Selesai urusan LHDN Bangi...Adah ajak cari makan sebab perut dah lapar.
Nasib baik Adah cuti Jumaat tu..dapat la dia temankan ke 3 pejabat LHDN tu..
Sambil Adah drive saya menggoogle tempat makan.Saya search "sarapan sedap @ Bangi".
Antara result yang keluar ialah "Kedai Kopi Tepian Bangi".Baca review..konswp kopitiam & aneka sarapan.
Walaupun dah dekat pukul 11..kami plan nak sarapan sahaja.
Berpusing juga 3x mencari parkir.Kedai pun penuh pelanggan walau hari Jumaat tu adalah hari bekerja...
Kami berdua beranak punya sarapan.
Asalnya nak makan roti canai dengan kopi panas.Tapi sebab dah nak dekat waktu lunch,roti canai dah habis.
1 set roti bakar kaya.
1 set roti bakar telur sambal dengan kaya.
1 pinggan nasi impit kuah kacang + paru berlada.
Pada saya ianya sangat berpatutan.Cuma kuah kacang tak pecah minyak tapi paru sungguh sedap.
Yang ni kami share sorang 3 ketul nasi impit.
Kami dapat tempat duduk bahagian luar.
Mulanya kami tanya roti canai tapi sebab dah habis,Adah order roti bakar dan saya pula roti bakar telur sambal.
Dah order,baru perasan kat dalamnya terdapat aneka makanan konsep layan diri.
Aneka mee,pasta,nasi lemak,soto,lontong,pulut dan eneka kuih muih. Semuanya nampak sangat sedap.Ditambah dengan kami yang memang lapar kerana belum makan apa-apa.Mengejar masa nak sampai awalnkat LHDN tu.
Cuma waktu kami sampai dah pukul 11,ada makanan yang dah tak ada stok tapi yang lain masih banyak dan menggoda selera.
Pinggan dia lawa 🤩
ReplyDeleteNampak sedap belaka pilihan MC & Adah. Harganya pun kira murahlah kan...
Saya tumpang jamu mata nasi himpit kuah kacang + paru berlada yang sedap tu.
ReplyDeletedap dap and murah harganya
ReplyDeletelain dari yg lain tu menu roti sambal+kaya..
ReplyDeleteSaya suka sarapan konsep kopitiam macam ni. Lagi2 telur pecah atas roti tu.
ReplyDeletesedap plak SA tengok menu tu semua ha...
ReplyDelete