My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Wednesday, 25 November 2026

KERABU PUCUK PAKU- SEGAR DARI KEBUN

 Kelmarin Isnin saya berpuasa sunat sempena  1st day Cella kerja kat KL disalah sebuah kementerian..In shaa Allah minggu depan majlis konvokesyen pula @ UPM..


Saya buat kerabu pucuk paku untuk iftar..
Sepinggan kerabu pucuk paku versi simple² jer..
Asalnya nak buat kerabu versi orang kampung yang guna serai lengkuas dan sambal belacan tu.Tapi sebab jemput Cella belik kerja..sampai rumah dah pukul 6.30 petang.Sekarang pula,maghrib awal..6.59 dah azan,maka buat je ala kadar asal namanya kerabu,habuan buat buka puasa..Siapa yang belum habis ganti puasa,elok puasa sekarang sementara waktu maghrib masuk awal...Nanti dah masuk Januari biasanya matahari lambat terbenam..Maghrib lambat kena puasa panjang sikit..hehehe..
Bulan Februari masa CNY in shaa Allah kita dah start puasa kan....Cuti CNY,long weekend...mungkin ramai bomeh sambut puasa kat kampung bersama keluarga..

KERABU PAKIS SIMPLE² JE

1 ikat pucuk paku- +- secekak
1 ekor ikan mabung 
2 sudu bawang merah hiris
1 sudu kerisik
3 sudu santan
1 limau nipis
1 sudu chilly flakes
garam,gula perisa

1. Ikan digoreng jangan garing.Cukup sekadar masak sahaja supaya isi masih lembut.Ambil isi sahaja

2. Rebus pucuk paku dan toskan.

3. Gaulkan isi ikan,chilly flakes,bawang ,kerisik dan gaul rata.

4. Perisakan dengan limau nipis,garam dan secubit gula..Sesuaikan rasa



Tapi Kerabu Pucuk Paku bertemankan Ikan Mabung goreng Garing cicah Kicap Kipas Udang

Menu iftar saya semalam...Kerabu Pucuk Paku & Ikan Goreng Cicah Kicap Kipas Udang..Haaa..nak jugak mantion kicap tu cap kipas udang..Sebabnya,kalau nak buat cicah ikan pada saya kicap manis cap kipas udang paling ngam...perah limau & patahkan cili padi tambah sikit bawang hiris...memang sedap sangat..Kicap lain belum dapat menandingi .Tapi kicap brand lain pun saya beli dan makan jer...hee


Pucuk paku tu segar dari kebunan  Laman Hijau di tempat kerja..


Tapak tanaman padi dulu, Bayu tanam pokok pakis ...memang menjadi..


Benih dari shopee...sepokok  RM2..
Tapi masa belinanak benih tu cenonet je saiznya..
Di tanam...dipupuk..dibaja...maka subur macam dalam hutan tepi sungai pokoknya..




Dah beberapa kali dipetik.Biasanya yang rajin petik pucuk paku ni si NaMoTa..Dia suka betul agaknya dengan pucuk paku ni...

Ini saya dapat pun dari NaMoTa la yang tuai.Seikat besar diberinya.Saya bahagi separuh kepada Ila....Bebanyak pun tak habis makan nanti..Secekak pun bila dah jadi kerabu







No comments:

Post a Comment