Friday, 18 August 2023

MANTAO KUKUS CICAH SAMBAL SARDIN

 Beberapa minngu lepas nampak Cikgu Amie asyik makan mantao dengan rendang ayam.Teringat mantao terliur la pulak


Untuk iftar semalam petang saya makan mantao kukus cicah dengan sambal sardin 
Juga secawan minuman panas..white coffee.


Masyaa Allah...puas anak tekak dapat makan mantao dan sambal sardin ni..


Saya hanya kukus 4 biji mantao..Kukus dalam kuali saja.Baki yang daripada 8 biji yang telah saya goreng beberapa hari sebelumnya.Tapi masa versi goreng hanya makan mantao kosong tiada pencicah.

Dulu...mantao ni tak pernah ada dalam senarai pun ketika berbelanja.Tidak pernah ada dalam peti ais rumah saya.
Jadi tersuka ni bila ada satu kali tu anak jantan tu order mantao goreng cicah sos bolognese masa makan kat Soru..Rasa teringat- ingat kesedapan gandingan mantao cicah kuah savouri.Selalu tahu mantau makan gitu sahaja atau cicah susu pekat saja.Tapi bila gabungan dengan kuah savouri,rupanya gandingan mantap untuk tekak ini.


Menikmati  mantao kukus panas-panas...dicicah sambal sardin yang pedas dan bersulam kopi putih penuh aroma...sambil melayani cuaca dingin dek hujan dan mendung sepanjang hari..sungguh mengasyikkan.

Thursday, 17 August 2023

TEMPE + KACANG PANJANG TUMIS PEDAS & IKAN SELAYANG GORENG GARING : DUA HARI BERTURUT-TURUT MASAK LAUK SAMA


Masak Tempe & Kacang Panjang Tumis Pedas untuk  iftar dan dinner hari Isnin.
Masyaa Allah lauk simple tapi rasa sedapnya kat anak tekak.

Masa menumis pun rasa macam sedapnya bau.Padahal sayur tumis bodo saja.
Mungkin sebab lidah ni jenis suka makanan pedas,tu yang semua lauk pedas ja rasa sedap..hihihi

TEMPE & KACANG PANJANG TUMIS PEDAS
2 keping tempe
1 cekak kacang panjang
10 bawang putih- ketuk pecah-pecah sahaja.
5 bawang merah - hiris
10 cili padi merah( cili bangladesh)
hiris 
2 biji cili merah - hiris
1 kiub pati ayam
Minyak,garam dan secubit gula


1. Tempe dipotong kekotak lebih lurang saiz 1cmx 1cm..Goreng garing.ketepikan.

2. Panaskan minyak bekas goreng tempe tadi  dan tumis bawang merah serta bawang putih ketuk.Bila harum masukkan cili padi dan cili merah mayang.Goreng hingga wangi.

3. Masukkan sayur kacang yang dipotong pendek,tempe,kiub ayam,garam dan secubit gula.

4. Kacau goreng hingga sayur kacang sedikit layu dan sesuaikan rasa.


Agak banyak sayur ni.Semangkuk besar,hanya saya berdua dengan Adah makan dan memasing berlawan cedok dan ratah.


Goreng garing  6 ekor ikan selayang.Ikan selayang goreng ni kes terliur tengok Cikgu Amie kat LD post makan ikam basung goreng minggu lepas.Rasa terliur sangat kerana ikan selayang goreng ni antara ikan favourite saya.Kalau diberi pilihan udang atau ikan selayang...saya pilih ikan selayang.Kalau bagi pilihan ikan bawal atau ikan selayang pun saya pilih ikan selayang.Selalunya saya akan gu kan ikan selayang goreng dengan budu.


Dapat makan lauk kering-kering taj berkuah macam ni...memang salah satu kebahagian untuk selera saya.Bukan tidak makanlauk berkuah tetapi saya sangat menggemari lauk-lauk tumis atau goreng yang kering atai sedikit berminyak berbanding lauk pauk jenis sup atau berkicap.


Hari Selasa,Adah request nak lagi lauk yang sama macam hari Isnin.Katanya masak la selepas pukul 6 petang sebab dia habis kerja pukul 6 & dia nak saya ajar dia masak sayur tumis pedas tempe dan kacang panjang ni...hihihi,sayur tumis jer kot...apa la yang nak ajar nya...hihihi.

Tapi kita tunjuk ajar jugak lah mengenangkan tak lama lagi dia dan suami akan tinggal berjauhan dengan saya & tak dapat lagi nak makan air tangan saya hari-hari macam sekarang.


Semangkuk besar ni hanya saya ngan Adah yang pulun.Ni air tangan Adah...
Tak jauh beza rasa dengan masakan saya semalamnya.Cuma  kurang pedas kerana  banyak bahan dilebihnkan.Hari  Isnin saya masak 2 keping tempe dan secekak sayur lacang panjang.Hari Selasa Adah guna 3 keping tempe dan hampir 2 cekak kacang panjang.Bilangan cili padi dan bawang putih pula tidak digandakan..Hasilnya dia merungut katanya kurang kick sebab kurang pedas...hihihi
Pakat berebut bawang putih ketuk yang sungguh sedap bila dah ditumis dengan kacang panjang dan tempe ni.



Ikan selayang goreng pun digandakan..hari Isnin goreng 6 ekor sahaja.Hari Selasa tambah jadi 10 ekor.Habis kami berdua meratah.Yang lain depa dah makan kat luar sebelumbalik kerja.Tinggal kami dua orang dinner kat rumah dengan lauk ni..



Cuma hari Selasa ada penambahan ulam salad
Ish kalau lauk macam ni...boleh makan sampai lupa diri...hihihi

Tuesday, 15 August 2023

BUAH SALAK SIAM

Balik Kedah minggu lepas...saya jumpa afa orang jual Buah Salak Siam...saya beli segugus


Buah salak Siam ni harum semerbak..buahnya lebih  lonkong panjang berbanding salak biasa/ salak Indonesia.Kulitnya juha lebih banyak bebulu halus dan warnya lebih merah cerah..


Isinya keorenan dan sangat berjus.Isinya tidak rangup macam salak biasa tetapi lebih lembut dan berjus.Sangat manis.Tapi kelemahanmya ia tidaklah selekang isi salak biasa.Bila digigit akan tertinggal sedikit sisa sisa isi salak pada bijinya..( tak ada pulak video isi buah salak ni)

Tapi saya ada pernah post dah pasal SALAK SIAM ...kat sini


pic old post...
Isinya lebih berjus


Tidak selekang salak biasa.Tapi rasanya pada tekak saya sungguh sedap kerana berjus dan manis serta harum baunya.