Salam Ramadhan Kareem.
RENDANG DAGING ADABI....
1 kg daging lembu -
1 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
1 sudu garam
1 sudu besar gula melaka(1/2 ketul)
½ cawan minyak
Bahan Blend:
20 cili kering
3 batang serai- kecik
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih
1. Daging dipotong 4 dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.
SERONDENG KELAPA
1 biji kelapa parut putih
1 asam keping
1 ketul gula Melaka- hiris
1 sudu teh garam
3 helai daun limau purut
1/2 kotak kecik santan ( 1/2 cawan santan pekat)
1 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu minyak
Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 cawan ikan bilis belah ( buang tulang)
1 bawang besar
3 bawang putih
3 hiris kunyit
3 hiri lengkuas
1 batang serai
1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend + serbuk kari ( bancuh bersama)
2. Tambah asam keping, garam dan gula Melaka
3. Sesuaikan rasa dahulu sebelum masukkan kelapa parut putih..
4. Tambah santan pekat dan daun limau purut.
5. Sentiasa kacau seperti mengacau nasi goreng supaya bahagian bawah tidak berkerak.
6. Perlahankan api dan terus sangai sehingga sedikit berderai..
Tip:
* Tujuan dimasukkan santan pekat supaya serondeng menjadi lebih lemak dan lembab
dappnye....
ReplyDeleteya Allah rajinnya akak, siap dengan serunding kelapa lagi... adush
ReplyDeleteAdoi, menggoda!
ReplyDeleteSelamat berpuasa utk MC sekeluarga 💐
waduhh sedapnye rendang dgn serondeng gituu., huhuhu
ReplyDeletesalam ramadhan almubarak ., aminn
alamak lontong kering menggoda dah petang2 ni rendang semalam ada balance lagi balik rebus nasi impit aje lah nanti ni
ReplyDeleteSdpnya.. 👍
ReplyDeleteSelamat berpuasa kak...SA x pernah makan lontong kering tu..tapi nampak menarik dan rasa nak mencuba
ReplyDeleteSerondeng kelapa tu menggamit kenangan!
ReplyDeleteDi kampung saya, serondeng kelapa bukan sahaja menu wajib dalam nasi ambeng, tapi di hari raya pun dihidang juga untuk cecah ketupat. Sekarang, jarang sangatlah nak tengok hidangan serondeng di hari raya!
Saya panggil Lontong kering.. Sedap betul! Orang Johor mmg favourite ni 😍
ReplyDelete