Monday, 31 July 2023

DONUT PEACH

 Katanya sekarang tengah musim donut peach

Kita pun terjebak



Beli  la jugak..


Boleh tahan juga la harganya..
Tapi sebab ni beli saiz sedang2 ja...
Dapat 1 bekas tu RM25
Ada yang siaz besar lagi dikira sebiji RM8

Update:

Pada saya  buah pic donut  biasa sahaja..Buah yang baru beli ni masih rangup dan baunya tidak menyerlah sangat.Namun bila dibasuh warna merahnya makin terang dan cantik.Rasanya sederhana manis.

Saya biarkan beberapa biji selama 3 hari.Hasilnya buah makin merah dan isinya jadi lembut.Baunya lebih kuat dan teksturnya lembut berjus serta manis.Saya suka yang sudah diperam dan lembut ni..

Tapi anak-anak memilih yang rangup kerana kata mereka bau lebih lembut dan rangup.

Jelaslah selera kita berbeza🤭


Sunday, 30 July 2023

SARAPAN PAGI @ ANJUNG SELERA BANDAR TUN RAZAK,KL

 Pepagi tadi rasa malas nak masak.Ajak Cella pi merayap cari port sarapan...


Tersinggah Anjung Selera @ Bandar Tun Razak ni.
Anjung Selera ni betul-betul kat belakang stesen minyak BHP.
Ini kali ke 3 ke kali ke 4 rasanya datang sini sejak foodcourt ni diubahsuai.Dulu bangunan Anjung Selera ni parkir dan parkir ni pulak bangunan foodcourt.. 
DBKL  replace dan hasilnya nampak lebih menarik dan bersih.Walaupun dulu parkir free dan sekarang berbayar tapi bagusnya bila datang ada la tempat nak letak kereta dengan selesa.Kalau dulu parkir tu penuh dengan kereta yang " berakar" kat situ..Memang tak bergerak dah.Taktau kereta-kereta sapa..depa jadikan parkir tetap depa..Maklumlah free kan...letak la bertahun pun takdak sapa boleh kata apa.Malas nak ginsitu sebab susah dapat parkir ..10x tawaf belum tentu ada temoat.Bila dah berbayar macam ni ada bagusnya.Dapat la pengunjung Anjung Selera ni memakir kereta dan makan dengan aman. 


Cella order Nasi Lemak Ayam Goreng & Milo Ais.
Nasi Lemak RM7
Milo Ais tu RM2.50.


Saya makan Lontong Telur Sebiji RM7.
Kalau Lontong tanpa telur RM6
Minum Teh O panas RM 1
Manis leting teh O nya...hihihi


Bersarapan sambil memerhati gelagat orang ramai yang sedang makan...Kalau dah kita peratinorang...kena ingat la ...kita oun silap-silap diperhatikan juga...hihihi


Tetiba mata terpandang pula gerai sebelah tu...Lempeng Ayam Gunting..
Macamana la agaknya rupa Lempeng Ayam Gunting?
Nampak ramai yang beli nasi kerabu dan nasi dagang...
Lepas makan terasa pulak nak bungkus nasi kerabu untuk lunch nanti...
Beli la 2 nasi kerabu ayam bakar
Terrrrrambil juga 2 pack Kaswi gedik...
2 nasi kerabu ayam bakar + 2 pack kaswi gedik RM 20


Kaswi Gedik versi kelapa.


Nasib baik betul-betul gedik..Hari tu ada beli kat lain la..tak gedik..Keras kejung...🤭


Nasi Kerabu Ayam Bakar u tuk lunch...

SORANG DI KL & SORANG DI JOHOR,: SAMA-SAMA MAKAN TOMYAM

 Semalam petang hampir maghrib nak kena pi CDM.Ajak anak jantan tu ikut sebab saya ni memang peghak sikit..nak guna CDM pun tak reti..ATM saya tau la,CDM saya akam gelabah..hihihi .Cella pun otw balik dari jumpa kawan dia.Elok kami turun,elok dia baru masuk parkir..Terus, keluar 3 beranak..Nak gi ATM/CDM  jer pun🤭

Elok selesai urusan,elok azan maghrib bergema.Nak balik,tapi rasa macam penat juga bersiao nak keluar tadi.Takkan keluar ½ jam ja..hihihi

Singgah surau Petronas jap..haa,lepas tu  baru boleh langkah panjang sikit.Anak jantan tu kata dia nak belanja makan.Dia suruh deside nak makan kat mana..steamboat,Texas,McD @ Soru.

Saya pilih Restoran Abadi ja,sebab rasa nak makan kue teow goreng kat situ memang sedap...hihihi


Tukang belanja ,order Naan Cheese Ayam Tandoori & Jus Tembikai 


Ayam Tandoori dia sedap..juicy & cukup rasa.


Naan dia  sampai dulu..Pakat serbu yang ni la dulu..hihihi


Hidangan ke dua sampai...Saya punya ....Kue teow goreng..
Kue teow dia sedap,.portion pun banyak


Last sampai....
Cella punya..
Kue teow tomyam...

Jap..jap...
Jom  kita skodeng.....


Dalam masa sama....ada yang sedang makan tomyam juga kat Johor...!
Tomyam & glass noodle..
Sorang kat KL 
Sorang kat Johor
Sama-sama makan tomyam..
Walaupun lain-lain mangkuk...!
Hihihi




Saturday, 29 July 2023

BUAT KUIH TARAJJU LAGI...

Semalam 10 Muharram,ramai yang berpuasa sunat Asyura kan..Ada yang puasa 9 & 10 Muharram.Ada yang puasa 10 & 11 Muharram..Pasti juga ada terus sambung 9,10 dan 11 Muharram.

Bab puasa sunat ni saya akan teringan pada salah sorang warga emas kampung saya masa saya masih kanak-kanak dan iaitu Tok Aloih.Saya tak pasti namanya yang sebenar tapi kecik besar,tua muda semua memanggil Tok Aloih.

Umurnya pun masa tu rasanya dah lewat  70-an atau mungkin dah 80-an.Seingat saya..kat kampung.. Tok Aloihlah paling banyak berpuasa sunat sebab boleh dikatakan asal jumpa beliau,mesti beliau sedang berpuasa.Raya Puasa pun masuk sahaja hari ke-2 Tok Aloih dah berpuasa sunat.Hingga kini kalau puasa sunat saya auto teringat Tok Aloih.Semoga Allah tempatkan roh Tok Aloih dalam kalangan orang beriman.


Nak cerita Kuih Tarajju..Tapi biasa la saya akan kona sana..kona sini..
Baru cerita pokoknya ..hihihi



Nasi Goreng Sardin..
Kat rumah saya ni ....kalau semalam dah masak sambal sardin ...hari berikutnya harus la Nasi Goreng Sardin...🤭.
Ni lagi la sebab semalamnya saya masa masak sardin tin besar.Ikannya ada 5 ketul.Yang berusik hanya 2 ketul Masih berbaki 3 ketul.Haruslah jadi Nasi Goreng Sardin.


Pukul 7 malam.
Saya menggoreng nasi.
Kat sebelah tu pulak,Cella menggoreng Kuih Tarajju untuk iftar merangkap makan malam.

Kena naik dua dapur sekali jalan sebab dah pukul 7 malam.KL maghribnya 7.29...


Tapi tekak ni nak juga makan Kuih Tarajju kerana masih teringat keenakan KUIH TARAJJU YANG SEDAP...... yang saya masak hari Isnin beberapa hari lepas.
Walaupun dah pukul 6++ saya tetap nak buat Kuih Tarajju.


Terus kukus keledek guna multi cooker.Multi cooker ni kiriman Achik tapi ada orang tu dah plan nak bawa multi cooker ni ke kolej bila buka sem baru nanti...
So,sebelum dia bawa pi kolej,jom kita guna dulu buat kukus keledek oren.Saya hiris agak nipis keledek tu supaya cepat empuk.
Kerja seterusnya anak dara tu sambung dari lenyek keledek,tambah gula,garam dan tepung.Bulatkan adunan sementara saya pi mandi.


Lepas mandi kita goreng nasi goreng sardin.Anak dara tu goreng Kuih Tarajju.


Bangga dia bila hasil gorengan dia saya cakap lebih sekata berbanding gorengan saya pada hari Isnin tu.
Puji la sikit kan bagi semangat...hihihi
Anak-anak jaman naw...




Eh ada orang makan banyak ni jam..nak diet ka apa ....hihihi

Bukan....

Sebenarnya sebab nak makan Kuih Tarajju ni banyak-banyak🤣


Tapi sebab makan berdua beranak saja, rasa macam Kuih Tarajju yang hari Isnin tu lagi sedap.
Mungkin sebab makan betamai,berebut-rebut  makanan jadi sedap.
Ni ,makan tak berebut,kurang sikit feel...Kami dua beranak ja kat rumah...


Friday, 28 July 2023

SAMBAL SARDIN,TERUNG CELUP TEPUNG & KOBIS MINYAK CILI

Dah lama tak masak sardin..Tetiba semalam teringin nak makan sardin.


Masak la 1 tin besar sardin.Sambalkan dengan kentang,tomato dan daun bawang


Takkan nak makan sardin saja.Keluarkan la kobis dan terung.Slices kan terong bulat tu sederhana tebal...
Bancuh tepung Bestari macam nak celup pisang goreng tu...
Cella tukang goreng sementara saya masak sayur kobis dan nak mandi...
Panas betul sekarang,masuk dapur sat ja dah bermandi peluh.



Jadilah Terung Celup Tepung..
Terung kalau masak macam ni memang laku keras.Kalau campur dalam kari atau asam pedas...kita sorang la makan...


Kobis tu saya masak dengan minyak cili...Dok nampak kat youtube....Saya pun terai la....

1. Hiris terung nipis-nipis

2. Jerang air dalam kuali + sikit garam dan sikit minyak.Celur kobis hiris tadi dalam 3 minit,tapiskan.Celur juga seminit suhun dan tapiskan.

3. Cincang 2 ulas bawang putih 
    Hiris halus 1 pokok daun bawang.
    Tambah juga 1 sudu chilly flakes.
    Tuang juga 2 sudu kicap pedas 
    Gaul semua bahan ni dan 
    tuangkan ½ cawan minyak panas.
    Kacau sebati.Harum sangat bau..

4. Tuang kan semua bahan no 3 tadi ke dalam kobis dan suhun yang sudah direbus.Gaul rata dan sesuaikan rasa.



Masya Allah....harum dan sedapnya kobis minyak cili ni.



Hidangan saya untuk iftar semalam..Anak-anak dah makan dulu sebab saya sorang ja puasa semalam..
Alhamdulillah...puas dapat makan makan nasi walau lauk simple ja..Simple-,simple pun takda la rajin nak masak macam ni tiap hari🤣


Thursday, 27 July 2023

PUCUK BEKA REBUS TUMIS PEDAS

 Minggu lepas Kak Izzah ada bagi lagi pucuk beka kepada saay



Saya masak tumis pedas.


                        pic google

Bagi yang tak tau rupa pucuk beka segar..ni saya share dari imej Google
Pucuk yang Kak Izah bagi saya tak ambil pula gambar pucuk segar yang belum rebus.
Pucuk beka ni rasanya sedikit pahit dan bau dia pun maung.Maung tu bau pahit atau bau tak sedap macam bau pucuk mengkudu tu.Tapi bila dah rebus,tak bau lagi dah.Pahit pun hanya tinggal sikit ja pahit-pahit manja.Bagi yang dah biasa makan ulaman ni dan buahnya yang sedap dijadikan kerabu tu,pasti menyukai dan merindui...hihihi
Hari tu nampak kat blog PH pun ada pucuk beka ni...


Ni saya dah rebus pucuk beka  hingga mendidih airnya dan pucuk beka berubah warna.


Kemudian tumis bahan tumbuk iaitu beberapa biji cili padi merah+ bawang merah dan bawang putih serta ikan bilis.



Bila bahan tumis dah naik minyak,baru masukkan pucuk beka rebus.Perisakan dan sesuaikan rasa.


Oleh kerana anak-anak confirm la tak suka sayur pucuk beka yang sedikit pahit tu,maka untuk depa saya masak sayur yang tak pahit.Sayur salad lettuce.Selalu salad ni dimakan mentah sahaja kan.Tapi saya nampak kat youtube sayur ni orang Cina tumis dengan bawang putih dan sos tiram nampak sedap.Saya cuba dan memang sedap.


Tapi saya tetaplah memilih sayur pucuk beka yang bukan senang nak dapat kat KL ni...Kat kampung pun bukan semua tempat ada pokok beka ni.


Selain sayu,saya hanya goreng ikan.
Tapi up sikit goreng ikan salmon .Salmon tu 2 keping.Saya potong kepada beberapa bahagian dan gaul garam kunyit.Goreng garing macam ni memang pakat berebut nak kulit dia la...rangup berlemak..


Hanya ikan goreng dan sayur...



Tapi ada waktunya ...Less is more...
Mmm memang more rice...hihihi


Wednesday, 26 July 2023

JULY BIRTHDAY CELEBRATION

Setiap bulan biasanya ada sambutan birthday untuk group kecil  kat ofis.Tapi ada juga bulan yang takda sambutan sebab takda yang lahir bulan tersebut sebab group kecil ofis ni hanya 13 orang iaitu  geng tingkat atas + Zura & Ekin nun di bilik terpencil hujung bangunan.Macam bulan lepas sambutan kelahiran Jun ada 2 orang.Depa panggil kami geng kayangan.Bukan sebab acah kaya atau acah cantik tapi sebab kami g tingkat paling atas..Itu ja🤭

Untuk hari jadi,hadiah dan kek hari jadi  akan di sumabnagkan oleh rakan-rakan.Manakala tuan punya diri akan belanja kawan-kawan makan.Ikut nasib la,kalau bulan tu sorang,maka sorang la kena belanja makan🤭. Tapi tak kisahla belanja makan nasi lemak @ roti canai pun boleh.Just suka-suka nak happy- happy diri sendiri...Hihihi.

Macam kami sebab bertiga,boleh la share duit belanja makan tengahari.

Selalunya Dilla yang jadi mastermind setiap aktiviti.Kali ni Jue pula mengetuai.


Untuk kelahiran bulan Julai...majlisnya semalam 25 Julai...hari gaji🤭
Sejak minggu lepas,Jue dah pm tanya nak pilih kek apa...dia nak order.
Pastu pakaian pun Jue suruh tetapkan kami bertiga nak pakai warna tema apa...
Saya cadangkan warna pink...
Shifa cadangkan warna oren.
Akhirnya semua setuju cadangan Shifa - warna oren
Yang lain semua pakai warna tema biru..
Talda pulak pic depa reramai yang pakai biru.



Hashifa paling muda antara kami bertiga.Birthdaynya 15 Julai  Shifa pilih Fruity & Pastry Cake..


Julaiza lahirnya 11 Julai.Kek pilihannya cantik molek..Pavlova Cake yang kaya buah-buahan.

Saya la paling senior antara kami bertiga.Birthday saya 3 Julai..Tengoklah pilihan kek pun memang old fasion cake ..Tak pandai nak pilih fancy cake....hihihi
Kek pun paling besar...hihihi
Saya pilih Snowy Chesee Cake...


Setiap orang dapat hadiah yang sama..Narita
En Madi menjadi penyampai.


Hashifa dapat yang coraknya seakan corak kain pelikat.



Julaiza dapat plain  dark turquoise


Orang tua depa bagi yang bunga-bunga supaya hati turut berbunga🤭

Jom,makan Nasi Tomato..


Ada Ayam Masak Merah


Ada Kurma Daging


Ada Acar Timun.


Laksa pun ada..


Kole Kacang.Tembikai,Tapai Pulut Hitam,minuman sejuk  dan pastinya la ada plastik untuk tapaw...🤣🤣
Memang tak habis nak makan la kan...


Saya tapaw  cake dan kole kacang.


Anak jantan tu balik kerja beli pula karipap daging dan karipap sardin panas-panas
Maka sebelum maghrib semalam kami anak beranak pakat mangadap ni ja merangkap dinner..Pakat kenyang dah tak nak makan nasi.Tapi tengah malam dengar kelentang kelentung kat dapur dan aroma magi menerjah deria bau saya yang sedang beradu🤣



Terima kasih kawan-kawan geng ofis & group tingkat atas .
Pn Elin
Pn Isma
En Madi
Pn Ela
Esah
Dilla
Jue
Kak Saba
Jas
Zura
Ekin
Shifa