My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Thursday, 26 November 2026

AYAM AIR FRYER & BROCCOLI REBU

 Malam semalam hari Selasa punya dinner..


Ayam Air Fryer.. Sos Kewpei + Mayo

Broccoli  & Carrot Rebus

Betik

Menu payday kan....🤭

Saya teringat AYAM BAKAR TONG DRUM yang Bayu masak minggu lepas..Saya cuba buat tapi pastinya la tak sama rasa.Bayu guna whole chicken...Saya guna slices chicken..Bayu bakar dalam tong drum...Saya hanya guna  air fryer.Bayu perap dengan sos BBQ..Saya main belasah apa adanya...hihihi

Saya hanya perap dengan sikit garam,serbuk kunyit, paprika dan minyak zaitun..Sebelum ginkerja perap sesiap..Petang dalam pukul 6 saya masuk dalam air fryer suhu 190 selama 15 minit.Renjis lagi minyak  zaitun & balikkan.Sambung masak 15 minit lagi...

Sambil tu rebus carrot & broccol..Tanak nasi ..Kebetulan Selasa  saya masih sambung puasa..Elok-elok siap semua 6.50 .

Waktu maghrib KL 7.00 malam.Minum air 3 teguk terus solat dulu baru makan.Puncanya sebab dah plan ngan Cella nak layan Suamiku Anak Mak sambil makan..Kami dah lama takda ASTRO..So hari Selasa tu baru dok layan episod berapa belas entah yang sepatutnya hari Isnin tu..Selasa baru kami tonton...Haaaaa asalnya tak layan pun...Cella la ni,dok layur-layur..setiap malam waktu dinner...tertengok episod Shahrul nak kahwin ngan Alya tu....dah terjebak!!


Drumstick & wing yang ada sos kewpei  tu Cella punya
Wing & breast tu saya punya.Saya tak suka cicah sos
Drumstick & breas + nasi tu anak jantan  tu punya....Dia tak boleh takda nasi nanti tak kenyang....Tanak juga la nasi untuk dia.Baki nasi tu esoknya jadikan nasi goreng sarapan dia juga.

** MENU NI JUGA SESUAI UNTUK BEKAL SEKOLAH & BEKAL KERJA..

senang nak masak & midah nak bawa sebagai bekal.Malam perap.pagi masukkan dalam air fyer.Dah boleh maandi & siap-siap..Biar air fryer selesaikan tugas memasak..



No comments:

Post a Comment