Saya antara peminat buah-,buah nadir..Suka mabil tahu dan kalau ada jumpa pokok buah nadie atau ada jual buah-buah nadir saya akan dapatkkannya..
Antara buah nadir yang pernah saya share dalam blog ni macam buah kemunting,buah keriang lada,buah keriang dot,buah kandis,buah jentik,buah beruas,buah keranji dan beberapa jenis buah lagi..
Buah skiyat /skiat ni bergugus
pic dari TT
Pokok dan daunnya seakan pokok dan daun pokok keranji..Buahnya pun macam spesis keranji juga cuma buah skiat ni besar sikit daripada buah keranji.Jika buah ketanji tempatan saiznya lebih kurang hujung jari kelingking...manakala buah skiat ni lebihbkurang saiz buah keranji Siam yang velvet tu @ lebih kurang saiz ibu jari.Pokoknya juga jenis berbatang lurus tinggi macam pokok balak.Nak dapatkan buahnya,biasanya orang panjat dan cantar dahan yang bebuah lebat kerana dahannya tinggi dan buahnya lebat dihujung julai/ranting. Kaedah yang sama macam cara menuai buah keranji..Biasanya kalau musim buah dan dah cantas dahannya ..Musim berikutnya pokok tidak akan berbuah kerana macam proses prining juga yang memerlukan penyembuhan.Tahun berikutnya baru kembali berbuah.Memang saling tak tumpah macam keranji juga..Mungkin mereka dari keluarga yang sama.
Setiap buah skiat mempunyai dua ulas isi seakan isi buah rambai.Tapi isinya tidaklah berjus seperti rambai kerana isi skiat ni nipis sahaja membaluti bijinya .Isinya juga tidak lekang...seakan selaput nipis sahaja membaluti bijinya..Dua ulas isi tu sekali pandang macam biji kopi pun ada...hihihi
Rasa buah skiat ni masam masam manis.Makan buah skiat ni hanya lulur/lulum & telan bersama bijinya....hehehehe..ada bran???
Ada yang pernah makan?










No comments:
Post a Comment