Monday 20 January 2014

SPIRALS PASTA

Bekal yang hampir sama dengan hari Khamis...Hari Khamis bawa Small Shell Pasta...
Hari ni Spiral Pasta...Masak ngan sardine...Nampak sangat mak aku dah xde idea kan...Hehehe..Ni bukan aku yag cakap..mak aku yang cakap..Kalau dia dh xde idea sangat untuk bekal aku,dia akan masak pasta la..tapi tukar-tukar la bentuk pasta tu supaya aku x la bored sangat...
 
Mak aku guna pasta spirals.. Nak amik gambar paket spiral pasta ni, mak aku dah buang plastik tu,sebabnya separuh iasinya dah masak sebelum ni.Bakinya mak aku nasuk dalam balang.Plastiknya dah kena buang la..Ni gambar aku Google je la..tapi memang brand San Remo ni la yang aku selalu beli buat stok kat rumah ni..

Spirals ni aku suka sebab bewarna warni..Mak aku kata  yang warna orange tu pasta yang dicampur carrot..yang hijau tu dicampur spinach & yang kuning tu plain la...Mak aku kata yang ni lagi berkhasiat la sebab dah campur sayur dalam tepung pasta tu....

Minggu lepas tengok Master Chef All Star...Cabaran Cipta rasa..peserta dia kena buat pasta sendiri..Hidangan Pasta Brian yang menang....semua peserta buat Ravioli Pasta..pasta yang ada inti dalam tu...Haaa..jangan xpercaya aku tau ravioli pasta...Sebabnya aku selalu tengok ASTRO AFC..Asian Food Chanel...Bukan sebab suka tapi sebab mak aku yang selalu tengok..Akupun "TERPAKSA" la tengok...diulangi...TERPAKSA ye...heee
Lagi satu sebab aku tau adalah kerana aku ada Pasta Playdough Set...ada macam2 bentuk & ada nama pasta sekali...heee.Ada Ravioli,Macaroni,Shell,Spagetti & Spiral ni pun ada....
Tapi bila masak,warna pasta ni dah x cantik sangat..Tapi rasa dia tetap sedap...Mak aku kata nak masak dia sama je macam Tuna Pasta hari Khamis minggu lepas...tukar pasta & tuna je...so aku copy paste je dari minggu lepas & edit sikit bahan..

 TUNA PASTA
1/2 paket spirals pasta @ apa2 pasta pun boley
1 tin sardine
1/2 bawang besar-cincang
1 bawang putih-cincang
1 pokok daun sup
3 biji cili padi cincang- kalau nak pedas
sikit garam.
sikit minyak zaiton

1. Rebus pasta sampai lembut.ikut arahan pada pek tu.Jangan lupa masukkan garam dalam air rebusan.
2. Panas sikit minyak zaiton.
3. Tumis bawang besar & bawang putih.kalau guna cili masukkan cili
4. Masukkan sardine & sosnya & & goreng sekejap.
5. Masukkan pasta & gaul rata.x perlu masukkan garam sebab dah masuk dalam air masa rebus pasta tadi.
6. Tabur daun sup cincang & gaul lagi..Siap..


Tapi hari ni nyer pasta xde daun sup...daun sup yillek..hehehe
Pasta tu buat bekal je...Sarapan mak aku buatkan Roti ngan Nutella untuk makan dalam kereta...2 untuk aku & 2 lagi untuk kakak sebab hari ni kakak ada ujian komputer untuk ambil lesen.....Kakak xmakan pasta & akupun xnak sarapan pasta sebab leceh la nanti nak bawa 2 belas..Makan roti je lagi senang...

No comments:

Post a Comment