Monday, 23 February 2026

PAGI-PAGI PANEN TERUNG & KENALI JENIS TERUNG PANJANG

 


Berisaran dari kebunan terung @ tempat kerja....Pepagi lagi mengekor Bayu memetik terung...bersama tiga orqng yang lain...




Bayu masih meneruskan kerja memanen terung ....




Riuh "burung tuwu" berbunyi menemani kami petik terung
Kutip terung dengan baju kurung  hari ni...1st day naik kerja lepas CNY & dalam bulan puasa pulak...haruslah berbajunkurung dulu...
Esok Selasa,boleh kita start pakai t ahirt seluar & topi kebun...hihihi..





Buah besar besar....Ini terung ungu jenis kecil yer
..bukan yang panjang  jenis besar tu...Terung panjang jenis ni lebih padat dan berat serta  lebih beriai berbanding terung oanjang besar isinya lebih berkapas dan bila masak mudah kecut..Terung panjang yang jenis kecil ni harga pasaean sekarang sekitar RM12/kg..manakala jenis panjang beaar tu sekitar RM5/kg...
Saya pun dulu taktau beza...bila kat tempat kerja baru ni baru dapat ilmu sikit sikit


                                                          pic dari Google
Rasanya yang kami petik ni jenis michael....Rasanya memang lebih sedap dan harga pasaran lebih baik.
    



Baru dalam 15 minit petik...hasil dah cecah 20kg...

Tak tahu hasil keseluruhan nanti berapa puluh kg agaknya..Saya hanya sempat bantu 15 minit sahaja kerana ada urusan lain yang perlu dibuat...

Bayu & pembantunya akan timbang dan packing untuk urusan jualan didalam group komuniti dan juga jualan online untuk kawasan sekitar...

Vuma dah pesan kat Bayu...tinggalkan untuk saya 1kg...plan nak buat paceri petang ni....Entah jadi entahkan tidak...🤭






Sunday, 22 February 2026

BERBUKA PUASA DI KAMPUNG : HARI PERTAMA RAMADHAN 1447H

Dah 4 Ramadhna baru nak share menu iftar hari pertama puasa 2026.Alhamdulillah,setelah sekian lama tak dapat sambut puasa bersama di kampung,tahun Allah kurniakan nikmat itu kepada kebayakan rakyat Malaysia .Buktinya masa balik kampung beberapa hari se bersempena Cuti CNY.Biasanya hanya dapat berbuka puasa bersama mak dan Achik semua bila dah hujung hujung puasa ketika pulang nak sambut hari raya.


Antara juadah iftar kat kampung hari pertama Ramadhan....
Yang nampak dalam pic

* Sambal Udang + Petai - Saya masak tapi Achik yang beli semua bahan
* Ayam Pencen Masak Pahang - Achik masak kat rumah Achik
* Jeruk Ikam Haruan (Masak Cuka) - mak masak kat kampung
* Mihun Goreng - Achik masak kat kampung
* Tembika merah - beli kat pekan...tembikai mirah tahun ni RM0.99 -RM2.00
* Kuih-muih- popia,crab rangoon,qasidah & pulut seri muka- beli kat bazar



* Daging Goreng Kunyit - saya masak 1½ kg - bawa ke sahur
*Ikan goreng
* Tapai Pulut - beli 10pcs RM7 & Tapai Daun Getah 10 pcs RM8
*Nasi -masak kat kampung






Gambar sekerat sekerat...






Ok..ni full banquet table
Makan kat courtyard belakang rumah...
Saja nak feeling makan kat luar...memang kat luar la kan...
Luar rumah je lah....hihihi
Buka 2  banquet table buat buffet ..
1 meja lagi untuk yang lelaki  nak makan bermeja
Kami yang perempuan makan kat tikar bawah..





Ni la rezeki keluarga kecil kami .....
Emak pastinga happy dapat berbuka bersama anak cucunya..Tak nampak pic minuman
hari pertama ni minuman hanya air gas dan  air sirap bancuh degan air Coway sejuk sahaja.
Haikal dah cari ais merata kedai rapi semua ha is stok...
Dari pembekal ais...7E,kedai runcit semua habis
Mungkin faktor cuaca panas...ais habis awal...+ juga peniaga bazar banyak beli ais 
Waktu berbuka puasa bagi Alor Setar,Pendang dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya ialah 7.32 malam...3 minit lambat berbanding KL...





KE NAT RABU :PERSIAPAN NAK SAHUR HARI PERTAMA

Kat utara terutama Kedah & Perlis masih wujud pekan sehari atau disebut " pekan nat".

Kalau pekan sehari tu hari Sabtu disebut " nat Sabtu" kalau hari Ahad disebut " nat Ahad" .Begitulah juga hari hari lain akan disebut nat mengikut nama hari.Pekan sehari ni antara nostalgia yang pastinya menjadi  salah satu kege.biraan zaman kanak -kanak bagi kabanyakan warga kelahiran 1990-an dan sebelumnya.Saya warga kelahiran 70-an,memang menjadi satu kebahagiaan zaman kanak-kanak bila dapat ikut mak ke pekan nat Sabtu @ Pendang.Tapi dek kerana kami tinggal jauh dipedalaman,lebih 20 km  jaraknya dengan pekan Pendang,maka jarang sangat dapat ke pekan nat.Rasanya seingat saya sejak kecil hingga sepanjang sekolah rendah tak sampai 10 kali dapat ikut mak ke pekan nat Pendang.Maklumlah,bukan ada kenderaan nak keluar.Jalanraya pun takda kat kampung sehingga tahun 1990-an baru ada mini tar.Itupun kena jalan kaki atau berbasikal hampir 10 km baru jumpa jalan raya yang ada perkhidmatan bas.Dapat naik bas ,happynya macam dapat naik belon udara panas.Asyik nak jenguk keluar tingkap.Berdebar nak tekan loceng takut tak bunyi & takut bas tak berhenti..Mungkin kerana jarang dapat pergi tu yang menjadikan ianya kenangan berharga yang masih dikenang hingga kini..Kata orang kampung " Less Is More.." ...hihihi


Kini pekan nat  Sabtu kat Pendang  tidak lagi semeriah dahulu kerana telah ditawan oleh Pasar Kemboja @ Pendang yang menjadi "syurga" kaum wanita pada setiap hari JumaatLagipun sekarang nak dapatkan barang dapur dan barang basah tidak lagi bergantung sepenuhnya pada pekan nat ,sebaliknya ada banyak pilihan pasaraya yang menjadi pusat sehenti untuk aneka barangan.


Namun masih ada sebuah lagi  pekan sehari berhampiran yang masih meriah hingga kini.Terletak hanya sekitar 3KM dari Pekan Pendang iaitu Pekan Nat Rabu @ Pekan Tanah  Merah Pendang.Ni bukan Tanah Merah Kelantan..tapi Tanah Merah,Pendang yang merupakan sebuah pekan kecil berdekatan pekan Pendang.Beroperasi setiap Rabu seawal 8.00 pagi hingga 12 tengahari.Kalau dulu pekan sehari memang seharian dari pagi hingga petang,tapi sekarang kebanyakan hanya separuh hari sahaja.


Pekat Nat Rabu Tanah Merah ni saya hanya berpeluang pergi bermula  tahun 1990-,an .Sebelum tu tak pernah pergi.Dah kerja ada motor baru pi.hihihi...Hinggalah kini,kalau berpeluang balik Kedah & kebetulan hari Rabu,memang saya & Achik akan pi bersama..Latates kami pi pada hari Rabu beberapa lepas iaitu sehari sebelum puasa.Ada yasa kongsikan video ke Pekan Nat Rabu Tanah Merah tu


Jom tengok apa yang ada di Pekat Nat Rabu Tanah Merah..