Tuesday, 25 July 2023

KUIH TARAJJU: PENGARUH YOUTUBE CHANEL DAILY TIKA & WEIXUN DI CHINA

Semalam petang saya masak Kuih Tarajju untuk iftar 


Harum aroma kuih ni masa digoreng buat saya tidak sabar untuk menanti azan maghrib.


Tambahan pula anak-anak saling berebut masa saya sedang menggoreng.Masing-masing baru balik kerja tengah lapar..
 Cella pun baru balik dari UPM katanya ada hal nak disiapkan kat sana..Depa kata sedapnya kuih ni..tak pernah makan pun sebelum ni..

Memang ini 1st time saya masak Kuih Tarajju ni..

Ini semua gara-gara tergoda dengan masakan salah seorang youtuber Indonesia yang berkahwin dengan warga China dan seterusnya menetap di sana.Sekarang beliau menjadikan jualan Kuih Tarajju sebagai salah satu cara menambah pendapatan selain dari menghasilkan konten youtube.Antara jualan yang mendapat sambutan  ialah Kuih Tarajju.
Saya juga salah seorang subscriber chanel DAILY TIKA & WEIXUN DI CHINA


Nak buat pun tak susah sangat pun.Nak kena ada rajin ja...Nasib baik la semalam petang tu ada kerajinannya..Bahan pun tak banyak.

KUIH TARAJJU
300 gm keledek oren
( saya guna 3 ketul)
3 sudu gula kabung 
2 sudu gula pasir ( jika suka lebih manis)
1 sudu teh garam halus
½ cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
Minyak untuk goreng

Telung Celup:
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
¹ sudu teh garam halus
Sikit air kapur( opsyen)
air  secukupnya

1. Kupas keledek dan hiris kepingan.Kukus hingga masak.


2. Masa panas,-panas lagi,lenyek keledek kukus hingga lumat dan tambah garam serta gula kabung.Gaul rata

3. Biar sejuk baru tambah tepung dan uli hingga boleh dibentuk.

4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan bebola sebesar bola ping pong dan leperkan.

5. Bancuh tepung celup seperti batter pisang goreng.

6. Panaskan minyak yang banyak.Celupkan kepingan adunan keledek dan goreng hingga garing sambil dibalik-balikkan.Toskan.



Kupas kulit ubi keledek hiris jadi kepingan supaya cepat empuk.
Kukus hingga lembut.Guna keledek oren agar warna lebih menarik dan rasa lebih sedap.Keledek madu atau keledek Jepun juga sangat sedap.


Lenyek ubi hingga lumat.Campur garam dan gula pasir@gula melaka.Saya guna gula apung yang manisnya tidak setajam gula pasir.


Gaul rata dan campur tepung gandum.Patutmya ada penggunaan tepung pulut juga tapi saya tiada stok jadi saya skip tepung pulut.Gaul hingga  hingga jadi doh lembut yang boleh dibentuk.



Bahagikan menjadi bebola sebesar bola ping pong.Leperkan.Celup dalam adunan tepung seperti  tepung pisang goreng.
Balik-balikkan  hingga garing kedua belah.Toskan.


Kuihnya seakan kuih kuih kasturi atau cucur kacang tapi versi keledek.


Kuihnya garing rangup di luar dan manis serta lunak dalamnya.

Kuih Tarajju bersama teh Obpanas memang gandingan mantap.



Lepas goreng Kuih Tarajju,saya masakkan juga kue teow goreng untuk iftar dan makan malam.

14 comments:

  1. nak cuba buat jugaklah weekend ni sbb "si anak yg plg rajin mencuba makanan" balik bermalam. bila ada dia confident sikit nak masak sbb tak sedap pun dia layan macam sedap sangat ammi dia masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus anak tu..Dia hargai masakan amminya...

      Delete
  2. Senang jugak nak buat ye. Tapi kena cari ubi keledek baru boleh try ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom..jom buat Carneyz...
      Pada tekak saya memang sefap dan wangi kuihnya

      Delete
  3. kalau ditempat saya ada sejenis kuih lebih kurang macam ni tapi dari ubi kayu nama kuih tu getuk ubi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Getuk ubi kayu pun sedap kan....pekena dengan kopi O memang ngam

      Delete
  4. mcm sedap tu..nak cuba la. kalau jumpa keledek..

    ReplyDelete
  5. wah first time dengar nama kuih ni...unik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun 1st time buat dab memang kena dengan taste..sedap dan harum kuihnya

      Delete
  6. sy ingatkan sy sorg je xtau kuih ni.. rupanya ramai jugak geng yg 1st time dgr kuih tarajju ni.. mst sedap

    ReplyDelete
  7. Banyak kerjanya, memang kena betul2 rajin baru boleh buat, hihi.

    ReplyDelete
  8. Kalau buat ramai-ramai tentu seronok. Sambil sembang-sembang, tak sedar sudah siap. Bolehlah terus makan sama-sama.

    ReplyDelete
  9. Macam senang jer nak buat kuih tarajju tu kak

    ReplyDelete