Thursday, 14 March 2019

BEKAL SPAGHETTI GORENG SARDIN


Bekat Spaghetti Goreng Sardin
Ni bekal semalam
Asalnya mak aku nak goreng karipap jer
Tapi aku minta mak aku buat bekal heavy sebab hari Rabu kan ada koko
Sampai petang xkan nak makan karipap jer..
Sib baik mak aku masakkan Spaghetti Goreng Sardin ni
Haaaa...kenyang la 




SPAGHETTI GORENG SARDIN
1 paket spaghetti ( yang ni guna pasta vermicelli)
1 tin sardin macerel
1/2 bawang besar- dadu halus
3 bawang putih-cincang
1 pokok daun sup
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam tumbuk
3 sudu minyak

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 bawang besar

1. Masak air hingga mendidih dan rebus spaghetti hingga lembut
2. Sementara merebus spaghetti,panaskan minyak dan tumis bawang besar & bawang putih cincang
3. masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
4. masukkan sardin macerel bersama sosnya  dan hancurkan dalam sambal tersebut
5. Tambah garam dan lada hitam tumbuk.Kemudian terus masukkan spaghetti rebus( tek perlu toskan,terus sahaja masuk dalam sos)
6. Jika tidak cukup basah,tambahkan sedikit air rebusan spaghetti dan kacau rata
7. Sesuaikan rasanya
8. Taburkan dau sup cincang



Bekal kakak..
Haa... hari ni kakak bawa bekal individu
Mak aku cakap x sempat nak goreng kuih frozen untuk kakak bawa..



Bekal aku.......


Bekal semua...
Bekas merah aku nyer
Bekas biru mak aku nyer
Bekas bulat abang nyer
Bekas square kakak nyer
Mak aku kata ada lagi sikit dalam kuali untuk abang sarapan....
Ok...bye

3 comments:

  1. salam,
    sedap la tu... kalau ada chilli dan olives lagi sedap...

    Habis sepinggan.. naik sepinggang...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee.olive oil kiter suka. kalau buah olive kiter x suka..tapi mak kiter suka..boleh makan jeruk olive camgu jer...eiiii

      Delete
  2. Dulu pun Kita tak suker olives..masa Tu tekak ulu lagi.. sekarang makan..

    ReplyDelete