Wednesday, 27 September 2017

RINDUNYA NAK MEMANCING...!!!!

Semalam Achik post pics ni
Pic Aqil tengah mancing tepi pagar kat umah baru tu
Aqil budak umur 6 tahun mancing dapat 7 ekor
Aduhhh....jelous aku do...!!


Muka eksyen..
Hahaha....Muka vangga do...
Dapat pancing 7 ekor Ikan Puyu kat tepi sawah


Tengok betul-betul..
Ada Ikan Puyu tersangkut hujung tali pancing tu..
View kat belakang tu Achik cakap air banjir tengah melimpah
Dah seminggu Kedah dilanda banjir
Alhamdulillah rumah baru kitorang x kena banjir walaupun dibina dikelilingi sawah padi
Sekarang musim hujan dan musim petani di sana sudah selesai menanm anak padi
Nampak view belakang Aqil tu pokok padi sudah berbuah hijau belum masak lagi




Achi cakap Aqil cepat-cepat nak bergambar
Mak aku call pun Aqil xnak cakap sebab tengah Feel memancing



Nenekkkkkk....
Haaa..nenk memang OTAI memancing..
Nenek tengah pasang umpan untuk Aqil kot
Achik cakap guna umpan cengkerik
Aku boleh bayang la seronoknya memancing
Dolu pernah ikut MAyah & the gang memancing kat Parit
AKu dah pernah story KAT SINI...
Masa tu x malu sangat nak joint ngan dorang walaupun dorang tu budak sekolah rendah
Sebabnya saiz aku yang sekolah menengah lagi kecik dari Mayah yang sekolah rendah tu.
Hahahaha...kira menyamar jadi kanak-kanak ar
PAstu dah pernah citer pasal JORAN PELEPAH SALAK kat sinii...




Ni tepi umah Achik pun air penuh dalam taliair sampai tak nampak tebing



Ni antara ikan yang nenek ..Achik & Aqil pancing tepi sawah kat rumah baru tu
Ada ikan Haruan & Ikan Puyu


Nenek cakap rugi siap x balik mancing
Sebab hanya pancing tepi pagar rumah pun dapat ikan
Kerana sekarang musim banjir
MAk aku kata orang Kedah cakap "Musim Bah"
Owh.....nak balikkkkkkkk

Tuesday, 26 September 2017

DAGING HARIMAU MENANGIS CICAH AIR ASAM


Daging Harimau Menangis Cicah Air Asam..
Haaa....pernah dengar Daging Harimau Menangis?
Haaaa.....aku pun baru 1st time dengar masa Raya haji hari tu...
Sebab Pakcik yang bagitahu
Masa tengah timbang dagiing Qurban tu..
Pakcik yang bagitau bahagian-bahagian daging & juga pasal
DAGING HARIMAU MENANGIS tu kat sini....



Ni la Daging Harimau Menangis Bakar
Ni namanya DAGING HARIMAUMENANGIS...
Bukan la DAGING HARIMAU
Daging Harimau orang Islam mana boleh makan..
Orang Non Muslim pun x boleh makan dah Daging Harimau
Sebab Harimau salah satu spesis binatang yang dilindungi kerana hampir pupus




Daging Harimau Menangis baru kuar dari freezer
Ada banyak plastik bungkusan daging ...tulang..hati...lemak..ayam
Semua mak aku tulis lable
Sebabnya mak aku kata kalau dah beku keras macam ait batu kita dah x kenal mana daging...mana tulang..mana hati..mana Harimau Menangis..
Dolu mak aku cakap sebab x tulis lable...
Banyak kali juga terjadi..
Nak masak yang lain....tapi terdefross yang lain
Bila dah defross kena la masak walaupun bukan yang dikehendaki
So,bila dah lable...xde lah tersalah amik bungkusan lagi



Daging Harimau Menangis tengah tunggu defross..
Masih keras macam air batu



Dah defros..
Dah lembut dah..
Daging ni memang ada lemak
Pakcik cakap sebab tu sedap jika dibakar dan Cicah Air asam

Ikut info dari Google...
Yang bahagian daging ditandakan warna pink tu la Daging Harimau Menangis tu...
Hari tu Pakcik dah citer pasal asal usul nama Daging Harimau Menangis..
Daging ni dinamakan Daging Harimau Menangis kerana bahagian daging ni berada di celah peha lembu
Bagaian daging ni berlemak dan sangat sedap
Tetapi kerana teletak dicelah peha lembu
Maka telah menyebabkan harimau susuah nak membaham pada bahagian daging yang sedap ni
Sebab tu la hariamua menangis
Kerana frust..
Hahahaha...
Aku x tahu memang citer tu betul atau Pakcik hanya sekadar bergurau..
Tapi bila Google memang macam tu jugak citernya..

 Ini lak sumber dari youtube...
Video menunjukkan bahagian daging Harimau Menangis tu...
Memang dicelah peha lembu
Nak tengok hjelas boleh  KLICK SINI...

Ni pun sumber dari Google.
Daging Harimau Menangis in English is Terderloin...
Tapi Google nyer pic memang merah cantik la...


Ni Daging Harimau Menangis
Terderloin..
xdelah merah cantik macam kat google Sebab xde edit bagai
Just camera handphone jer nih
 Ready nak bakar
Dah potong-potong 
Daging Bakar..
nak Cicah Air Asam


Mak aku cakap just sapu sikit garam dan panggang dalam Pan Vantage jer


Panggang sampai masak dan nampak berrminyak
Pastu hiirs nipis-bipis


Makan la cicah ngan Air Asam Tomato
Air Asam ni patutnya nama Air Asam Kerisik
Tapi sebab kerisik tu aku dah teerbuang...hahahahaha
xdelah namanya Air Asam Kerisik lagi
Sebabnya masa aku kemas Peti Ais hari Jumaat tu aku buang segala macam bungkusan yang aku nampak cam dah x elok..cam cendawan putih jer
Mak aku cakap kerisik tu sepatutnya elok lagi
Cuma bila simpan dalam peti ais memang la nampak macam x eloh sebab minyak kerisik tu beku nampak macam dah cendawan..
Yang putih macam cendawan tu mak aku cakap minyak kerisik..
Hahaha...mana aku tahu...
Aku dah buang semua dah..
Hihihihi...


Sebab Daging tu x banyak sangat
Mak aku tambah beberapa ketul Ayam
Pun dipanggang untuk cicah Air Asam ni


Daging tu sedap
Berlemak..
Yummy
Ayam tu pun sedap..
Moist


AIR ASAM KERISIK

1 tomato masak -
1/2 bawang besar - hiris
1 limau nipis
1 sudu kerisik
¼ cawan santan pekat


Bahan Blend:
10 cili padi
3 cili merah
1 ketul kecik belacan
1 cawan air asam jawa cair
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 bawang besar

- Blend semua bahan blend dan gaul dengan tomato serta bawang hiris dan kerisik...Optional jika nak tambah santan pekat...Perahkan limau dan sesuaikan rasanya


Makan Nasi Daging Harimau Menangis Cicah Air Asam
Minum plak mak aku buatkan Sirap Laici
Boleh tengok cara buat Sirap Laici  KAT SINI....


Masa cari info pasal Daging Harimau Menangis ni memang banyak la dapat info lain juga pasal daging...
Pasal daging "Wagyu" memang aku dah tahu sejak sekolah rendah sebab ada slot " Tahukah Anda" kat perhimpunan...
Memang aku masih ingat pasal Daging Wagyu tu alah Daging Lembu paljng mahal.
Sebab lembu- lembu tu diternak khas di Kobe Jepun dan dijaga dengan istimewa sekali.
Lembu- lembu yang diberi makanan terpilih berkualiti...dimandikan..dipasang muzik dan sentiasa dipantau supaya lembu tu x stress..
Sebab orang Jepun percaya kalau lembu tenang dan x stress ..dagingnya akan lembut dan sedap..
Aku masih ingat pasal Lembu Wagyu tu sebab masa tu cikgu pernah cakap masa kat perhimpunan tu..

"Agak- agak kamu...cikgu- cikgu kat depan ni dagingnya macam daging Wagyu tak..???"
Hahahaha....
Soklan tu mesti nak bagitau kitorang yang daging cikgu- cikgu liat x selembut daging Wagyu sebab cikgu- cikgu stress ngan kitorang ler tew....
Kikikikiki
Syyyyyy....
Korang aser mak- mak korang nyer daging cam daging Wagyu ker x..?
Ke cam daging Harimau Menangis...
Kikikikiki...
Tapi bila baca banyak info dan knowledge..
Baru aku tahu yang Raja- raja & Ratu bukan setakat x makan khinzir..
Tetapi daging khinzir jug diharamkan masuk istana...
Orang Islam dah memang tahu kenapa dagung khinzir haram ...
Aku share link ...not just  ABOUT WAGYU...kat sini


Monday, 25 September 2017

NASI TOMATO SEMPOI & AYAM MASAK MERAH BUDUS

Nasi Tomato Sempoi & Ayam Masak Merah Budus
Masakan mak aku semalam
Hahahaha...
Naper namanya cenggitew...?
Haaa...ini semua.....
Selepas melalui episode TERIMMA KASIH ABANG BOMBA....kat sini



Selepas semua Abang Bomba dah balik
Mak aku masak Nasi Tomato & Ayam Masak Merah untuk kakak bawa balik kolej
Tapi mak aku cakap sebab dah spoil pasal pintu tu
Mak banyak yang dirancang x menjadi
& mak aku cakap masak Nasi Tomato nipun banyak yang terskip dan tertinggal
Nasi Tomato Sempoi jer
Sebab mak aku cakap banyak yang skip..
Ayam Masak Merah Budus
Sebab Ayam tubyang x pandai...
Kikikiki
Itu bukan aku cakap
Mak aku yang cakap
MAk aku cakap sepatutnya nak masak guna Beras Basmathi..
Tapi dah terbasuh beras biasa...
Sebab kelam kabut + x fokus
Haaa...masak pun kena fokus oooo
Aku ingatkan studybje kena fokus...



Hanya Nasi Tomato Sempoi dan Ayam Masak Merah Budus SAHAJA
xde Acar Timun...
xde Kari



Hanya Ayam Masak Merah dan Acar Limau
Itupun mak aku cakap Acar Limau ready made
Aku x makan pun Acar Limau


Nasi Tomato untuk kakak bawa bekal
Kakak dah siap pesan xnak bawa banyak-banyak sebab romemate kakak belum balik
Tapi mak aku bubuh juga penuh tupperware tu
Suruh kakak makan ngan Kak Ziha..


Ayam Masak Merah untuk bekal kakak
Mak aku masukkan 4 ketul
Tu pun kakak dah bising sebab takut x habis sebab kakak cakap kalau weekend ramai yang bawa makanan sendiri
Banyak-banyak lak tu
Makan ramai-ramai pun x habis


Bekal kakak
Aku x ikut pun gi Puncak Alam sebab malas
Mak aku jer hantar kakak & Kak Ziha sekali
Ala...bukan jauh pun..
Hehehe...sebab aku malaz nak ikut

NASI TOMATO..mak aku
4 cawan beras
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 tin kecik tomato puri
4 sudu sos tomato
1 sudu gula
1 sudu kecik garam
2 daun pandan
2 sudu marjerin
2 sudu minyak masak

Bahan Tumis
1bawang besar-hiris
4 hiris halia
2 bunga lawang
5 bunga cengkih
1 kayu manis
1/2 buah pala(biji buah pala a.k.a nutmeg)
1 helai pandan-potong

1. Bahan Tumis



2. Panas minyak dan marjerin dalam kuali dan tumis bahan tumis hingg harum


3. Tambah 1/2 tin kecil tomato puri dan 4 sudu sos tomato. Masak hingga naik minyak


4. Tambah 4 cawan air dan biar mendidih


5. Pindahkan bahan mendidih tadi dalam rice cooker. Tambah juga garam,gula pandan dan susu cair..
    Biara mendidih sekali lagi


6. Bila mendidih baru masukkan beras yang sudah dicuci....


7. Kacau rata dan tutup serta tanak seperti nasi biasa hingga masak


8. Bila nasi sudah masak..tabur daun sup daun bawang.
    Kalau suka tabur kismis dan kacang gajus







Untuk Ayam Masak Merah pun mak aku cakap versi sempoi jer
Alaaaa...kalau dah nama ayam aku suka jerrr
Hahahaha


AYAM MASAK MERAH
1/2 ekor ayam-potong 8- garam kunyitkan dan goreng hingga masak

Minyak untuk goreng ayam
1/2 tin kecil tomato puri
1/2 cawan sos tomato
garam & gula secukup rasa

Bahan Blend:
5 cili masak
1 bawang besar
3 hiris lengkuas
1 batang serai



1. Bahan blend...


2. Panaskan 1/2 cawan minyak dan tumis bahan blend


2. Masukkan tomato puri dan pandan


3. Tambah tomato sos. Tambah garam dan gula


4. Masak hingga naik minyak


5. Masukkan ayam goreng tadi


6. Sesuaikan rasanya. Mesti ada masam,masin dan manis



Makan Nasi Tomato kena ada Air Sirap baru best..
Tapi sayangnya itu Air Sirap Laici hari Sabtu nyer....
Lauk Hari Sabtu pasni la plak sebab Nasi Tomato ni dah potong Que...
Sebabnya Nasi Tomato ni ada sinambungan ngan citer Abang Bomba..
Hahahaha

Haro ni nyer minum Teh Ais...
Teh Susu tu baki yang hidang kat Abang Bomba..
Sebab mak aku buat 1 jug penuh..
Masa hidang kat Abang Bomba isi 1 teko je..
Baki dalam jug buat Teh Ais...

Acar Limau..
Hmmm...hanya mak aku yang makan
Aku x suka


Mak aku memang selalu juga masak Nasi Tomato..
Raya Puasa hari tubpun mak aku masak banyak untuk jamu tetamu..
Tapi bila aku cari dalam list naper x jumpa lak..?
Yang jumpa hanya 1 entri
NASI TOMATO..AYAMASAK MERAH & KARI DAGING kat sini..
Tapi kat situ dah Nasi Tomato tu pucat sikit warna dia sebab  bila tengok bahan dia..xde letak tomato puri
Hahaha...bila tanya
Mak aku cakap 10x buat 10hasil yang berbeza sebab ikut suka suki..
Heee...suka suki cam aunty Ogy lak..
Ok...nak gi mandi...
Wassalamu.....