My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Friday, 8 March 2019

BEKAL LEPAT PISANG

 Lepat Pisang
Bekal semalam..
Tema kuih lagi...

 Ni untuk tinggalkan kat umah...


 Bekal....

LEPAT PISANG
10 biji pisang
½ cawan santan
1 cawan tepung beras
½ cawan gula perang
½ sudu teh garam
½ cawan kelapa
daun pisang

1. Blend pisang dan santan
2. Tuang dalam bekas & tambah gula,gara,kelapa dan tepung beras.gaul sebati
3. Layur daun pisang dan koyakkan menjadi saiz selebar tapak tangan.
4. Bentang semeping daun pisang dan letak 1 sudu besar adunan.
5. Bungkus hingga selesai dan kukus 20 minit hingga masak

 Pisang yang dah siap blend dengan santan hingga  halus..

 Campur gula,garam,kelapa & teoung beras.Gaul rata


Bungkus dalam daun  pisang & kukus hingga masak..

Ready to eat....

No comments:

Post a Comment