
1 labu bawang putih.
1 biji tomato masak.

1. Goreng ayam hingga masak.Tak perlu terlalu garing.

2. Goreng semua cili dan bawang-bawangan  hingga masak.Blend kasar-kasar jangan terlalu halus.Jika tomato sudah berair tak perlu tambah air untuk blend.

3. Tumis bahan blend kasar tadi dalam minyak yang sama.Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tak payah masak lama sebab semua bahan dah masak...

4. Kalau guna daun limau purut masukkan sekali..

5. Sesuaikan rasa..



Saya juga masak broccoli bersama cendawan enoki.

BROCCOLI TUMIS BAWANG PUTIH


1 biji broccoli - siaz kecil
1 bungkus cendawan enoki
1 keping dada ayam- hiris panjang + sikit garam
1 cili merah- hiris
1 sudu teh garam
1 sudu teh kicap manis
1 sudu teh tepung ubi/tepung jagung
3 sudu minyak
10 ulas bawang putih

1. Broccoli dicraikan kelopaknya dan rendam air.


2. Jerang air dalam kuali dan celur broccoli selama  anggaran 1 minit. terus angkat   dan masukkan kedalam air sejuk supaya warnanya hijau cantik


3. Bawang putih didadu halus


4. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga golden.Angkat bawang putih bersama minyaknya


5. Sisa-sisa minyak bawang putih tadi ditumis isi ayam yang sudah digaul sikit garam supaya tidak melekat pada kuali.


6. Tambah kicap dan cendawan enoki.Gaul rata


7. Bancuh tepung jagung bersama2 sudu air dan masukkan ke dalam sayur.Kacau dan matikan api.


8. Kaut sayur dan masukkan dalam mangkuk.

9. Curahkan bawang putih goreng bersama minyaknya atas permukaan sayur.Siap


Saya juga goreng garing  2 ekor ikan selayang.
Potong cili,bawang & tuangkan kicap.Perah limau.Ala-ala cicah ikan bakar tapi saya cicah ikan goreng🤭

Dan memang saya hanya makan nasi berlauk ikan goreng cicah kicap ni serta sikit sayur.Tak ambil pun ayam berlado tu sebab takmau kacau rasa ikan cicah kicap ni..hihihi
Yang hitam dua biji tu adalah kurma sejuk beku.Sedap sangat..

Cella balik dari UPM tu abang dia ajak keluar.Balik tengok depa beli murtabak & roti john.Kedua-duanya bukan kegemaran saya.Saya hanya suka roti john cheese putrajaya sahaja.Memilih tak padan dengan diri🤭


Menanti azan..
Eh..air dan nasi mana?

Ok ...ada lagi
Kurma sejuk beku..
Beli dari kawan yang tinggal kat Prima tu 
2021 dulu pernah beli KURMA SEJUK BEKU ni dengan harga RM35 untuk 500gm.
Kali ni dapat harga RM25 untuk 500gm..Alhamdulillah.

Juga ada puding caremel leftover semalamnya.

Cella ni tak serik-serik..dibelinya pula air tembikai.
Abang dia dah gelakkan dia dah...Kata abangnya itu tembikai sirap.Tapi Cella tak percaya kerana katanya kat balang air tu tulis "Tembikai Pure"
Sekali dah buka plastik tuang dalam jug....memang haruman sirap ros menerpa...hahahaha
Tak apalah rezeki sirap tembikai..
Karang kalau nenek tanya dah buat air tembikai ke buka puasa?
Boleh dah jawab...
SUDAHHH....🤣


12 comments:

  1. Alhamdulillah...semua nampaks sedap...

    ReplyDelete
  2. Saya tercari-cari kurma sejuk beku di LD. Tahun lepas ada, tahun ni tak ada pula. Kalau di LD 500 gram RM45.

    ReplyDelete
  3. Sy serik beli kurma frozen tu, lebih suka kurma room temperature. TTK tu tak serik2 eh kena scam dgn air BR, hahaha.

    ReplyDelete
  4. wahhhhh macam-macam menu nya kak best betul lah, sempat akak masak semua menu ya. Salute dana tau. Aduh mudah kene scam la Cella ni, percaya sungguh kt bazar tu hehehhe... udahnya air sirap tembikai

    ReplyDelete
  5. Buat cili kicap camtu memang sedap kan kak. Perah limau bertambah umphhh 😊.
    Sian Cella, 2 hari berturut tak dapat air sedap. Agak²nye hari ni dia nak beli air lagi tak. Hihihi

    ReplyDelete
  6. Sikit je mamaCella makan ya. Tak tergoda pulak dengan ayam berlado.

    Ada ya yang jual menipu gitu? Huh! Sian Cella.

    ReplyDelete
  7. Tak serik² cella ni ye hehe...
    Ayam tu tak letak tomato boleh tak MC? Malaslah pulak nak keluar beli tomato huhu...

    ReplyDelete
  8. gemuk geram tengok ikan selayang tu kak sedap cicah cili kicap byk isi..alahai kesian cella agaknya terliur tengok warna yg menarik tu

    ReplyDelete
  9. MANA NAK BELI KURMA SEJUK BEKU TU ;)

    ReplyDelete
  10. Bila pulak akak nk mkn ayam balado tu? mcm byk je ayam tu.. hehe

    ReplyDelete
  11. wow...portion lauk dalam pinggan tu boleh buat jadi slim melim tu

    ReplyDelete
  12. Hari ni tak tau la apa Mak pah masak...balik nanti tengok la kan...kalau sempat SA masak la apa2 lauk...

    ReplyDelete