Saturday 1 April 2023

MENU IFTAR KE-9 : SOTO MADURA,MURTABAK,TAUHU BERGEDIL & AIR 🍓

 Salam Ramadhan ke -10..Alhamdulillah kita telah berjaya mengharungi trimester pertama Ramadhan dan in shaa Allah kita masih berpeluang 19@20 hari lagi bersama Ramadhan.


Semalam,9 Ramadhan,saya hanya masak Soto Madura untuk hidangan iftar.Walau nampak tak cukup syarat kat eksesori dia,namun rasanya sangat lah sedap pada tekak saya dan anak-anak.
Tapi semalam kami  iftar 3 beranak sahaja..
Adah habis ja kerja dia pi Buffet Ramadhan @ Bora Ombak Putrajaya..
So,kami bertiga sahaja makan Soto Madura..Kami anak beranak memang penggemar Soto Madura.Kalau tengok dalam oldpost memang banyak posting Soto Madura.Cuma lately ni saya dah jarang masak hinggalah puasa ke -9 ni teringin sangat nak makan Soto Madura.Walaupun makan dengan nasi impit yang belum sejuk tapi macam bertambah sedap pula sebab ketupatnya kenyal tapi ada lembutnya.

Dah lepas asar baru rebus nasi impit.Alhamduliah rebus 1½ jam dan tambah air panas beberapa kali,elok kejadiannya.Waktu berbuka,nasi impit masih suam tapi tetap elok bila dipotong.Saya guna nasi impit brand "Santan".
1st time guna brand ni..not bad...cuma tidak la harum macam brand Adabi.Kena la letak daun pandan kalau nak bau harum.

Kuah Soto Madura ni pun saya guna ½ ekor ayam sahaja.Balik kerja singgah beli kat pasaraya baharu  buka.

Tak perasan pulak daun sup dah habis..Hanya ada daun bawang.Nasib baik yang lain ada.Limau nipis,tauge,kacang tanah goreng dan wajib la ada tauge.Baru best.Kalau takda tauge selalunya saya gantikan dengan kobis yang dihiris nipis-nipis.Pun sedap.
Kacang tanah pun saya ganti dengan kacang shandong sahaja sebab yang makan kacang hanya saya sorang.Eh,lagi sedap swbab kacang shandong tu lagi rangup.Depa semua tak suka kacang,takut jerawat katanya.


Tengah goreng kentang nak buat bergedil.Sekali Cella balik dengan abang dia bawa balik tauhu bergedil.Terus tak jadi buat bergedil🤭.Kira tau bergedil ni sebagai ganti bergedil la kan.Dah depa beli 2 bungkus,ok sangat la tu...hihihi

Sambal Kicap pun mmang dah ada stok.Saya buat stok sebotol simpan dalam peti ais..Bebila buat pisang goreng ka,sup ka...sambal kicap dah ada.


Tu yang terjengul.sikit kat bawah tu la kentang tak jadi bergedil.Pun depa pakat makan campur dalam soto ni.Habis!!
Depa kata sedap..
Kalau dah kentang goreng kosong pun sedap,lain kali tak payah buat bergedil la..goreng ja kentang kosong🤭🤣.

Ada murtabak daging.Beli kat BR Bandar Tun Hussein Onn( BTHO).
Cella kata habis kelas dia pi pick abang dia kat Ancorp Mall PJ.Abangnya entah kenapa mata bengkak & pedih.Dia call suruh adik dia pi ambik sebab tak boleh nak ride motor mata pedih.Balik terus adiknya bawa pi klinik kat BTHO..tu yang membeli murtabak,taugu bergedil dan air strawberry kat sana.
Kata anak bujang tu kat BR BTHO lagi murah dari BR Permaisuri.
BTHO murtabaknya hanya RM4...kat Permaisuri RM5.Rasa sama sedap.
Tauhu Bergedil pun kat Permaisuri 6 pcs =RM9
Kat BTHO 5pcs = RM6

Cella dok ulang tambah kuah ja hirup.Lemak,masin, masam dan pedas bergabung.

Eh,mana air?
Laaa..Cella tak snap pic Air Strawberry!
Sejak puasa ni pic makanan dibantu oleh Adah & Cella.Tu yang nampak jernih lain sikit.Kalau saya snap boleh kenal la keruh semacam..hihihi
Plan asal saya nak buat lagi Air Teh Bunga Longan KA tu ..
Tapi dah depa beli air...tak jadi la saya buat..


SOTO MADURA.
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 ketul halia
1 ketul kunyit- serbuk pun...boleh
1 bungkus rempah sup serbuk
1 btg serai
1 kotak santan Kara
minyak masak
garam,gula


Nasi impit - rebus & sejukkan


Hiasan:
daun sup
tauge mentah
limau nipis
isi ayam goreng


Sambal Kicap:
15 biji cili padi
2 bawang putih
gula,garam,cuka
****Goreng dulu cili & bawang putih..pastu blend ngan kicap ,gula,garam & cuka....selain lebih sedap..dengan menggoreng dulu cili tu..x la sakit perut nanti.


1. Blend semua bawang2,halia,kunyit  bersama rempah sup...


2. Panas minyak & tumis semua bahan blend


3.Bila dh naik minyak..masuk kaki ayam.. kalau guna ayam ,masukkan ayam.Bila isi ayam dh masak angkat & goreng.Koyak2 isi ayam tu tabur atas soto...


4. Masuk 5 cawan air & serai..biar didih..


5. Masuk plak garam,gula & santan kotak


6. Bila dh masak..hidang la dengan nasi impit & bahan lain 


Kalau ada bahan lengkap..macam ni la rupa dia..ni pic dari old post.


Lepas maghrib Cella kata nak pi UPM..Bungkus la dua pack bagi dia bawa bagi la kat kawan.Boleh depa makan balik tarawikh nanti.Petang ni kawan-kawan plan nak masak apa?
Hihihi..
Saya belum ada plan tapi memang akan masak  sejenis sahaja kot..


Tengah kayuh buat buat kuih raya..hihihi.
Tapi minggu ni buat cookies dulu.Untuk Elyda di Shah Alam..Nanti yer kita buat dahlia minggu lagi satu.Nak fokus kat cookies dulu

Target 2 hari ni nak siapkan 40 balang..
So,hari ni kena target 20 balang.
Doakan saya dimudahkan urusan🤲

13 comments:

  1. Nak order Dahlia, boleh tak? Nanti kita roger2 mcm mana nak ambil.. hihi.

    Sy pun suka sgt Soto Madura, lama tak makan jugak. Bijak juga tu TTK dah beli Tauhu Bergedil, mesti sedap tauhu pok tu serap kuah soto madura.

    ReplyDelete
  2. Sy kalau makan soto, bergedil tu seketul tak cukup hihi... Suka sangat soto + begedil...
    Banyak juga MC ambil tempahan kuih raya 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergedil memang sedap kan PH tapi nak membuat jarang ada kerajinan🤣
      Tak la banyak amik tempahan tahun ni ..Tak sampai 100 balang pun..Tak open order thn ni..tapi bila dah regular customer wasap depa terus bgtau saja nak sekian-sekian..Saya tak sampai hati nak tolak..Mungkin inilah antara cara Allah menyampaikan rezeki kepada keluarga saya🤲

      Delete
  3. Meriahnya menu 🤩 Sedap soto tuh ❤️

    Keep it up Kak, buat kuih raya ..Moga dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn....terima kasih atas doanya..
      Alhamdulillah,
      semalam capai target 20 balang Doakan hari ni saya dapat capai target lagi.

      Delete
  4. waduhh soto madura sedap tuuh., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Wak...sedap kan..
      Selamat beriftar kat Thailand Wak

      Delete
  5. Menggoda sungguh soto madura tu 😋. Saya ni peminat soto.

    Hari cuti yang produktif 👏
    Moga dapat capai target 40 balang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dan anak2 memang suka soto madura tapi pernah buat sekali untuk jamuan raya kat kampung,kurang sambutan🤭
      Belah Kedah tak semua biasa dengan soto terutama orang-orang lama kat kampung.Yang muda2 mungkin dah biasa sebab merantau kemerata negeri

      Delete
  6. Selalu nampak dan dengar pasal soto madura, tapi belum rezeki untuk mencicipinya.

    ReplyDelete
  7. Nak order cookies tuuu..nakkk nakk nakkk 🤣.
    Kalau rajin nak try la buat soto madura ni. Nampak sedap betholll

    ReplyDelete
  8. Alaaa..SA nak tauhu bergedil tu...patut buat masa weekend..tapi boleh x teringat...

    ReplyDelete