Saturday 26 June 2021

SAMBAL UDANG PETAI BERKULIT

 Menyambal lagiiii...Hihihi..

Ingat semalam tak mau meyambal dah.Plan nak masak kari udang.


Tapi jadinya Sambal Udang Petai Berkulit..

Dalam rumah ni tiga orang anak bertuah tu selera tak sama.


Abangnya tak makan ikan tapi ikan pari & talapia merah dia makan.Seafood dia tak makan tapi kalau makan ayam mengalahkan musang.


Kakaknya pula favouritenya seafood terutama udang & sotong(dia ni memang hi taste)tak padan....Tapi kambing dia tak makan.Daging lembu pun kalau ada bau kelembuan dia tak makan sebab dia kata itu mesti daging kambing.Petai pula dia hanya akan makan kulit petai,isi petai dia tak makan.


Manakala adiknya pula memang paling suka ketam.Tapi sebab ketam mahal + jarang nak dapat fresh,maka jarang la beli & masak ketam.Tapi walau dia anak jati KL,taste nya kampung.Segala jeruk maman,rebung jeruk,ikan pekasam jadi kesukaan dia.Taste dia lebih kampung dari maknya yang asal orang kampung ni.Jeruk petai  & sambal petai apatah lagi.

Semalam sebab dapat petai fresh,boleh la buat sambal petai berkulit.Kira taste Adah la..Sambal udang,petai pula berkulit.Selalu dapat petai dah kecut,tak sesuai nak menyambal bersama kulitnya.


Segar & segak petai yang beli  semalam.

Udang pun sama dapat udang yang agak segar la.Kalau ke Tesco,Adah memang akan terkam tempat udang.Tak banyak,sikit pun dia mesti nak beli udang walau sikit.Harga pun kat Tesco jauh lebih rendah dari pasaraya dekat rumah kami ni..Kalau macam yang beli ni memang biasanya RM40 sekilo.Kalau yang biasa beli kat pekan nat Sabtu @ Pendang tu sepinggan sepohenggit,kat situ jadi RM60.Tapi depa letak lah harga berapa pun memang orang akan beli.Sebabnya penduduk sini padat.Kuaters kerajaan sahaja ada 3. Situ saja dah berapa ribu umat.Kalau petai,durian yang elok,takdan buka gerai dah habis ditempah dalam group komuniti.Ikan,udang,buah-buahan pun kalau yang rare kadang ada dijual online.Untung nasib kalau rajin baca sempat la order.Sementara pasaraya hanya itulah satunya.Kami tiada pilihan..Banyak barang yang sangat jauh beza harganya dengan tempat lain.Contoh kalau beras yang sama brand memang bezanya ada yang  hingga RM6 berbanding  tempat lain...!!!!
Biasa kalau beras,minyak,telur tu kalau bukan PKP,saya selalu beli erea tempat kerja,jauh lebih jimat walaupun kalau ikutkan kat tempat kerja tu lagi la kawasan elit.Apa nak buat tempat marhain harga lagi tinggi.Kalau belajar ekonomi,tahulah bila DD lebih dari SS memang harga akan naik la kan...! 
Hihihi tetiba tingat subject ekonomi masa form 6..Dulu aekonomi Micro Cikgu Mat Kalu ajr & Ekonomi Makro Cikgu Abu Hassan Mengantuk  ajar tak faham- faham.Dah tua ni baru nak faham..
Tu la bahana pakat dok gelar cikgu macama-macam.Belajar tak berkat...kikiki


Dapat petai fresh + ada udang,memang kena dengan taste Adah la.Udang tu dah memang fav


Ok ..balik la ke tajuk asalnya..Sambal Udang Petai Berkulit.Satunikat petai tu,satu papan buat ulam mentah,lagi 3 papan masak sambal.Baki satu ikat lagi,frozen.

SAMBAL UDANG PETAI BERKULIT

½ kg udang
3 papan petai
1 asam keping
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula perang
¼ cawan minyak
1 cawan cili blend 
¼ cawan bawang besar + bawang putih blend

1.Udang digunting muncongnya & belah belakang buang urat hitam.

2. Panaskan minyak & goreng udang hingga masak.

3.Dalam minyak yang sama tumis bawang blend.Masukkan pula cili blend.Jika perlu tambah lagi minyak.

4. Masukkan asam keping,garam & gula serta masak hingga naik minyak.

5. Tambah udang,petai & masak hingga mendidih semula & pekat berminyak.Sesuaikan rasa.

Nampak macam petai sikit,tapi sebenarnya banyak sebab petai tu saya kerat dua nampak kecik.Patutnya belah dua baru nampak lebar.


8 comments:

  1. Akak dah order petai lagi..hahaha...memang menyambal la nanti ni...hehehe...petai pun mahal dah skrg..5 papan RM10

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua dah jadi harga kayangan kan la ni..10 tahun dulu 5 papan RM1.50 & kadang RM2..Tahun-tahun depan tak tau la berapa pula harganya.

      Delete
  2. Kena tanam pokok petailah pulok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...durian & petai gandingan mantop wak untuk harga kayangan..hihihi

      Delete
  3. Intai-intai dari tingkap apa jiran blogger masak!
    Memang boleh jadi terapi jiwa ni... nampak masakan sedap2 begini terus rasa berada bersama di dapur makan sambal udang petai!

    ReplyDelete
  4. Aritu 1st trimester, gila sambal udang.. kalau boleh nak sambal udangggg je.. sekarang, tengok udang pun xlalu dah 😂😂. Selera berubah².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ragam mak yong macam-macam yer.
      Semoga dimudahkan urusan

      Delete