Salam Jumaat penuh barokah..
Dah plan ke nak masak menu apa petang ni untuk iftar?
Ni menu saya semalam.
1st day Ramadhan 1444
Saya masak Sayur Sawi Bunga
Untuk lauknya pula..Daging Lada Hitam.
Hari Rabu mak saya call tanya beli daging ke tak?
Haaaa...mak saya kalau sahur pertama wajib akan beli daging.Tak dapat banyak sikit pun jadi la.Seingat saya memang sejak saya kanak-kanak,mak mesti beli daging untuk sahur pertama.Lepas sahur pertama..tunggu la raya la pulak baru dapat makan daging.
Dulu kat kampung,tiap kali nak puasa,hari tengok anak bulan tu memang akan ada orang sembelih lembu.Kampung saya tak ramai orang.Dulu zaman kanak-kanak,penduduk kampung saya dalam 40 buah rumah saja.Jadi tiap kali nak puasa atau nak raya akan ada orang sembelih lembu
" Buat Tumpok"
Maksudnya akan ada sorang incharge yang cari lembu.Kemudian dia akan ambil order dari orang kampung.Lembu tersebut akan disembelih dan dibahagiakan mengikut berapa ramai yang order dan dibahagikan dengan harga lembu.Contohnya yang order 20 orang,harga sekor lembu tu pula RM800( ni harga tahu 80-an) Jadi setiap orang kena bayar RM40.Lembu yang dah disembelih dibahagiakan kepada 20 tumpok
( longgok).Setiap tumpok akan mengandungi daging,tulang dan organ dalaman yang lebih kurang sama banyak.Kaki yang 4 tu juga akan dikerat-kerat dan dibahagi.Kalau yang kurang mampu nak beli banyak atau ahli keluarga tak ramai...setumpuk tu dikongsi pula berdua atau berempat.Kurang la sikit membayar,tapi daging pun kurang la..
Yang naya tu kalau diumumkan tak nampak anak bulan dan puasa akan mula lusa.Daging dah masak sebab masa tu mana ada peti ais.Maka kami yang anak-anak ni seronok la esok makan tengahari lauk daging.Maka nak tak nak,mak pun suruh la pula tangkap ayam kampung sebagai lauk sahur pertama...hihihi
Tapi itu dulu la zaman saya kanak-kanak.Sekarang tak ada dah tumpok menumpok ni..Semua dah pakat ada kereta dan jalanraya pun dah ada..Pakat beli sendiri- sendiri la kat pekan.Cuma kalau nak puasa dan nak raya,sepanjang jalan dari kampung nak ke Pekan Pendang tu ada dekat 10 gerai jual daging segar yang digantung bersama kepala lembu diletak di sisi sebagai tanda baru sembelih.
Hari Rabu mak call tanya saya beli daging tak?
Saya jawab tak,sebab nak sahur lauk telur ja..
Punya la mak bising.Kata mak telur tu hari lain boleh makan.Sahur pertama kena la makan daging..!
Mak saya siap bagitau dia yang dah tak boleh makan daging pun tetap beli sebagai semangat puasa.Pastu daging tu mak bagi kat Achik...sebab mak memang dah berbelas tahun tak makan daging sejak dah buang hempedu.
Padahal saya memang sahur daging juga 1st puasa tu....hihihi
Tapi daging ready to eat la..
Ni lauk 1st Ramadhan.Jangan nanti mak tanya,masih juga tak beli daging.Ni kalau mak tanya..ok,dah makan daging untuk hari pertama puasa.
DAGING BLACK PEPPER DENGAN BROCCOLI
250 gm daging - perap 1/2 jam dengan bahan tumbuk
1 broccoli - saiz kecil
1 cili merah
1/2 bawang besar
2 sudu minyak
1/2 sudu teh tepung ubi+ 1/4 air
Bahan tumbuk
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam biji
2 bawang putih
2 hiris halia
1 sudu sos tiram
1. Ceraikan kelopak broccoli serta carrot dan celur air mendidih 2 minit dan rendam air sejuk
2. Panas minyak dan tumis daging perap dengan bahan tumbuk
3. Jika daging belum lembut + sikit air dan masak hingga daging empuk
4. Tambah bawang,cili,broccoli rebus dan gaul rata
5. Sesuaikan rasa
6. Tambah air tepung ubi dan kacau cepat2 .Matikan api
Ni pula Sayur Sawi Bunga tumis sos tiram.
Saya masak tanpa potong supaya lebih sedap dan cantik dipandang🤭
SAWI BUNGA SOS TIRAM
2 ikat sawi bunga( +-600gm)
1 cili merah
2 sudu sos tiram
1 labu bawang putih
( cincang halus)
1 sudu kecil tepung ubi
minyak,garam,kiub ayam,minyak bijan
1. Jerang ½ kuali air + sikit garam.Celur sawi bunga tanpa potong.Angkat dan rendam dalam air sejuk supaya kekal hijau.
2. Panasakan minyak dan goreng bawang putih cincang hingga keemasan.Angkat dan ketepikan.Tinggalkan sikit minyak dalam kuali.
3.Tumis cili merah dan masukkan sos tiram dan ½ kiub ayam.Tambah air anggaran½ cawan dan biar mendidih.
4. Bancuh tepung ubi dengan sikit air dan curahkan dalam tumisan.Kacau hingga pekat.
5. Susun sawi dalam bekas.Siramkan kuah atas sayur.Kemudian tabur bawang putih goreng dan renjiskan minyak bijan.
Dah siap susun sayur dan curahkan kuah.Tabur bawang putih goreng.
Menarik kan..?
Hihihi...
Selain sawi bunga ni..
Kalau sayur bok choy pun sesuai masak macam ni.
Petang ni ingat nak masak sayur bok choy sebab tu ja sayur yang ada dalam peti ais.
Esok kalau rajin nak pi pasar tani cari stok lauk dan sayur.
Buah pula takda..Hanya ada buah kurma ja...hihihi
Ni anak bujang kata dia pi bazar ramadhan nak beli murtabak.Tak meriah pun bazar yang ni.1st day puasa dia balik awal nak berbuka kat rumah.
Dia beli juga air jagung.Itupun lebih 5x saya ingatkan dia,hanya beli murtabak SAHAJA.
Kalau tak pesan,memang satu bazar tu nak dibelinya..
Dia beli 2 keping murtabak ayam dan daging.Depa dua beradik ja makan.Saya tak minat muttabak.
pic by FB Pendang
Ni Achik kata kat Bazar Ramadhan Pendang.Meriah betul..!
Saya baca dalam group Pendang tu pun pakat komen kata meriah.Peniaga pun seronok jualan laris.
Ni pulak anak dara bongsu tu post juadah dia iftar.
Katanya dia teringin popia basah.Sekali beli 4 ketul RM7...
Katanya dia lupa dia beli ni kat Lembah Klang.Kalau tahun lepas belinya kat Trengganu..memanglah murah.Pastu baru ni balik Kedah beli popia basah ni kat Pasar Malam Tanah Merah...5 ketul RM4..
Dah nak makan...beli la nak...
Walaupun sepelaung saja,tapi tidaklah saya menghantar juadah kat dia..Kalau saya pi hantar alamat saya la pula berbuka dalam kereta dengan jem bagai.Lagipun saya pun dah tak masak beria macam zaman depa sekolah dulu.
Kami dulu time ry ja merasa makan daging MC... Rasanya teloq masin la kot yg wajib ada tiap kali makan soq :D
ReplyDeleteSy nak buatlah masak sayoq sawi bunga sos tiram tu... Nampak sedap sangat.
Kan...kita dulu makan daging tidaklah selalu kan...begitu juga ketupat lemang dan kuih raya..sebab tu ada nilai exclusivenya kan..la ni sepanjang masa...
DeleteSalam Ramadan.. Nampak sedap semua juadah berbuka terutama air jagung.. :)
ReplyDeleteSalam Ramadhan juga TA
Deletetembikai beli tak kak?hehe nanti nenek marah tak beli tembikai
ReplyDeleteHahaha...tahun ni belum beli tembikai...
Deletenenek depa ada juga tanya semalam 🤭
Mahal betul tembikai sekarang.Sebiji yang dibelah enam tu ..sepotong RM9++..
Sebiji cecah rm60 mengalahkan durian
meriah presentation nya... alhamdulillah..nampak menyelerakan....
ReplyDeleteSuka pulak kisah tumpok menumpok tu. Org Kedah agaknya mmg suka makan daging ke.. tapi baru teringat, sy dah lama tak masak daging. Ada jer daging dalam peti tu ingatkan nanti nak masak black pepper jugak nanti.
ReplyDeleteYa..kalau buat tumpok dapat merasa semua bahagian lembu tu SK...
DeleteTapi la ni jarang dengar dah..masih ada tapi jarang
Bolehlah depa dua jadi beradik Firdaus. Hari-hari dia minta belikan murtabak buat buka puasa.
ReplyDeleteHaaa...boleh..boleh..hihihi
DeleteTapi gerai murtabak memang tak sah la kalau tak beratur panjang
ReplyDeleteKurma murah dan berkualitas terbaik hanya di katalogmurah.com! Kunjungi sekarang dan dapatkan penawaran spesial untuk pembelian dalam jumlah besar. Ramadhanmu semakin spesial dengan kurma dari katalogmurah.com!
kurma murah berkualitas
Beli kebutuhan bayimu dengan harga murah dan kualitas terbaik di katalogmurah.com! Temukan susu, popok, snack, sabun, minyak telon, dan sereal untuk bayi dengan penawaran spesial pembelian dalam jumlah besar. Kunjungi situs kami sekarang dan nikmati kemudahan belanja online untuk kebutuhan bayimu!
susu, popok, snack, sabun, minyak telon, dan sereal untuk bayi murah berkualitas