Saturday, 16 March 2019

MEE SUAH SUP

Mee Suah Sup
Sempoi tapi banyak sayur


Mee Suah Sup
Sedap makan masa panas- panas
Kalau dah sejuk dia kembang & muak
Kalau makan time hujan lagi best
Tapi dah lama x hujan
Sekafang musim panas..
Panas giler...


MEE SUAH SUP ( untuk 2 orang)
2 keping mee suah
1/2 carrot
1 pokok siew pak choy
1/2 pack shimeiji mushroom
4 biji meatball
2 bawang putih
¹ sudu minyak
sikit garam
sikit lada sulah


1. Panaskan minyak & tumis bawang putih
2. Masukkan 3 cawan air dan meatball
3. Bila mendidih masukkan carrot potong,garam & lada sulah
4. Masukkan mushroom & siew pak choy & biar mendidih sekali lagi
5. Masukkan mee suah bila nampak mee sudah lerai terus matikan api..
6. Terua hidang kerana mee suah cepat kembang

4 comments:

  1. Mee suah ni masakan orang cina di pagi Tahun Baru Cina kan. Nanti dorg akan letak telur rebus yang direbus dan diwarnakan dengan pewarna merah. Simboliknya makan mee suah ini supaya panjang umur, begitulah.
    Kalau ibu aunty, dia suka masukkan mee suah ni dalam sayur bayam masak air. Air kena letak byk kalau tal nanti kering diserap mee, aduh. . Terkenang pulak zaman dolu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo rupanya ada sejarah mee suah ni...kiter tak pernah tahu pun..makan jer . Semoga Allah panjangkan umur ..heeee
      TQ share info..
      Waaa...masak dengan sayur bayam...
      Minggulepas 2x mak kiter masak bayam..tp now pokok- pokok bayam tu dh kena mesin ngan gardener..huhuhu

      Delete
  2. rumah saya memang ada aje stock mi suah ni.kira lauk malas masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh....boleh buat lauk ker...
      mmm..mak kiter pu pernah citef dolu- dolu masak maggi buat lauk..
      tapi kiter x pernah

      Delete