My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Wednesday, 25 November 2026

SAMBAL AYAM DAUN KARI

 

Sambal Ayam Daun Kari..
Antara lauk yang selalu juga saya masak.
Kali ni saya gunakan isi dada ayam.
Bila stok ayam tinggal bahagian dada kebanyakan mak mak taktau nak masak apa dah  kan...Tapi saya suka bahagian dada sebab  senang nak potong dan cepat dimasak.Boleh pelbagaikan macam macam lauk...Buat butter chicken,chicken popcorn,bebola ayam bagai.
Kali ni saya masak Sambal Daun Kari pula



SAMBAL AYAM DAUN KARI
1 mangkuk isi ayam - dipotong jalur
1 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudubteh gula
1 tangkai daun kari
Minyak untuk goreng

Bahan Blend:
20 cili kering- rendam air panas
1 bawang besar
3 bawang putih
1 pelepah daun kari

1. Blend bahan blend hingga halus

2. Isi ayam digaul sikit garam kunyit dan sesudu tepung.

3. Goreng ayam hingga garing

4. Tonggalkan minyak goreng kira- kira 3 sudu dalam kuali

4. Tumis daun kari

5. Masukkan bahan tumis.Masuk juga asam,garam dan gula

6. Masak bahan tumis sampai naik minyak.Tabur juga segemggan daun kari untuk beri kesan warna kontras merah cili dan hijau daun kari serta aroma  daun kari segar..

7. Masukkan isi ayam dan sesuikan rasanya


No comments:

Post a Comment