Syawal ke-5 tu balik ja dari MAKAN KENDURI @ BUKIT KETERI,PERLIS
Achik suggest lajak ja ke Padang Besar.
Jom jamu mata...
Laksa Siam..
Buah Thai(toddy palm)
Jambu apple.
Sekarang dah RM23
Kami lebih kepada nak jamu mata dan beli makanan ringan ja..
Mak memang nak beli pulut siam 5kg.
Asal stok pulut siam habis mak akan ajak Acik/Pakcik datang Padang Besar cari stok pulut.
Mak juga beli kacang gajus.
Semua rasa nak borong
hihihi
Adah ajak beli AIR GONCANG ni..
Achik beli kerepek2..
Adah beli burger viral yang dalam paket tu.
Menarik la..
Minuman berkarbonat dalam botol kaca tu diletak dalam mesin ais krim goncang tu..
Masa dia angkat tu air dalam botol masih cair.
Tapi bila depa ketuk bontot botol tu airnya terus berkristal macam ice blended...
Ralit kita tengok depa buat..
Adah siap tanya ada letak apa-apa ke kat penukul tu?🤣
Sebenarnya ia lebih kepada teknik Sains la ..
Memang kreatif la..
Sebelum ni dok tengok kat youtube ja..
Hari ni live depan mata.
Saya pilih orange.
Adah pilih strawberry.
Achik takmau.
Mak pun takmau.
Satu pack hanya RM5.
Tengok kat Pasar Kemboja depa jual 1 pack RM10.
Achik pernah buat MIANGKAM NI MASA RAYA HAJI 2019 untuk jamu tetamu kat kampung .Saya belum pernah cuba buat sendiri.
Lebih kurang 1 jam tawaf dalam tu,kami beransur kerana hujan dah mula turun.Sampai kat kereta elok-elok pihak berkuasa tengah saman deretan kereta.Selang 3 buah kereta lagi nak sampai kereta kami..Lelaju la pakat masuk kereta & Adah pecut keluar dari situ...hihihi
SELAMAT..!
Sampai kat bulatan ni...Adah pusing 3x semata-mata nak snap pic🤣
( April 1998)
So,bukan sekarang saja panas,dulu pun pernah o
panas terik.
Bulatan ni dah berubah
Kalau nak tengok landskap sini 10 tahun yang lalu boleh TENGOK KAT SINI.
In shaa Allah ada rezeki kami datang lagi.
tengok PH ke Perlis tengok akak pun jalan2 ke Perlis..saya dah lama tak ke belah Utara ntah bila nak sampai ke sana...
ReplyDeletemurahnya miangkam,sy pun selalu order di sini RM10
waaaaah bestnya kak, kita yang nengok ni pun tumpang rasa mcm nk borong macam-macam kt situ
ReplyDeleteTakde rezeki pegawai tu nak saman ya…hihii, selamat!
ReplyDeleteMenariklah proses buat air goncang tu. Saya nak yang hijau tu... fanta kot?
ReplyDeleteMiangkam tu... sukanya saya!
X sampai di PB cuci mata di sini pun boleh la... hehehe
ReplyDeletebestnya miangkam... dulu masa dok sana x suka makan. sekali time nak balik tu makan, eh eh..sedap plak.. he he he...
ReplyDelete