My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Friday, 27 November 2026

REZEKI JUMAAT:LAKSA SARAWAK

 Alhamdulillah,segala puji bagi Allah maha pengasih lagi maha penyayang.Menurunkan limpahan rezeki untuk kita semua..Lagi laginkita di Tanah Melayu ini memang menjadi lubuk rezeki bukan sahaja kepada rakyatnya malahan dikongsi bersama seantero dunia.Yang menetap di sini..yang melancong ke sini...yang mencari rezeki di sini mengakui betapa mewah dan makmurnya rezeki di sini.Mungkin  Allah limpahkan rezeki berupa makanan asbab ramainya yang berkongsi rezeki...Apa lagi kalau bulan Ramadhan..



Pagi ini pagi Jumaat yang mulia ini,kami juga mendapat rezeki bersarapan menu istimewa..Laksa Sarawak..

Menus special ini hasil perkongsian daripada Dayangku & Sofia..Dua orang staf yang baru menjadi warga kerja di tempat kami sejak tiga bulan lepas.Bulan ni depa mencari keberkatan gaji pertama dengan belanja kami Laksa Sarawak ni..Air tangan anak dara nih! 

Laksa/mihun dari Safia manakala kuah dan condiment daripada Dayang.

Kalau sebelum ni saya selalu makan kat Restoran Dayang Sarawak..Hari ni makan pulak Laksa Sarawak by Dayang...hehehhe


nmm

Fish cake



Telur dadar hiris



Isi ayam carik


Haaa....ni cenuainya...Sambal Udang Kering & limau kasturi



Dah nama Laksa Sarawak,haruslah makan dengan mihun kan...heeee

1st time saya makan Laksa Sarawak sekitar 20 tahun lalu di Kuching.Kemudian ada la beberapa kali lagi berulang makan di Kuching & juga sekitar KL ni.Sekarang kat semenanjung pun dah banyak tempat makan yang menyediakan menu dari Borneo termasuk Laksa Sarawak ni.

Cuma selera tak sama..Ada yang terus jatuh cinta dan tidak kurang juga sukar menerima rasa kuahnya yang lwbih berempah seakan bau makjun.Tapi bagi yabng menggemari,bau itulah istimewanya!

Bagi tekak saya yang memang pecinta makanan ni....untuk spsesifik makanan Sarawak,saya lebih menggemari Kolok Mee berbanding Laksa Sarawak..Tetiba terliur pulak nak makan mee kolok!





Khairol bawa roti canai



Ada yang beli kuih muih



Bayu bawa mangga hasil tanamannya



Kek Coklat



Cheese Cake



Popia Sira ni saya share ngan Ila



Begitu juga Kuih Koci ni..Ila order dan kami kongsi bayar

Alhamdulillah...walaupun belum sempat lagi merasa makanan ni tapi dah pastilah sedap kan...in shaa Allah..

No comments:

Post a Comment