Monday 12 September 2022

DAPAT KIRIMAN TUDUNG MINAZ DARIPADA SURIA AMANDA

 

Sukanya hati..dapat kiriman daripada Parizan a.k.a Suria Amanda.


Minaz Hijab..
Tudung Bawal Mudah Bentuk..

Sebenarnya  kiriman diterima pada hari Khamis lagi tapi saya pula balik Kedah....hantar Aqil
Nasib baik anak bujang tu balik kerja dia kata ada parcel terselit kat atas grill.

Lembut dan manis warna krim berbunga soft pink 
Bidang besar..sangat suka..
Pandai SA pilih warna dan corak yang lembut dan manis...

Sebenarnya ini adalah hadiah cabutan TOP KOMENTATOR BULAN OGOS 2022...kat sini.

Bagi yang belum pernah berkunjung bolehlah bertamu ke blog  
SURIA AMANDA.Menariknya setiap bulan akan dibuat cabutan untuk top komentator.Jom la komen banyak-banyak..mana tau akan terpilih kerana menurut SA setiap bulan akan dipilih pemenang yang berlainan.Macam bulan Ogos,walaupun saya bukan pengomen teratas tetapi adalah pengomen ke-3 tertinggi,tapi saya menjadi pilihan kerana belum pernah terpilih sebelum ini.Walupun meninggalkan komen bukan lah untuk dapatkan hadiah,sebaliknya tanda kita "peramah" dan selalu bertandang ke "rumah/dapur" rakan maya.Namun bila dapat kiriman pastinya hati berbunga seindah bunga pada tudung yang dikirim🌹🌺💐🌷🌻🌼

Terima kasih Suria Amanda.Semoga dilimpahkan lagi rezeki yang halal lagi barokah..dimakbulkan segala doa yang baik dan dimudahkan urusan dunia dan akhirat..
Amiinnn...


16 comments:

  1. Wahhh..cantik coraknya. Soft je warnanya. Cantikkk 👍

    ReplyDelete
  2. cantik corak dan warnyanya... pandai kak SA pilih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...
      Cadang nak pakai hari ni..sekali dah gosok nak bega kan dengan baju kosong..kain pula besar...tak jadi

      Delete
  3. Mai kita doa SA cepat naik pelamin. Nak pindah Tanah Jauhar katanya, insyaAllah, Amiiinnn.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah sampai..syukur akak suka...SA suka warnanya yang lembut tu...terima kasih juga atas doanya

    ReplyDelete
  5. Lawa! Color-color sweet camni sy pun suka MC...

    ReplyDelete
  6. Tahniah Mama Cella.
    Lawa, lembut warna tudung tu.
    Moga tambah rezeki penerima dan pemberinya.

    ReplyDelete